Friday, March 6, 2020

Rawatan Awal Kelecuran / Melecur

Selalu kami dapat kes macam ni di hospital.

Kesian tau, luka melecur begini sakitnya melampau. Biasanya anak kecil sampai menangis meraung-raung sebab tak tahan sakit.



Sekiranya berlaku di rumah, samada melecur terkena air, kuah atau wap panas, kalian usahalah jangan panik. Cuba bertenang dan kawal keadaan.

Ini beberapa rawatan awal yang boleh kalian lakukan:

1. Segera menjauh dari punca bahaya tu. Alihkan anak kalian dari tempat tu.

2. Cari pili air, dan alirkan air bersih sekurang-kurangnya selama 20 minit untuk mengurangkan haba dan rasa sakit pada kesan lecuran tu. Dalam masa sama, ia boleh mengelakkan kecederaan pada lapisan tisu yang lebih dalam.

3. Usah sapu apa-apa bahan pada kawasan lecuran tu. Madu ke, mentega ke, minyak gamat ke, telur ke, ubat gigi ke, tak kisahlah apa pun, please JANGAN!

Langsung tak bermanfaat dan tindakan tu boleh menyebabkan risiko jangkitan kuman berlaku.

Silap haribulan, jangkitan kuman merebak ke dalam darah, lantas berlaku komplikasi pada organ penting dalam badan. Seram weh!

4. Kalian boleh berikan ubat paracetamol pada anak untuk kurangkan rasa sakit melecur. Tapi jika sakit tu berlarutan, usah tunggu.

Atau jika ada tanda-tanda jangkitan kuman pun sama. Kalian terus bawa anak ke fasiliti kesihatan terdekat untuk dapatkan rawatan selanjutnya.

Please ya, rawatan awal yang kalian berikan sangat-sangat penting. Ingatkan hal ini pada semua ahli keluarga terdekat ya, sebab kes macam ni boleh berlaku pada sesiapa saja.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D