Friday, October 19, 2018

Aku Duit

Salam perkenalan,


Nama aku : Duit
Nama lain : Wang

Wajahku biasa-biasa sahaja, fizikalku pula sangat lemah. Namun aku boleh memporak perandakan penghuni dunia ni dengan sekelip mata.

Aku juga "BOLEH" mengubah perilakumu dari baik menjadi jahat, bahkan mengubah sifat manusia, kerana manusia sentiasa mengejar dan mengidolakan aku.

Banyak orang berubah keperibadiannya kerana aku. Ada yang mengkhianati temannya, ada yang sanggup menjual tubuh badannya, bahkan ada yang sanggup meninggalkan keyakinan imannya, demi mengejar aku.



Hebatkan aku ?

Aku tidak memahami perbezaan antara orang yang soleh & jahat, tetapi manusia menggunakan aku untuk mendapatkan darjat, menentukan kaya atau miskin & rasa dihormati atau terhina.

Aku bukan iblis, tapi orang selalu melakukan perkara yang keji demi mengejar aku.

Aku juga bukan orang ketiga, tapi banyak suami isteri bercerai gara-gara mengejar aku, adik beradik bergaduh dan saling membenci kerana aku. Anak dan orang tuanya berselisihan kerana aku.

Sangat jelas aku juga bukan tuhan. Tetapi manusia sanggup menyembah aku seperti tuhan, bahkan kerap kali hamba-hamba tuhan lebih menghormati aku, padahal banyak ulama sudah pesan jangan jadi hamba DUIT.

Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapa pun, tapi ramai orang sanggup mati demi aku.
Suka aku ingatkan...

Aku boleh ditukar utk menjadi resit ubat kamu, tapi aku tak mampu untuk memanjangkan umur kamu.

Kalau suatu hari nanti kamu dijemput oleh Allah swt, aku tak boleh menemani kamu. Apalagi untuk menjadi penebus dosa-dosa kamu. Kamu mesti berdepan dengan Allah swt sendirian tanpa aku.

Saat itu, Allah pasti akan mulakan penghitungan dengan kamu, ADAKAH SELAMA HIDUP KAMU MENGGUNAKAN aku ke jalan yang baik, atau sebaliknya MENJADIKAN aku sebagai Tuhan ?

INI AMANAT AKHIRKU :

Aku "TIDAK ADA DI SYURGA",

Jadi jangan cari aku disana.

CADANGAN AKU :

1. Jangan terlalu sayang dengan aku.

2. Jangan lupa gunakan aku untuk bayar Zakat, Infakkan aku selalu, Sedekah aku selalu supaya aku menjadikan hidupmu lebih "BARAKAH" di dunia dan akhirat.

~ Imbangi Antara Pemburuan Dunia Dan Akhirat ~

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D