Dividen ASB terendah dalam sejarah !
5.50 %
Maka apabila dividen ASB yang diumumkan rendah, banyak pelaburan mula berkira-kira untuk pindahkan pelaburan dan simpanan kepada instrumen yang bagi pulangan lebih tinggi.
Dalam situasi dividen ASB yang rendah ni, pastinya akan datang golongan yang menangguk di air keruh dengan mempromosikan skim-skim tabungan takaful atau skim unit trust yang menjanjikan pulangan berlipat kali ganda.
Harus diingatkan, 'pelaburan' dalam instrumen takaful mempunyai initial cost yang tinggi dan bukannya untuk jangka masa singkat (<10 tahun) kerana instrumen takaful adalah bermotifkan PERLINDUNGAN, bukannya PELABURAN (pure investment).
Kalau ada ejen takaful/insurans suruh keluarkan duit ASB, pindah ke takaful/insurans untuk 'saving', ambil buluh runcing dan tikam di tapak kakinya.
Untuk unit trust pula, abg tak nak komen lanjut sebab yang ni bergantung pada performance pelaburan masing-masing. Memang ada yang capai pulangan dividen 25% sebagainya, namun prestasi tahun-tahun sebelumnya bukanlah jaminan bagi prestasi yang berkekalan pada tahun akan datang. Ada risiko pelaburan menjadi pulangan negatif. Tetapi untuk jangka sederhana dan panjang, unit trust boleh dijadikan dana pulangan yang berbaloi jika kena pada 'fund'nya. Hal ini boleh rujuk pada agent unit trust ya.
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D