Friday, September 7, 2018

BANK HSBC - SI BAKHIL MENAFIKAN UBAT-UBATAN KAKITANGAN

BANK HSBC - SI BAKHIL MENAFIKAN UBAT-UBATAN KAKITANGAN

Pada 21hb Mac 2018, Ken seorang staf kanan di Bank HSBC pergi ke dispensary untuk mengambil ubatnya sesudah selesai pemeriksaan kesihatan rutin. Staf di dispensari memberitahu bahawa mereka telah menerima arahan dari Bank HSBC supaya jangan membekalkan ubat dan rawatan yang telah dia terima semenjak 23 tahun yang lalu.

Ken segera menghubungi Pengurus Kanan, Alan Sunil Netto yang memberi jaminan beliau akan semak perkara tersebut. Walaupun menghantar e-mel dan WhatsApp, tidak ada maklum balas dari Encik Alan.



Ken sedar kalau dia tidak mengambil ubat preskripsi oleh doktornya itu nyawanya dalam keadaan merbahaya, maka Ken membeli ubat tersebut dengan wang sendiri.

Tiga puluh (30) hari selepas aduan dibuat, Alan bangun dari tidur dan menjawab bahawa dia akan memberi maklum balas kepada Ken dalam masa seminggu. Tiga hari selepas itu Alan jawap menyatakan bahawa perkara tersebut sedang dibincangkan dengan pihak dispensari dan rakannya akan menghubunginya Ken.

Kemudian Shareen Teoh dari Jabatan Sumber Manusia HSBC mengarahkan Ken untuk mendapatkan pendapat perubatan kedua pula. Ken menepati perintah itu. Dalam pada itu, Ken terus mengingatkan Alan kerana dia tidak memberi maklum balas seperti yang dijanjikan. (Kita hanya boleh membuat kesimpulan bahawa Allan telah meneruskan tidurnya!)

Tujuh puluh lima (75) hari kemudian Shareen Teoh menjawab bahawa hanya salah satu ubat daripada senarai preskripsi asal akan dibekalkan dengan syarat, kali ini ialah Ken mendapat Preskripsi Pakar pula!

Walaupun Ken memberikan Preskripsi Pakar kepada pihak Bank HSBC, masalahnya tidak berakhir. Bank HSBC memberitahunya bahawa preskripsi itu akan dikaji semula!

Pendek kata, Ken terpaksa membuat dua (2) kilanan sebelum dia diberi rawatan dan ubatnya. Keluhan Ken masih tidak selesai kerana Bank HSBC cuba untuk menafikan akses rawatan perubatan seperti yang diperuntukkan dalam Perjanjian Kolektif kepada kepada Ken dan ahli NUBE yang lain.

Layanan yang tidak berperikemanusiaan yang dialami oleh Ken adalah manifestasi keangkuhan Bank HSBC terutamanya Pengurusan HR yang tidak produktif dan kurang berprestasi.

Ini adalah perompak zaman moden yang diketuai oleh Calister Koh dan seorang CEO British Stuart Milne; yang sanggup melentur ke belakang semata-mata untuk menafikan manfaat perubatan pekerja mereka dan juga melanggar peruntukkan yang termaktub dalam Perjanjian Kolektif.

Post Asal: NUBE Malaysia 
(Labour Union for Bank Employee Malaysia)

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D