Sunday, June 27, 2021

Notis Pengkadaran Semula (Repricing) Caj Tabarru Medical Card Zurich Takaful

Makluman kepada semua pemegang polisi Medical Card rider (pelan pakej beserta takaful hayat & pelaburan) Zurich Takaful. Notis pengkadaran semula (repricing) caj tabarru Medical Card Zurich Takaful telah dihantar kepada pelanggan. Pengkadaran semula ini secara bahasa mudahnya adalah menuntut kepada kenaikan caruman bulanan takaful bagi menampung kos kenaikan caj takaful.

Pemberitahuan kepada semua pelanggan dibuat melalui sms dan emel, notis tersebut boleh didapati di Portal MyZurichLife masing-masing.

Walaubagaimanapun, terdapat banyak rungutan pelanggan bahawa mereka tidak menerima sebarang pemberitahuan sms dan emel berkenaan pengkadaran semula Medical Card. Oleh itu, tulisan ini disediakan atas inisiatif bagi membantu semua pemegang Medical Card rider Zurich Takaful bagi membuat semakan notis tersebut.


PENTING ! 

Kegagalan anda untuk mengambil tindakan dan membuat pilihan terhadap Notis Pengkadaran Semula ini akan menyebabkan sijil takaful anda luput (tamat) lebih awal daripada yang sepatutnya.


Pertama sekali, sila semak inbox email anda sekiranya ada menerima emel berkenaan pengkadaran semula. Contoh emel dihantar ;



Sekiranya tidak ada terima emel atau sms, boleh buat semakan notis di portal. Notis boleh dimuat turun melalui portal MyZurichLife (Klik Sini)

Notis dihantar dalam tempoh 90 hari dari tarikh bulan ulangtahun sijil takaful. Pengkadaran semula adalah bermula bagi ulang tahun sijil yang jatuh pada bulan Jun 2021 dan seterusnya

Sebagai contoh;

i. Jika ulangtahun sijil adalah pada bulan Jun 2021, maka notis tersebut telah dikeluarkan pada Mac 2021

ii. Jika ulang tahun sijil adalah pada bulan Disember 2021, maka notis tersebut akan dikeluarkan pada September 2021.

iii. Jika ulang tahun sijil telah lepas, iaitu pada bulan April 2021, maka notis tersebut akan dikeluarkan pada Januari 2022 dan tarikh efektif pengkadaran adalah pada April tahun 2022.

Notis boleh dimuat turun melalui portal MyZurichLife (Klik Sini)

Log masuk ke dalam portal. Jika pengguna pertama kali, sila REGISTER terlebih dahulu. Kata laluan akan dihantar ke telefon bimbit berdaftar dengan Zurich Takaful.





Sekiranya gagal muat turun notis, sila berhubung dengan agent masing-masing bagi mendapatkan salinan notis.


Soalan Lazim 





About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D