Mengapa pentingnya Wasiat?
1) Memudahkan perlantikan Wasi / Pentadbir bagi menguruskan pembahagian Harta Pusaka simati.
2) Dapat mengenal atau menyenaraikan benefisiari atau waris-waris yang berhak dan berkepentingan.
3) Dapat menyenaraikan / mengenalpasti segala harta /aset simati samada dalam bentuk Harta Alih / Harta Tidak Alih semati dalam Malaysia atau luar bidangkuasa Malaysia.
4) Memudahkan waris-waris mengetahui segala hutang / liabiliti simati yang masih tertunggak.
5) Memudahkan pembahagian 1/3 dari aset simati kepada waris-waris.
6) Menyampaikan nasihat atau kata-kata terakhir kepada benefisiari / waris-waris.
7) Mengelakkan berlaku penindasan atau Pentadbir tidak berlaku jujur dan mengetepikan waris-waris yang lain.
Apa akan berlaku jika simati meninggal dunia TANPA WASIAT :
1) Perlu melalui proses yang panjang di JKPTG / Unit Pembahagian Pusaka Kecil (bagi harta di bawah nilaian RM2 Juta) atau Mahkamah Tinggi Malaya (bagi nilaian harta RM2 Juta dan ke atas) bagi mendapatkan Geran Surat Kuasa Mentadbir.
2) Sukar untuk memgumpulkan / mengenal pasti Aset-aset dan liabiliti simati yang ada.
3) Setelah mendapat Geran Surat Kuasa Mentadbir dari Mahkamah Tinggi Malaya, Pentadbir perlu mendapatkan 2 orang Penjamin atau pengecualian dari Mahkamah.
4) Kebanjiran kes Harta Pusaka di JKPTG / Unit Pembahagian Pusaka Kecil sehingga menyebabkan waris-waris perlu menunggu tarikh pendengaran / perbicaraan yang lama.
5) Kos yang tinggi di Mahkamah Tinggi Malaya bagi mendapatkan Geran Surat Kuasa .
6) Kebarangkalian berlaku pertikaian antara waris untuk melantik Pentadbir atau pembahagian aset - aset. Terutamanya jika Simati mempunyai lebih dari seorang isteri.
* Jika terdapat kemunsykilan, sila dapatkan nasihat dari Peguam anda atau mereka yang pakar.
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D