Kita selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita. Orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka...
Semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yangg penting dalam kehidupan kita dan ia adalah...
Qanaah : Merasa Cukup
Yang hidup di kampung berasa nak ke bandar, yang di bandar pula ingin pulang ke kampung...
Bila hujan, kita tanya bila laaa nak kemarau... Di musim kemarau kita tanya bila la hujan nak turun..
Bila duduk di rumah, rasa nak keluar, bila keluar pula rasa ingin pulang ke rumah...
Waktu sunyi kita nak kepada orang ramai, bila ramai orang pula jadi serabut perut, berasa nak kepada kesunyian...
Ketika bujang ngeluh nak nikah, bila nikah nak nikah satu lagi. Hehehe.. 😋
Setelah berkeluarga ngeluh belum dapat anak. Bila ada anak, ngeluh pula perbelanjaan hidup....
Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki.. Bila telah dimiliki lain pula jadinya..
Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..
Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini. Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar. ☘️🌎
Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..
Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan nampak buruk..
Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil. Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.
Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.
Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..
Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..
Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..
Jauhilah sifat sombong dgn apa yg kita miliki ..
Ianya bukan milik kita, ianya milik Allah yg Maha Esa... Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D