Monday, November 12, 2018

Mohon Takaful Perubatan Tak Semestinya Lulus

Bila anda mohon takaful hayat atau perubatan, possible outcome adalah seperti berikut;

1) Lulus tanpa syarat tambahan (approved): Pemohon yang sihat walafiat, berat badan ideal
 
2) Lulus dengan pengecualian tertentu (exclusion): Pemohon yang telah ada penyakit, tetapi pihak insurans tak cover penyakit yang telah ada kerana dikhuatiri penyakit tersebut akan berulang semula

3) Lulus dengan caj tambahan (loading): Pemohon yang bekerja dengan risiko pekerjaan berbahaya seperti terlibat dengan pekerjaan mengendali mesin-mesin, senjata api. 

4) Lulus dengan pembayaran bersama (co-payment) - Pemohon dengan rekod penyakit tidak berulang.

5) Ditangguhkan (postponed) - Permohonan ditangguhkan dan perlu dimohon semula pada masa yang akan datang. Contoh, wanita yang sedang mengandung 7 bulan ke atas, bayi lahir pra-matang

6) Ditolak (declined) - Permohonan ditolak.



Sebarang permohonan untuk orang dilindungi yang ada rekod masalah kesihatan, sejarah penyakit keluarga atau obes (BMI 30 dan ke atas), akan diminta rekod perubatan atau pemeriksaan kesihatan.

Jadi jangan terlalu yakin bila anda mohon, permohonan anda akan diluluskan secara otomatik kerana takaful tak boleh dibeli dengan duit. 

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D