Assalamualaikum semua
Ada terima surat 'Notis Pra Luput @ Notis Kecukupan Dana' dari Zurich Takaful ?
Tenang semua...
Jangan panik, jangan gabra. Tenang-tenang saje 💁
Abg pun ada terima surat ni.
Jadi, dengan menggunakan contoh surat abg,
mari abg jelaskan sama-sama.
Nota;
Penjelasan ini hanya terpakai untuk klien yang ambil polisi dengan abg sahaja.
Yang ambil dengan ejen lain, sila rujuk ejen masing-masing kerana pelan anda tidak sama dengan apa yang abg bagi pada klien.
Okay...
First sekali, surat ini dikeluarkan kerana;
1) Pelasaran ilustrasi jualan oleh Bank Negara yang mengkehendaki caruman yang dibayar pelanggan hendaklah boleh bertahan sehingga tarikh matang sijil takaful ;
atau
2) Sijil takaful anda berpotensi untuk luput dalam tempoh 12 bulan dengan mengandaikan tiada bayaran caruman dibuat dan sijil berjalan di atas nilai cash value (simpanan).
Dalam surat yang dihantar, dinyatakan 3 pilihan yang klien perlu buat;
1. Tambah caruman bulanan
Dengan penambahan caruman bulanan, dijangkakan sijil takaful akan dapat bertahan hingga akhir tarikh matang, sebagai contoh untuk klien abg selalunya abg letak tarikh matang pada umur 80 tahun.
Caj takaful sebenarnya akan meningkat apabila umur peserta takaful meningkat. Jadi dengan caruman sedia ada, kebanyakkan sijil takaful akan kekurangan dana cash value untuk menampung caj takaful yang semakin tinggi sedangkan klien masih membayar caruman yang rendah dari caj yang dikenakan.
Dengan caruman sedia ada, sijil takaful klien adalah dijangkakan hanya bertahan sekitar umur 64 tahun dan selepas itu akan lupus sekiranya klien tidak buat pelarasan caruman.
2. Bayar secara lump sum
Ini adalah pilihan yang mustahil bagi klien untuk buat bayaran lump sum perlindungan takaful untuk kekal perlindungan sehingga 80 tahun.
Jadi abg memilih untuk tak mengulas pilihan ni.
3. Kurangkan jumlah perlindungan takaful
Dengan membuat pengurangan perlindungan takaful, caj takaful yang dibayar akan berkurang. Tapi manfaat yang bakal diterima, juga akan berkurang.
Apa nak pilih ???
Okay, untuk klien abg sekalian, TAK PAYAH buat apa-apa pilihan. Tak perlu reply surat tersebut.
Sebaliknya, TERUSKAN bayar caruman bulanan seperti biasa. Abg tahu coverage apa yang abg bagi pada klien-klien abg.
Sungguh pun dengan teruskan caruman seperti biasa, polisi hanya boleh bertahan setakat umur 64 tahun, tak bertahan sampai umur 80 tahun, itu nanti abg cerita lain. Masa panjang lagi untuk sampai umur 60 tahun. Tak guna rendahkan perlindungan takaful (pilihan 3), atau terseksa bayar caruman bulanan tinggi (pilihan 1) yang akhirnya klien tak mampu bayar dan polisi luput lebih awal lagi.
Abg nak tulis panjang lebar tapi abg takut tulisan abg ni akan disalah tafsir (pemahaman orang lain-lain) oleh klien lain yang ambil dengan ejen lain.
Jadi untuk klien abg, kalau nak info lanjut, roger abg kat whatsapp. Abg boleh jelaskan okay.
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D