Sunday, October 21, 2018

Elok Ke Guna Air Fryer ?

Post ini bukan untuk memburukkan air fryer, hanya menyelar segelintir populasi yang mengatakan air fryer adalah alat yang wajib ada di dapur, akan menjadikan makanan sangat sihat dan boleh kurangkan kanser. Baca dan hadam, penulis hanya bermaksud, bahaya boleh ada tak kisah gunakan minyak atau airfryer, kurangkan lah makanan tinggi kanji dengan suhu yang tinggi.

Ada yang pernah bertanya adakah penggunaan air fryer bagus?

Apa itu air fryer? 



Ia adalah alatan di dapur yang menggunakan suhu tinggi dan kitaran udara panas yang digunakan untuk memasak makanan, tanpa sebarang minyak atau agen lain. Ramai yang terpengaruh untuk membeli, soalnya, adakah ia benar-benar bagus?

Jika kita lihat penggunaan airfryer sebenarnya boleh mengurangkan penggunaan minyak ketika menggoreng, boleh kurangkan kalori dalam makanan, namun, ada juga kesan sampingan akibat penggunaan suhu tinggi ini.

Penggunaan suhu tinggi untuk memasak makanan yang tinggi kanji seperti ayam goreng celup tepung dan ubi kentang goreng, ubi goreng dan sebagainya mampu menyebabkan terhasilnya satu bahan yang dikenali sebagai acrylamide.

Akrilamida ini dikelaskan sebagai kompaun yang mungkin meningkatkan risiko kanser. Dalam kajian literatur yang dilakukan, kebanyakan kesan toksik direkodkan adalah dalam kajian menggunakan haiwan. Namun, tidak dinafikan akrilamida ini mempunyai kesan sampingan dan menjadi tanggungjawab kita untuk cuba mengurangkan akrilamida dalam makanan.

Ingat, makanan tinggi kanji, suhu tinggi, tak kira digoreng atau tidak, ia akan menyebabkan terhasilnya akrilamida. jadi, penggunaan airfryer masih agak tidak signifikan jika tujuannya untuk mengurangkan kesan toksik, jika ia untuk mengurangkan penggunaan minyak, maka gunalah.

Keropok lekor juga ada akrilamida ya! tambah yang guna banyak tepung ubi dan kurang ikan dalam keropok berkenaan!

Jadi bukan kewajipan setiap dapur untuk ada airfryer, mahu cara masakan lebih sihat? cuba kukus atau sup bening (masakan orang jawa), ini memang tanpa minyak terus.

* * *

Addendum:

Kami nak jelaskan sedikit kekeliruan di sini.

Seperti yang disebut di atas, memasak makanan berkanji dgn suhu tinggi akan menghasilkan acrylamide. Ya memang kita boleh menggunakan air fryer utk memasak pada suhu rendah. Tapi tak tercapailah kesan menggoreng tu (maillard reaction).

Penggorengan garing hanya dapat dikecapi pada suhu tinggi. Ye laa, kalau dah menggoreng, tapi tak garing, tak brown dan tak crunchy, bukanlah menggoreng namanya. Dan bila suhu tinggi, acrylamide pun terhasil sebagai kesan sampingan dari Maillard reaction antara pengurangan gula dan asid amino, terutamanya asparagine).

Rujukan

1. Kumar et al 2018. Dietary Acrylamide and the Risks of Developing Cancer: Facts to Ponder. Front Nutr.
2. Nazir & Sharif. 2018. Health risk assessment of acrylamide in deep fried starchy foods among students. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia.
3. Giovanelli et al 2017.Comparative study of physico-chemical and sensory characteristics of French fries prepared from frozen potatoes using different cooking systems.Eurepoean Food Research and Technology.

Post asal Ini Sains Beb

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

1 comment:

  1. I really enjoy simply reading all of your weblogs. Simply wanted to inform you that you have people like me who appreciate your work. Definitely a great post. Hats off to you! The information that you have provided is very helpful. airfryer

    ReplyDelete

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D