Di Al-Khalifah Health, pesakit slipped disc akan diberi ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:
1. Surah Qaff ayat 16 hingga 45.
2. Surah Mukminun ayat 60 hingga 80.
3. Surah Shod ayat 34 hingga 61.
4. Surah Al-Ahqaaf ayat 21 hingga 28.
5. Surah Adz-Dzariyaat ayat 31 hingga 60.
Cara amalan ayat-ayat al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Qaff tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Mukminun tiga kali pada waktu siang.
Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah SWT untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang berikutnya.
Selain dari amalan ayat-ayat al-Quran, kami juga menggunakan teknik menekan di tempat-tempat tulang belakang yang bermasalah. Selalunya pesakit akan merasa sedikit tidak selesa bila tempat yang bermasalah itu disentuh oleh perawat kami.
Adalah lebih baik sekiranya pesakit dan keluarga datang untuk berjumpa dengan perawat-perawat @Al-Khalifah Health terlebih dahulu supaya dapat kami memeriksa jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus dan bolehlah dirawat dan diberi ayat-ayat al-Quran yang lain yang boleh merawat gangguan tersebut.
Dalam sebuah hadis sahih daripada Safiyah r.a. dijelaskan bahawa Rasulullah SAW ada bersabda:
Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)."
http://www.wasap.my/+60167573609/alkhalifahhealth. Tuan boleh Wasap kami untuk lebih detail lagi
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D