Thursday, September 15, 2016

Prosedur Transfer Hospital Dari Hospital Kerajaan Ke Hospital Swasta

Baru-baru ni berlaku kemalangan pada klien sahabat konsultan takaful abg di Kedah. Awalnya masuk ke General Hospital (GH), tapi pakar tulang belakang tak available kat hospital sana. Pakar GH yang ada hanya di Ipoh dan KL sahaja. 

Memandangkan klien tersebut ada medical card MAA Takaful / Zurich Takaful, maka sahabat abg telah bantu urusan transfer dari hospital GH ke hospital swasta. Hospital swasta yang ada pakar tulang terdekat dengan klien di Kedah Medical Centre, Alor Star (KMC). Jika masuk ke sini untuk pembedahan tanpa medical card, klien tersebut perlu sediakan on the spot deposit sebanyak RM 30,000. Oleh sebab ada medical card, guna aja benefit medical card.




Jadi berdasarkan kes yang terjadi pada sahabat konsultan abg, abg kongsikan pengalaman beliau tentang prosedur transfer dari hospital kerajaan ke hospital swasta. Prosedur ini mungkin dapat membantu pemegang medical card MAA Takaful / Zurich Takaful dan juga konsultan-konsultan MAA Takaful / Zurich Takaful pada masa akan datang.

Prosedur transfer dari Hospital Kerajaan ke Hospital Swasta bagi pemilik medical card MAA Takaful/Zurich Takaful.

Merujuk kepada kes doktor tulang di GH Kedah ang tak available untuk urgent operation/treatment.

1. Ejen kena dapatkan pengesahan doktor yang nak merawat di hospital swasta bahawa hospital tersebut boleh terima pesakit. Dan bagitau sama nak guna medical card.

2. Call bahagian kecemasan hospital swasta, maklumkan bahawa doktor dah setuju terima pesakit dan bagitau nama doktor. Bahagian kecemasan hospital swasta akan call GH untuk pengesahan dan siapkan dokumen berkaitan.

3. Ambulan dari hospital swasta akan pergi ambik pesakit di GH kerana ambulan GH takkan hantar pesakit ke hospital swasta .



4. Kemasukan wad macam biasa dengan submit Guarantee Letter (GL) ke Mediexpress. Yang ni diuruskan oleh bahagian admission hospital.

So itu saja prosedurnya.

Bagi pemilik medical card syarikat takaful lain, medical card yang claim 'medical kad 1st party', rujuklah pada ejen masing-masing ya.

Kami medical card '3rd party' sangat efisyen. Call centre, proses pengeluaran Guarantee Letter 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Takda masalah nak admit tengah malam buta sekalipun, akan dibantu oleh syarikat yang telah MAA Takaful / Zurich Takaful lantik (Mediexpress).

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

1 comment:

  1. Good info !!!
    Biarpun "3rd party"...segala urusan dipermudahkan Allah.
    Alhamduliah...Ameen

    ReplyDelete

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D