Wednesday, November 13, 2024

Modus Operandi Scammer Penipuan Pelaburan Palsu

Sekadar perkongsian bagaimana scammer menjalankan kegiatan laknat mereka untuk menyara isi perut hasil pendapatan penipuan pelaburan palsu.

Untuk mendapatkan bakal mangsa-mangsa, scammer akan membuat iklan palsu (kerja kosong, lipat kotak, kilang tisu, kerja bank, macam-macam kerja, semakan bantuan macam-macam) beserta link palsu untuk diisi oleh mangsanya.

Contoh iklan-iklan scammer (siap guna ayat Alhamdulillah bagai, betul-betul spesis laknat, ada dari Indonesia, ada juga taik orang Malaysia)







Scammer kemudiannya akan letak link / hantar link melalui whatsapp konon-konon untuk pendaftaran kerja/semakan bantuan. Link tersebut adalah link palsu yang bertujuan untuk menceroboh masuk ke akaun telegram mangsa


Laman PALSU scammer. Suruh mangsa isi nombor telefon telegram.






Kemudian Scammer akan request OTP, OTP masuk ke akaun telegram mangsa.




Mangsa yang jahil akan mengisi nombor OTP telegram ke dalam portal palsu scammer.




Tada !
Scammer dah ceroboh masuk dalam akaun telegram mangsa. Dia akan ambil contact dalam telegram, add masuk contact mangsa ke dalam group pelaburan taik indon dia.

Akaun telegram yang dah diceroboh, scammer akan ubah kata laluan two step verificiation dan rampas gunakan akaun tersebut untuk buat komen-komen positif dalam group pelaburan palsu. Memperdaya contact-contact lain seolah-olah group pelaburan tersebut betul-betul berhasil.




Tak cukup dengan akaun telegram, portal palsu scammer tadi mintak jugak mangsa login facebook di portal scammer (itu bukan link facebook yang betul, cuma digunakan untuk ambil login ID serta password akaun facebook mangsa)






Akaun facebook yang telah diceroboh scammer akan dirampas (scammer tukar password & email). Akaun tu akan digunakan untuk buat komen-komen palsu di page pelaburan scammer 




Tengok iklan scammer kat Facebook atas ni, akaun-akaun palsu digunakan untuk like post dan buat komen palsu bagi memperdaya lebih ramai mangsa.

Scammer akan menggunakan umpan pelaburan serendah RM 100 - 300 dengan janji untung RM 10,000++ dalam masa 3 - 6 jam. 

Di sini mangsa yang terpedaya akan mula me'lebur'kan duit permulaan RM 100 - 300. Setelah 3 - 6 jam, scammer akan beritahu keuntungan pelaburan sudah diraih dan untuk keluarkan keuntungan, mangsa perlu tambah bayaran lagi menggunakan alasan bayaran cukai, bayaran tukaran mata wang, bayaran pentadbiran, bayaran itu bayaran ini. Bermula dengan RM 100 - 300, mangsa akan bertambah kerugian kepada ribuan ringgit kerana terpedaya dengan scammer.

Scammer akan menggunakan pelbagai nombor akaun individu & syarikat. Sindiket scammer ini turut membuat iklan mencari KELDAI AKAUN untuk menyewa akaun bank individu/syarikat bagi tujuan penipuan dan transit wang penipuan. Akaun bank disewa scammer dengan kadar sehingga RM 1,000 seminggu kononnya untuk dibuat akaun online jualan shopee, homestay airbnb. Padahal akaun keldai ini digunakan untuk penipuan pelaburan palsu. Oleh sebab itu, scammer akan mengarahkan mangsanya memasukkan duit ke akaun nama berlainan kerana akaun yang digunakan adalah akaun keldai.


Selain daripada menggunakan modus operandi pelaburan palsu, scammer juga menggunakan iklan wang ajaib, wang ghaib, wang dana hibah arab saudi ini turut didalangi oleh orang INDONESIA. Turut menjadi tali barut adalah warga Malaysia. Nombor telefon whatsapp yang digunakan adalah nombor yang telah didaftarkan secara random/anonymous dan boleh dibeli secara online/shopee. Oleh sebab itu, scammer Indonesia boleh menggunakan nombor whatsapp Malaysia untuk membuat kegiatan penipuan scam.




Kepada yang belum menjadi mangsa, berhati-hati dalam mengisi apa-apa link yang dikongsi di media sosial.

Kepada yang telah menjadi mangsa, laporkan kepada pihak berkuasa atau terus hubungi talian 997 jika pindahan wang ke scammer baru sahaja dibuat.

KONGSI POST INI TERUTAMA KEPADA IBU BAPA / WARGA EMAS / KENALAN AGAR TIDAK MENJADI MANGSA PENIPUAN ONLINE !

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D