Monday, November 18, 2024

Cara Register & Claim Cypto Worldcoin Secara Percuma

 




TEBUS CRYPTO COIN PERCUMA BERNILAI RM 200 ++

MYEG, MIMOS dan Worldcoin Foundation sedang bekerjasama bangunkan projek digital coin (crypto). Worldcoin adalah projek crypto yang menggunakan teknologi Blockchain dan AI dalam protokol terbuka untuk semua orang.

Sekarang ini Worldcoin sedang menawarkan koin aktifnya, WLD, kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya di Lembah Klang. Projek ini telah mendapat kelulusan dari Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti untuk mengedarkan WLD di negara kita.

Setiap individu di Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas layak untuk menerima 58.58 WLD, di mana nilai 1 WLD adalah sekitar 2.028 USD. Jadi, 58.58 WLD x USD 2.028 x 4.124 berjumlah lebih kurang RM480.


Cara untuk register dan tebus crypto Worldcoin secara PERCUMA


1. Download apps WORLDCOIN kat google playstore.

Klik sini terus untuk download -- > https://world.org/join/22SXS9J



2. Lepas selesai download, buka apps. Buat verification dekat kiosk orb. Boleh pilih lokasi kiosk dan book appoinment dalam apps. Hari tu abg pilih lokasi Mid Valley sebab nak berjalan-jalan hujung minggu sekali. 





Buat masa ini, MYEG kini memberi tumpuan kepada rakyat Malaysia di Lembah Klang dan insyaAllah, akan ada lokasi pengesahan di seluruh Malaysia secara berperingkat.


3. Datang kiosk. Verification ID dibuat dengan cara scan mata guna Orb (Orb benda bulat dalam gambar kat bawah). Pastikan bawa bersama kad pengenalan untuk pengesahan umur 18 tahun ++





4. Claim worldcoin bernilai Rm200 ++ ke wallet. Nanti dekat kiosk akan dapat penerangan ringkas dari staff kat sana.




5. Boleh withdraw ke bank.


Buat cepat-cepat. Ada kuota untuk tebus.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, November 13, 2024

Modus Operandi Scammer Penipuan Pelaburan Palsu

Sekadar perkongsian bagaimana scammer menjalankan kegiatan laknat mereka untuk menyara isi perut hasil pendapatan penipuan pelaburan palsu.

Untuk mendapatkan bakal mangsa-mangsa, scammer akan membuat iklan palsu (kerja kosong, lipat kotak, kilang tisu, kerja bank, macam-macam kerja, semakan bantuan macam-macam) beserta link palsu untuk diisi oleh mangsanya.

Contoh iklan-iklan scammer (siap guna ayat Alhamdulillah bagai, betul-betul spesis laknat, ada dari Indonesia, ada juga taik orang Malaysia)







Scammer kemudiannya akan letak link / hantar link melalui whatsapp konon-konon untuk pendaftaran kerja/semakan bantuan. Link tersebut adalah link palsu yang bertujuan untuk menceroboh masuk ke akaun telegram mangsa


Laman PALSU scammer. Suruh mangsa isi nombor telefon telegram.






Kemudian Scammer akan request OTP, OTP masuk ke akaun telegram mangsa.




Mangsa yang jahil akan mengisi nombor OTP telegram ke dalam portal palsu scammer.




Tada !
Scammer dah ceroboh masuk dalam akaun telegram mangsa. Dia akan ambil contact dalam telegram, add masuk contact mangsa ke dalam group pelaburan taik indon dia.

Akaun telegram yang dah diceroboh, scammer akan ubah kata laluan two step verificiation dan rampas gunakan akaun tersebut untuk buat komen-komen positif dalam group pelaburan palsu. Memperdaya contact-contact lain seolah-olah group pelaburan tersebut betul-betul berhasil.




Tak cukup dengan akaun telegram, portal palsu scammer tadi mintak jugak mangsa login facebook di portal scammer (itu bukan link facebook yang betul, cuma digunakan untuk ambil login ID serta password akaun facebook mangsa)






Akaun facebook yang telah diceroboh scammer akan dirampas (scammer tukar password & email). Akaun tu akan digunakan untuk buat komen-komen palsu di page pelaburan scammer 




Tengok iklan scammer kat Facebook atas ni, akaun-akaun palsu digunakan untuk like post dan buat komen palsu bagi memperdaya lebih ramai mangsa.

Scammer akan menggunakan umpan pelaburan serendah RM 100 - 300 dengan janji untung RM 10,000++ dalam masa 3 - 6 jam. 

Di sini mangsa yang terpedaya akan mula me'lebur'kan duit permulaan RM 100 - 300. Setelah 3 - 6 jam, scammer akan beritahu keuntungan pelaburan sudah diraih dan untuk keluarkan keuntungan, mangsa perlu tambah bayaran lagi menggunakan alasan bayaran cukai, bayaran tukaran mata wang, bayaran pentadbiran, bayaran itu bayaran ini. Bermula dengan RM 100 - 300, mangsa akan bertambah kerugian kepada ribuan ringgit kerana terpedaya dengan scammer.

Scammer akan menggunakan pelbagai nombor akaun individu & syarikat. Sindiket scammer ini turut membuat iklan mencari KELDAI AKAUN untuk menyewa akaun bank individu/syarikat bagi tujuan penipuan dan transit wang penipuan. Akaun bank disewa scammer dengan kadar sehingga RM 1,000 seminggu kononnya untuk dibuat akaun online jualan shopee, homestay airbnb. Padahal akaun keldai ini digunakan untuk penipuan pelaburan palsu. Oleh sebab itu, scammer akan mengarahkan mangsanya memasukkan duit ke akaun nama berlainan kerana akaun yang digunakan adalah akaun keldai.


Selain daripada menggunakan modus operandi pelaburan palsu, scammer juga menggunakan iklan wang ajaib, wang ghaib, wang dana hibah arab saudi ini turut didalangi oleh orang INDONESIA. Turut menjadi tali barut adalah warga Malaysia. Nombor telefon whatsapp yang digunakan adalah nombor yang telah didaftarkan secara random/anonymous dan boleh dibeli secara online/shopee. Oleh sebab itu, scammer Indonesia boleh menggunakan nombor whatsapp Malaysia untuk membuat kegiatan penipuan scam.




Kepada yang belum menjadi mangsa, berhati-hati dalam mengisi apa-apa link yang dikongsi di media sosial.

Kepada yang telah menjadi mangsa, laporkan kepada pihak berkuasa atau terus hubungi talian 997 jika pindahan wang ke scammer baru sahaja dibuat.

KONGSI POST INI TERUTAMA KEPADA IBU BAPA / WARGA EMAS / KENALAN AGAR TIDAK MENJADI MANGSA PENIPUAN ONLINE !

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Kadar Duti Setem Pertukaran Nama Pemilik Sijil/Polisi Takaful (2025)

 


Jadual kadar duti setem sebelum dan selepas 1 Januari 2025 bagi pertukaran nama pemilik sijil/polisi takaful keluarga.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Cara Remove Device Scammer Dari Akaun Telegram

 


Akaun telegram anda mungkin telah DICEROBOH oleh scammer yang kini kian berleluasa menggunakan modus operandi link scam (kerja kosong, semakan bantuan madani, semakan bantuan STR). Akaun telegram yang telah diceroboh masuk ini akan digunakan untuk tujuan curi data contact dan buat group pelaburan palsu.

Semak akaun telegram anda dan buang keluar peranti/device yang anda tak kenali yang sedang menceroboh akaun telegram anda dengan langkah mudah berikut ;


1) Masuk ke akaun telegram anda ;



2) Pergi ke SETTING

3) Cari DEVICES



3) Lihat ada berapa device yang login akaun anda



4) Terminate session device yang anda tak kenali



About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, November 12, 2024

Medical Card Zurich Takaful Naik Harga Tahun 2025 (Medica2015)

Naik harga lagi !

Kepada pencarum medical card Zurich Takaful produk Medica2015 (standalone medical card), tahun 2025 bermula Januari 2025 akan ada kenaikan caruman medical card. Pencarum sedia ada akan menerima surat kenaikan harga 90 hari sebelum tarikh ulang tahun medical card masing-masing.




Kepada pencarum yang masih sihat dan tidak pernah membuat apa-apa tuntutan perubatan, anda semua ditawarkan jalan keluar dari kenaikan harga medical ini dengan bertukar kepada pelan perubatan MediAfya Zurich Takaful. Mesti buat perubahan segera kerana tawaran pertukaran pelan hanya diberikan selama 4 bulan sahaja mengikut ulang tahun kad perubatan masing-masing. Boleh hubungi saya 013-4044072 untuk buat perubahan.



Kadar baharu caruman BULANAN medical card Zurich Takaful Medica2015 berkuatkuasa tahun 2015


Lelaki



Perempuan




About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus