Baru ni ayah abg masuk hospital. Batu karang blok salur kencing. Jadi lepas keluar hospital, ada saudara abg yang bagi petua rawat batu karang melalui pokok herba. Pokok yang dimaksudkan adalah pokok pecah batu. Ada juga nama lain pokok ni, pokok pecah beling.
Dipanggil pokok pecah batu kerana dikatakan berkhasiat bagi mengubati masalah batu karang dan kencing tak lawas. Saudara abg ada tanam pokok ni, terus dia petik daunnya bagi kat abg untuk buat ubat batu karang.
Ni gambar daun pokok pecah batu tu.
Cara nak buat ubat batu karang;
1. Ambil 7 helai daun pecah batu. Cuci dan bersihkan daunnya dari kotoran. Jangan lupa berselawat sambil cuci daun. Doa moga Allah izinkan sembuh dari batu karang.
2. Masukkkan 500ml air ke dalam periuk, masukkan daun pecah batu, rebus sehingga air tinggal 250ml. Api perlahan.
3. Sejukkan, dan minum setiap pagi selama seminggu.
Abg dah buat 1x. Air dia sedap jugak rasa dia, rasa macam minum Green Tea. Takde rasa kelat sangat pun. Just nice, kiranya kalau minum tu memang boleh habiskan secawan tanpa buat muka menahan rasa tak sedap.
Ni warna air dia lepas siap rebus. Macam warna teh.
Ni adalah ikhtiar rawatan batu karang secara tradisional. Kalau Allah izinkan, maka boleh sembuh batu karang tu. Yang penting kita ikhtiar.
Bagi yang mencari daun pecah batu @ pecah beling ni, rupanya ada jual kat shopee. Siap ada jual dalam bentuk kapsul pil lagi. Tapi bagi abg, abg prefer daunnya, buat sendiri. Lagi pure.
Nak tanya, skrg ni mcm mana? Dah baik sediakala ker?
ReplyDeleteDah baik la tu
Delete