Wednesday, October 12, 2016

Takaful Itu Apa Sebenarnya ?

Kalau anda anggap Takaful itu sebagai satu skim tabungan simpanan, maka tidak hairanlah anda terpaksa BAYAR MAHAL untuk perlindungan takaful yang rendah. Dan tidak hairanlah, apabila masuk skim takaful, anda sibuk tanya berapa simpanan yang ada, atau berapa jumlah nilai tunai selepas matang? 

Takaful sebenarnya adalah suatu JAMINAN TANGGUNGAN KERUGIAN yang berlaku dalam hidup peserta. Kita semua tahu, hidup ini tak menentu. Bila ditimpa musibah tertentu, peserta boleh alami kerugian seperti hilang gaji berterusan atau kos sara hidup naik mendadak akibat sakit atau kemalangan. 


Kita sedar bahawa bila kita ditimpa musibah, tidak ada pihak yang akan mengganti semula kerugian kewangan yang kita alami. Takaful diwujudkan sebagai satu mekanisme memindahkan risiko kerugian kepada satu kumpulan peserta yang besar, yang sanggup beri JAMINAN BERTULIS, untuk menanggung kerugian tersebut 

Fahamkan Takaful adalah PERSEDIAAN AWAL KALAU JADI APA APA.

BETULKAN PEMAHAMAN anda tentang Takaful 
Dan anda akan menerima satu proposal Takaful yang bukan sahaja memenuhi keperluan kewangan anda, malahan sesuai dengan bajet pendapatan anda.

Dapatkan proposal dengan menghubungi 013.404.4072

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D