Monday, October 15, 2018

Zurich Takaful Malaysia Berpindah Ke KL Eco City

Dengan penuh sukacita, kami ingin memaklumkan bahawa berkuat kuasa 15 Oktober 2018, ibu pejabat kami akan berpindah ke KL Eco City, sebuah pembangunan moden terkini di Kuala Lumpur. 



Pemindahan ini melambangkan sebuah pencapaian yang membanggakan dalam matlamat kami untuk menyediakan persekitaran tempat kerja yang lebih dinamik untuk pekerja-pekerja Zurich. Dengan secara langsungnya, ini akan mempertingkat kolaborasi antara segmen-segmen perniagaan dan meletakkan kami di posisi yang strategik bagi kejayaan yang berterusan di masa akan datang.

Alamat dan nombor telefon ibu pejabat baharu:

Zurich Takaful Malaysia Berhad
Tingkat 23A, Mercu 3,
No. 3, Jalan Bangsar,
KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur
Tel: 03-2109 6000
Faks: 03-2109 6888




Oleh kerana proses perpindahan ibu pejabat ini dijalankan secara berperingkat, perhubungan dan komunikasi harian berkemungkinan akan menghadapi gangguan. Walau bagaimanapun, kami amat komited untuk meminimumkan gangguan yang dihadapi dan kami ingin berterima kasih atas kesabaran anda. 

Buat sementara waktu ini, sila ambil perhatian tentang perkara-perkara berikut:

Perkhidmatan kaunter cawangan akan diteruskan seperti biasa di cawangan Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, sehingga pemindahan ke cawangan HP Tower, Kuala Lumpur pada bulan November. Tarikh rasmi operasi akan diumumkan pada masa akan datang.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D