JANGAN BUAT MAIN-MAIN
Ok...saya nak share kisah kemalangan yang berlaku pada client saya ni.
Beliau seorang student IPT dalam perjalanan balik ke rumah, motosikal yang dinaikinya dihimpit oleh kereta lain dan menyebabkan dia terjatuh dan melambung terkena pembahagi jalan.
Driver kereta seorang perempuan india hanya turun check keretanya dan terus blah macam tu saja.
Apa jadi dengan client saya ni?
Tulang kakinya patah macam dalam gambar tu. Masuk hospital awam di bahagian kecemasan lebih kurang waktu maghrib sampai tengah malam masih di situ. Maybe que punya pasal.
Kaki dia bengkak dah sebab lama tunggu. Si ibu dah risau nak buat macam mana ni. Jumpa Dr tanya macamana? Dr kata dalam 2 minggu belum tentu dapat buat operasi kaki anaknya tu. Dr jelaskan lagi bahawa dalam tempoh tu anaknya boleh terkena jangkitan kuman dan membawa kepada lumpuh.
Tapi dengan tenang ibunya teringat bahawa anaknya tu ada medical card. Terus dia call saya tengah malam nak buat macamana. Jadi saya bagi cadangan untuk pindah ke hospital swasta Sungai Petani. Dalam keadaan ni client kita akan ikut cakap kita sebab dia pun dah blur nak buat keputusan. Ejen pun kena tau lah hospital mana yang ada pakar berkaitan tulang ni.
Selepas saya cadangkan hospital mana, malam tu juga ambulan dari hospital swasta Sungai Petani datang ambil client saya ni di hospital awam tu. Ingatan ya....kalau nak pindah dari hospital awam ke hospital swasta pihak hospital swasta akan contact bahagian kecemasan hospital awam dan mereka bersetuju untuk lepas dan terima. Jadi Dr di hospital swasta dah ready untuk ambik alih.
Esoknya selepas GL dari Mediexpress lulus, operasi pembedahan masukan besi pun di jalankan. Tak perlu tunggu berminggu minggu untuk buat kerja. Janji ada duit seketul lah kan.
Kos pembedahan ni memakan kos dalam RM35,000!
Dari mana nak dapat kos tu? Medical card kan ada, pihak takaful yang bayarkan kos tersebut 100%!. Final Guarantee tu menunjukan bayaran dah confirm dibayar. Kalau tak ada kad takaful macamana lah kan....maybe kena keluarkan simpanan berpuluh tahun untuk dihabiskan sekelip mata saja. Atau terpaksalah tunggu berminggu minggu untuk operate.
Di pihak client saya, dia sangat berterima kasih kerana pihak takaful membayar semua kos pembedahan.
Di pihak saya pula, merasakan sangat puas hati bila dapat bantu ringankan beban yang ditanggung oleh client saya tu. Saya bagitau client bahawa saya ni pemudah cara saja. Yang nak pastikan polisi tu terus hidup adalah dirinya sendiri.
Atas kesedaran yang tinggi lah client saya ni ambik 3 medical card untuk anaknya dan 1 untuk cucu kesayangan.
Nak timbulkan kesedaran ni lah yang susah. Kalau sedar dari awal ok lagi. Jika dah kena baru nak sedar, dah terlambat. Semoga kisah ini jadi pengajaran kepada kita semua untuk buat persediaan awal sebelum ditimpa musibah.
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D