Wednesday, November 20, 2019

Ragam Kehidupan



Inilah realiti ragam hidup keluarga.

Apabila ahli keluarga yang sakit, perlu ulang alik hospital, masing-masing ahli keluarga akan tolak menolak tanggungjawab. Macam-macam alasan diberi, tak boleh cuti la, takda orang nak jaga anak la, sibuk kerja la.

Tapi bila bab harta pusaka, semua volunteer diri nak ikut serta untuk sign bahagian masing-masing tanpa perlu dipujuk rayu untuk turut serta ikut.

Untuk elakkan kesusahan diri di kemudian hari, masa sihat ni disarankan kita ambil polisi takaful yang fokus kepada LIVING BENEFIT.

Maksud living benefit di sini ialah, manfaat takaful tersebut, boleh kita rasai dan terima sementara kita masih hidup. Berbeza dengan Hibah, hibah takaful hanya terlaksana setelah kita meninggal dunia dan wang hibah tersebut akan dinikmati oleh penama waris hibah yang kita namakan.

Antara perlindungan LIVING BENEFIT yang perlu;

- Elaun hospital
Setiap kali masuk wad hospital, sekurang-kurangnya kita ada pendapatan harian untuk tanggung diri sendiri.

Sebagai contoh, masuk wad 5 hari. Sehari elaun wad kita ambil RM 200. Keluar hospital, kita boleh claim RM 1,000 buat ganti belanja apa yang patut.

- Manfaat penyakit kritikal
Andai kata takdir menghidap penyakit kritikal, sekurang-kurangnya pampasan manfaat penyakit kritikal yang kita dapat boleh kita belanjakan untuk urus diri sendiri.

Disarankan ambil manfaat ini sekurang-kurangnya 3 - 5 tahun gaji tahunan.

- Manfaat hilang upaya 
Hilang upaya, terpaksa dibantu orang lain untuk uruskan diri, kita akan menjadi beban kepada keluarga yang lain.

Maka kita perlu ada duit untuk urus diri sepanjang kehidupan dalam keadaan hilang upaya.

LIVING BENEFIT di atas adalah komponen penting dalam memilih perlindungan takaful. Kerana ada antara kita yang hanya ambil perlindungan kematian sahaja. 

Takkan nak tunggu meninggal baru boleh claim

Tak salah jika ambil pelan takaful hibah sahaja. Tapi perlu juga kita pertimbangan manfaat semasa hidup. At least sementara ada hayat tu, kita boleh claim untuk guna sendiri.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D