ADA 4 JENIS WAKAF :
1. Taamm (تام - wakaf sempurna)
- Apabila berhenti pada satu ayat yang putus, tidak berkaitan atau kena-mengena lagi dengan mana-mana kalimah atau perkataan sesudah ayat tersebut atau di hadapannya sama ada berkenaan lafaz atau makna.
2. Kaaf (ﻛﺎﻒ - wakaf memadai)
- Apabila berhenti pada satu ayat yang putus tidak ada kena-mengena dengan satu-satu kalimah atau perkataan sesudah ayat tersebut atau di hadapannya pada lafaz sahaja tetapi ada kena-mengena dalam maknanya.
3. Hasan (ﺣﺴﻦ - wakaf baik)
- Apabila berhenti pada satu ayat yang ada kena mengena dengan yang sesudah dan sebelumnya pada lafaz sahaja, dengan syarat yang diberhentikan itu telah memenuhi maknanya.
4. Qabiih (ﻗﺒﻴﺢ - wakaf buruk)
- Apabila berhenti pada satu-satu ayat tidak sempurna maknanya yang kadang-kala ayat itu ada berkaitan dengan ayat-ayat yang sebelum dan sesudahnya sama ada pada lafaz atau pada makna.
TANDA-TANDA WAKAF :
1. Tanda mim ( م ) dikenali sebagai Waqaf Lazim.
- Adalah dikehendaki berhenti seketika apabila mim muncul. Jika tidak berhenti, kebarangkalian yang maknanya berubah.
2. Tanda tho ( ﻁ ) adalah tanda Waqaf Mutlaq dan haruslah berhenti seketika.
- Ia menunjukkan yang makna belum lagi dinyatakan sepenuhnya..
3. Tanda jim ( ﺝ ) adalah Waqaf Jaiz.
- Lebih elok berhenti seketika di sini walaupun tidak berhenti adalah dibenarkan.
4. Tanda zha ( ﻇ )
- Bermaksud lebih elok TIDAK berhenti.
5. Tanda sod ( ﺹ ) dikenali sebagai Waqaf Murakhkhas
- Menunjukkan yang tidak digalakkan berhenti walaupun berhenti dibenarkan.
- Perbezaan antara hukum tanda zha dan sod adalah kegunaannya, dalam kata lain, keinginan untuk berhenti adalah lebih pada tanda sod.
6. Tanda sad-lam-ya' ( ﺻﻠﮯ ) merupakan singkatan kepada "Al-wasl Awlaa" yang bermaksud "Sambung lebih elok".
- Pembaca haruslah meneruskan bacaan kerana itu lebih elok.
7. Tanda qaf ( ﻕ )
- Merupakan singkatan kepada "Qeela alayhil waqf" yang bermakna "telah dinyatakan yang berhenti harus dilakukan ke atasnya".
- Tidak perlu berhenti di sini.
8. Tanda sod-lam ( ﺼﻞ )
- Merupakan singkatan kepadan "Qad yoosalu" yang membawa maksud "akan bersambung kadang-kala".
- Kadang-kala seseorang akan berhenti manakala ada yang tidak walaupun berhenti lebih diutamakan.
9. Tanda perkataan Qif ( ﻗﻒ )
- Bermaksud berhenti! Ia muncul pada tempat yang kebarangkalian pembaca akan meneruskan bacaan tanpa henti.
10. Tanda sin ( س ) atau perkataan Saktah ( سكتة )
- Menandakan berhenti seketika tanpa mengambil nafas.
- Dalam kata lain, pembaca haruslah berhenti seketika tanpa mengambil nafas baru untuk meneruskan ayat.
11. Tanda Waqfah ( وقفة )
- Serupa dengan Saktah tetapi bezanya ialah waqaf pada Waqjah lebih lama berbanding Saktah.
12. Tanda Laa ( ﻻ )
- Bermaksud "Jangan!". Tanda ini muncul kadang-kala pada penghujung mahupun pertengahan ayat.
- Jika ia muncul di pertengahan ayat, tidak dibenarkan berhenti dan jika berada di penghujung ayat, pembaca tersebut boleh berhenti atau tidak.
13. Tanda kaf ( ﻙ )
- Merupakan singkatan kepada "Kathaalik" yang bermaksud "serupa".
Dalam kata lain, tanda yang sama sebelumnya digunakan di sini.
14. Tanda bertitik tiga ( ... ...)
- Yang dikenali Waqaf Muraqabah (Berhenti Pemerhatian) atau Waqaf Ta'anuq (Terikat).
- Tanda ini kadang-kala diletakkan sekali huruf jim yang turut menjadi simbol bagi Mu'aanaqah ini.
- Ia akan muncul sebanyak dua kali di mana-mana saja dan cara membaca adalah Harus berhenti di salah satu tanda tersebut.
- Jika sudah berhenti pada tanda pertama, tidak perlu berhenti pada tanda kedua dan sebaliknya.
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D