INCOME REPLACEMENT
Income Replacement bermaksud penggantian-semula pendapatan yang hilang akibat ditimpa musibah tertentu. Kehilangan sumber pendapatan adalah kerugian dari segi kewangan dan ia boleh diatasi atau dikurangkan kesan mudharatnya dengan mengambil pelan Takaful yang sesuai
Apa faedah yang perlu disusun dalan pelan Takaful Income Replacement?
Ia bergantung kepada jenis-jenis musibah yang boleh menyebabkan seseorang itu hilang sumber pendapatan
5 Jenis Risiko Utama Yang Perlukan Income Replacement
1 - Meninggal dunia awal sebelum bersara
2 - Hilang upaya kekal dan keseluruhan hingga menyebabkan anda tidak boleh melakukan pekerjaan lebih 6 bulan
3 - Sakit kritikal yang berpanjangan (biasanya sehingga 3-4 tahun)
4 - Diwadkan di hospital untuk tempoh agak lama (melebihi sebulan)
5 - Hilang keupayaan 1 anggota badan utama (mata, tangan, kaki) akibat kemalangan
Jadi, pastikan pelan Income Replacement yang anda ambil, cukup faedah-faedah asas di atas. Pelan Income Replacement yang lengkap boleh diibaratkan seperti hidangan nasi yang cukup ramuan lauk-lauk sampingannya. Dan bukannya, pelan nasi putih sekawah kosong sahaja!
Contoh Pelan Takaful Income Replacement
Umur 30 tahun, berpendapatan bulanan RM 2,500
Pekerjaan kelas 1
1. Lumpuh / Meninggal Dunia RM 500,000
• Manfaat ini bersamaan dengan 200 bulan mata pendapatan atau hampir 16 tahun pendapatan jika berlaku lumpuh atau hilang upaya kekal untuk melakukan 3 daripada 6 aktiviti harian kehidupan atau meninggal dunia (yang mana terdahulu).
• Fungsi manfaat ini untuk menggantikan pendapatan yang hilang akibat tidak mampu bekerja atau pencari nafkah meninggal dunia.
• Manfaat ini akan dibayar kepada keluarga yang dinamakan sebagai penerima hibah (ibu bapa / anak-anak / isteri) bagi menggantikan pendapatan yang telah terhenti sejurus meninggal dunia.
• Jika waris keluarga melaburkan hibah pampasan ini, pada kadar pulangan pelaburan 7% setahun, waris akan menerima pendapatan dividen berterusan sebanyak RM 35,000 (0.07xRM 500,000), bersamaan pendapatan bulanan RM 2,900.
2. Penyakit Kritikal RM 140,000
• Manfaat ini dibayar jika didiagnos menghidapi mana-mana satu daripada 36 penyakit kritikal tersenarai.
• Fungsi manfaat ini bagi sokongan kewangan yang bersamaan dengan 56 bulan gaji yakni hampir 4 tahun gaji.
3. Elaun Harian Hospital RM 150
• Manfaat ini membayar elaun harian setiap hari sebanyak RM 150 jika diwadkan ke dalam hospital.
• Andai kata diwadkan ke dalam hospital selama 30 hari, manfaat sebanyak RM 4,500 dapat menggantikan hampir 2 bulan pendapatan sepanjang terlantar di wad hospital.
4. Khairat Kematian & Badal Haji
• Waris keluarga akan menerima bantuan khairat kematian segera sebanyak RM 2,000 untuk pengurusan jenazah dan sebanyak RM 5,000 akan diperuntukan untuk pelaksanaan badal haji (upah haji) melalui Amanah Raya Berhad.
KESEMUA MANFAAT INI BOLEH DIPEROLEH DENGAN CARUMAN BULANAN RM 200 SAHAJA
Peserta takaful umur 30 tahun, pendapatan bulanan RM 2,500 hanya memperuntukan 8% daripada pendapatan untuk melindungi 100% pendapatan yang dibawa pulang untuk keluarga dan komitmen hutang.
Whatsapp segera
013.404.4072
Kalau pesara mcm mna nk kira?
ReplyDeleteKalau pesara, fokuskan kepada penyakit kritikal dan perubatan. Keperluan dah berubah bila status dan usia berubah
Delete