Tuesday, March 26, 2019

Perjuangan Pesakit Kanser

SEBUAH PERJUANGAN:

Gambar ini dikongsikan oleh seorang sahabat #CSM yang pagi-pagi sudah menunggu di Institut Kanser Negara IKN. Inilah rutin seorang Pesakit Kanser.



Bagi kami HOSPITAL adalah Rumah Kedua.
Terlalu banyak kisah duka ulang-alik dari rumah ke tempat rawatan.

Adakalanya bukan semua rawatan itu percuma.
Ada jugak yang nak kena bayar.

Belum lagi kos ubat Kimoterapi yang tidak mendapat subsidi. Kalau nasib baik anda terpilih jadi 'tikus makmal" dapat Ubat Kimo Free sebab jadi sebahagian dari Research syarikat pembekal.

Ramai yang mengadu tak mampu nak menanggung kos ulang-alik ke Hospital.

Ada yang tak punya kenderaan ... bawak motor sendiri walaupon badan keletihan akibat 'racun kimo'.

Ada jugak yg terpaksa naik pengangkutan awam seperti bas dan keretapi (LRT) malah ramai juga yang bercerita mereka pernah jatuh pengsan di stesen bas atau stesen keretapi.

Maklumlah badan letih tidak bermaya ... kena pulak menunggu bas .. teksi .. atau keretapi.

2 hari lepas sewaktu di wad ziarah pesakit kanser ... tiba-tiba terdengar ada pesakit yang rebah dan meninggal sewaktu ke tandas. (innalillahiwainnailaihirojiiun berakhir sebuah penderitaan)

Sekadar sebuah catatan ... berhenti sejenak melihat penderitaan sahabat kita. Musibah mereka ujian buat kita jua.



mode: gambaq botol ayaq dok
beratoq tunggu giliran

founder cancer survivor Malaysia 
#CSM

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D