Wednesday, February 12, 2020

Tindakan Apabila Berlaku Kecuaian Perubatan

Tahukah anda apa yang perlu dilakukan dalam situasi kecuaian perubatan?

Jika pegawai perubatan anda atau keluarga terdekat anda cuai dalam menjalankan tugas mereka dan mendatangkan kecederaan atau kerugian kepada anda atau keluarga terdekat, anda boleh mengambil tindakan atas kecuaian mereka.

Terdapat 4 elemen yang harus dipenuhi jika anda ingin menyaman kecuaian pegawai/pusat perubatan yang merawat anda.

1) Tanggungjawab menjaga
Contoh Dr Mahmud dan Suraya mempunyai hubungan doktor-pesakit, jadi Dr Mahmud mempunyai tanggungjawab menjaga dan merawat Suraya.

2) Pelanggaran penjagaan standard 
Jika Dr Mahmud sebagai seorang doktor tidak menjalankan tugas seperti standard seorang pegawai perubatan, Dr Mahmud boleh dipertanggungjawabkan. 

Contoh, semasa pembedahan Dr Mahmud secara tidak sengaja cuai dan meninggalkan surgery gauze di dalam abdomen Suraya.



3) Pelanggaran penjagaan tugas
Dr Mahmud mempunyai tanggungjawab dari sudut undang-undang untuk tidak mencederakan sesiapa sepanjang menjalankan tugas sebagai seorang doktor. Tetapi, memandangkan beliau cuai, Dr Mahmud dan Hospital ABC yang merawat Suraya boleh disaman.

4) Kecuaian menyebabkan kerosakan
Contoh, Suraya demam panas selama dua minggu selepas pembedahan dan rawatan lanjut menunjukkan terdapat gauze di dalam abdomen Suraya. 

Kerana rawatan yang berterusan menyebabkan Suraya harus menanggung kos perubatan yang berlebihan. Kos rawatan ini tidak perlu jika Dr Mahmud tidak cuai.


Di sini, Dr Mahmud telah berlaku cuai dalam memberi rawatan kepada Suraya dan Dr Mahmud serta Hospital ABC boleh disaman akibat kecuaian beliau.

Tapi sebelum anda menyaman pegawai perubatan yang cuai, anda harus mendapatkan laporan perubatan, rekod perubatan serta gambar atau apa sahaja yang penting sebagai bukti kecuaian. 

Kemudian, rekod dan laporan ini dihantar ke expert dalam bidang perubatan untuk mengesahkan memang terdapat kecuaian. Jika terdapat kecuaian, anda boleh mendapatkan khidmat peguam untuk menuntut ganti rugi. Antara ganti rugi yang boleh dituntut ada kos-kos perubatan, atau jika kecederaan akibat kecuaian adalah kekal, anda boleh menuntut ganti rugi untuk pendapatan masa hadapan.

Jika pusat perubatan enggan memberikan rekod/laporan perubatan, jangan risau, anda mempunyai hak di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA 2010) untuk menuntut laporan/rekod perubatan tersebut.

Anda harus ingat, tindakan undang-undang harus dilakukan dalam masa 6 tahun selepas anda melaporkan kecuaian berlaku. Dan 3 tahun untuk hospital kerajaan

Contoh, Suraya melaporkan kecuaian ini pada 2 Februari 2020, maka Suraya mempunyai tempoh sehingga 2 Februari 2026 untuk menyaman Dr Mahmud dan Hospital ABC kerana kecuaian itu. Jika Suraya menyaman Dr Mahmud dan Hospital ABC pada 3 Februari 2026, Suraya sudah kehilangan hak untuk menyaman mereka. Kebiasaanya, pihak mahkamah juga tidak akan melayan permohonan saman tersebut.

Tulisan: Hafidzah Hassan
Dipetik dari posting: 
NHA advocates & solicitors

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D