Thursday, January 24, 2019

Petua Rawat HFMD

Abg nak kongsikan petua rawat HFMD yang dikongsi di FB untuk ikhtiar dan manfaat bersama. Post tersebut abg edit sedikit dari post asal untuk kesesuaian pembacaan.

------


Rasa tak sedap hati selagi tak share petua dan pengalaman kak sha sendiri bila anak kena virus HFMD. Lately ni ramai anak yang kena virus HFMD. Tak terkecuali anak kak sha pon kena jugak.

Mula-mula dia start dengan demam dan muntah-muntah di padang. Time tu dia ada sukan sekolah tadika. Lepas sehari dia mengadu sakit mulut, nak makan tak boleh. Tengok tangan dan kaki dah naik merah-merah.

Jiran saya berbangsa india, dia ada bagi saya satu petua. Jadinya Saya guna 100% rawatan tradisional cara org india ni ke atas anak saya semasa dia kena HFMD. 

Jadi saya nak kongsi petua yg jiran india saya bg ni. Ibu-ibu boleh amalkan ye kalau nak anak cepat sembuh dan kita juga kena yakin semuanya atas keizinan ALLAH SWT.

PERTAMA :- 
Saya bagi anak saya makan ais krim vanila. Ais krim ni nak bagi luka dalam mulut reda. Cubalah, memang sangat berkesan.

KEDUA :-
Ambil sebesen air paip. Masukkan serbuk kunyit satu sudu besar. Ramas-ramaskan daun sembambu ke dalam air tersebut. Letakkan air tersebut di bawah cahaya matahari dalam 2-3jam (saya letak pukul 10.40 pagi sampai pukul 1ptg ).

Bila dah agak-agak panas-panas suam, bagi anak kita mandi guna air ni. Jirus perlahan dari kaki ke kepala. Jangan bilas dengan air paip. Biarkan air kunyit dan daun sembambu ni di badan anak jadikan penawar.

KETIGA :-
Ramaskan daun sembambu dengan bedak sejuk. Lumurkan ke tangan ,kaki kat bahagian yang kena sakit ni. Jangan masukkan dalam mulut tau. Yang dalam mulut tu bagi makan ais krim vanila je.

Insyaallah. Selepas 3-4 hari pasti akan hilang . Cubalah sebab saya sendiri dah alami. Parut pun dah takde kat badan anak. Sangat mujarab petua ni. Pada yang nak share silakan ye. Saya cuma cerita berdasarkan pengalaman. Kita hanya perlu ihtiar dan tawakal.

Insyaallah segalanya dengan izin Allah swt

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D