Monday, March 4, 2019

Pembaziran Ubat-Ubat Klinik & Hospital

Gambar ini menunjukkan ubat yang dijumpai di sebuah rumah - seorang pesakit yang pergi beberapa klinik dan hospital untuk mengambil ubat, memberitahu staf yang dia makan ubat , tetapi sebenarnya tak makan langsung ubat tersebut.



Tabiat sedemikian boleh menganggu bekalan ubat di negara kita dan menyebabkan pesakit lain tidak dapat ubat mereka.

Antara langkah langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan pembaziran ubat

1. Bawa bekalan ubat setiap kali anda datang ke temujanji di Klinik. Supaya Pegawai Farmasi dapat memeriksa jumlah ubat yang anda tinggal.

2. Sekiranya anda ditahan di wad, bawa bekalan ubat sedia ada, supaya hanya ubat yang baru dibekalkan di hospital diberi kepada anda.

3. Sekiranya anda mengingkari arahan doktor, atau tidak ingin mengambil ubat- tolong berterus terang kepada Doktor/Pegawai Farmasi dan pulangkan ubat tersebut.

Ingat, pembaziran adalah perbuatan menafkahkan atau menggunakan harta pada jalan maksiat dan tidak berlandaskan Sunnah.

"Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran-Mu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah al-Isra':27)

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D