Ali seorang pemuda yang baik, rajin dan bekerja dgn bergaji RM36,000/tahun. Dengan gajinya itu Ali sedikit sebanyak dapat bantu ringankan beban ibu bapanya di kampung dan adiknya yang menuntut di IPTA.
Suatu hari, musibah melanda. Ali terlibat kemalangan dilanggar oleh seorang pemandu yang mabuk. Beliau disahkan lumpuh keseluruhan dan tidak boleh bekerja lagi pada usia semuda 28 tahun. Sudah tiada lagi gaji RM36,000/tahun. Ibubapa dan adiknya kini hilang tempat bergantung dan terpaksa pula menyara Ali.
Seorang peguam datang ingin membantu Ali untuk mendapatkan pampasan yang sepatutnya. Persoalannya, berapakah jumlah yang patut Ali saman terhadap pemandu mabuk yang telah menyebabkan beliau lumpuh itu?
RM36,000? RM72,000? RM100,000?
RM500,000?
RM1Juta? RM2Juta? RM10Juta?
Mampukah pemandu mabuk itu membayar saman ganti rugi terhadap Ali?
Paling kuat, dia boleh bayar saman trafik RM 300 aja.
Sebenarnya diri kita tiada nilai yg boleh diukur dengan wang ringgit.
Tetapi gaji kita boleh digantikan semula jika tahu caranya...
Takaful itu mudah kepada mereka yang faham.
Lindungi pendapatan anda melalui takaful.
Boleh bincang dengan abang :)
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D