Kerajaan telah mengumumkan akan mengetatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dalam
usaha untuk mengurangkan penyebaran jangkitan COVID-19 pada satu sidang media tengah hari
tadi.
Antara langkah-langkah yang akan dilaksanakan adalah menggerakkan angkatan tentera untuk
membantu pihak polis dan pihak berkuasa tempatan untuk mengawal pergerakan bermula Ahad (22
Mac 2020).
Untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakan sekerja, ejen/pengedar, pelanggan
dan komuniti di sekeliling kita, Zurich memutuskan untuk menutup Ibu Pejabat dan SEMUA
cawangan dari 22 Mac sehingga 31 Mac 2020.
Yakinilah bahawa kami sedang bekerja keras untuk memastikan operasi dapat berjalan dengan
gangguan
minima sepanjang tempoh ini. Kakitangan kami akan bekerja dari rumah dan terus menyediakan
perkhidmatan kritikal termasuk pemprosesan dan pengendalian tuntutan insurans/takaful,
pengeluaran surat jaminan dan pembaharuan tahunan polisi insurans/sijil takaful.
Dengan pengumuman baru ini, anda mungkin akan menghadapi tempoh pemprosesan yang lebih
lama bagi permintaan anda. Bagaimanapun, kami terus komited untuk melakukan yang terbaik untuk
memenuhi perkhidmatan kami kepada anda.
Kami juga ingin menggalakkan
anda menggunakan perkhidmatan dalam talian seperti MyAccount yang
tersedia untuk kemudahan anda.
Sekali lagi, ingin kami tegaskan betapa pentingnya kita mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak
berkuasa, dan mengikuti nasihat Perdana Menteri untuk duduk di rumah dan tidak keluar melainkan
sekiranya perlu (contohnya membeli barangan runcit, mendapatkan rawatan kesihatan).
Kami amat menghargai kerjasama anda untuk membantu sesaling kita untuk kekal selamat dan
membendung penyebaran jangkitan COVID-19.
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D