Saturday, December 23, 2023

Skim Perlindungan PERCUMA B40 MySalam Tamat 31 Disember 2023 (Coverage Tahun 2019 - 2023)

Skim MySalam tamat dah 31 Disember ni !

Sudahlah diberikan secara PERCUMA, sayangnya ramai yang tak buat tuntutan manfaat.

Tolong check dalam family korang, saudara-mara, jiran-jiran, kawan-kawan korang, ada tak yang ditimpa sakit menghidap mana-mana 1 daripada 45 penyakit kritikal yang disenaraikan dalam gambar atau kena tahan wad hospital dalam tempoh dari tahun 2019 - 2023 ?

Ramai masih tak tahu pasal perlindungan takaful MySalam untuk golongan B40 yang diberikan secara PERCUMA oleh Kerajaan.

• Manfaat RM 8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal
• RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari

Tak perlu buat permohonan.
Hanya semak kelayakan melalui nombor kad pengenalan sama ada nama tersenarai dalam penerima manfaat yang layak dalam tahun 2019 - 2023

Link Semakan:




Skim MySalam ni last cover sehingga 31 Disember 2023 ni, dan segala tuntutan perlu dikemukakan sebelum 30 Jun 2024.




Tolong ye guys bantu ahli family, saudara-mara, jiran-jiran, kawan-kawan yang ada masuk wad hospital atau diagnos penyakit kritikal dalam tahun 2019 - 2023 untuk buat semakan, kalau tersenarai sebagai penerima manfaat Skim MySalam, segera buat tuntutan. Cara buat tuntutan semua ada disediakan dalam portal MySalam.

Kasi share sekali.

Monday, December 18, 2023

Kursus membuat Roti Canai

Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu, mempunyai segulung diploma atau ijazah bukan jaminan untuk mendapat pekerjaan.  Ramai yang ada kelayakan diploma dan ijazah, tapi tidak mendapat tempat pekerjaan sesuai.

Bidang yang memerlukan kemahiran teknikal dapat menjana pendapatan lumayan kerana tidak semua orang mampu untuk menceburi kemahiran teknikal seperti membaiki kereta (buka bengkel), memasak (buka kedai makan) dan lain-lain pekerjaan yang memerlukan kemahiran.

Mempunyai kemahiran menebar roti canai boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi menyara kehidupan diri dan keluarga. 

Jom belajar buat roti canai. Hubungi nombor di poster untuk maklumat lanjut.




Monday, October 16, 2023

Review Program Komuniti Kesihatan GatherCare 2023

Setelah hampir 2 tahun abg join program medical community GatherCare, kali ni abg nak review sikit performance program Gather Care ni.

Tulisan abg pasal GatherCare sebelum ni korang boleh baca kat sini;

https://www.hidupmatiku.com/2021/10/jom-sertai-perkongsian-perubatan-gather.html

dan sini

https://www.hidupmatiku.com/2021/07/gather-care-perkongsian-bil-perubatan.html

Abg ada masuk 5 nama dengan program GatherCare ni. Setelah hampir 2 tahun abg join, abg tengok program ni macam tak boleh pergi jauh. GatherCare ni setakat backup-backup saja bolehlah, tapi kalau boleh korang applylah polisi insurans/perubatan dengan syarikat insurans/takaful yang berdaftar dan regulated by Bank Negara.


Kenapa abg cakap program ni tak boleh pergi jauh...


1. Kegagalan so called Marketing 2.0

GatherCare dulu bayar RM 100 untuk setiap orang ahli yang berjaya kita bawa join GatherCare. Lepas founder buat Marketing 2.0, tiada lagi cash insentif untuk bawa ahli baru ke komuniti. Founder mungkin lalai, CASH adalah motivasi paling mudah untuk orang buat marketing. 

Oleh kerana tiada lagi cash insentif, maka ramai agent GatherCare telah beralih arah kepada mempromosikan WeKongsi (juga satu komuniti crowdfund).


2.Program dah 2 tahun lebih, number of sharers makin merosot




Tengok pada graf, bilangan sharer atau ahli komuniti perkongsian perubatan GatherCare dari Januari 2021 - Julai 2023, setelah 2 tahun 6 bulan, tiada peningkatan ketara. 

Disamping jumlah sharer yang tidak berkembang, kita boleh lihat peningkatan tuntutan perubatan (medical case) dari bulan ke bulan. Peningkatan medical case ni akan menyumbang kepada kekerapan top-up sharing deposit.



Kalau dah kerap top-up sharing deposit, lebih baik korang bayar premium insurans/takaful. Dah tentu apa-apa hal boleh complaint pada Bank Negara dan regulator.

3. Program Guideline yang berubah-ubah

GatherCare dia tak ada polisi insurans/takaful, sebab dia bukan syarikat insurans/takaful. Jadi ahli komuniti GatherCare guna rujukan Program Guideline. Guideline GatherCare ni boleh berubah-ubah ;




Ringkasnya program komuniti GatherCare ni hanya boleh buat backup sementara sahaja. Sebab kita tak tahu berapa lama program GatherCare ni boleh bertahan, dengan jumlah sharer yang stagnant, medical claim pula semakin tinggi. Kalau ada kemampuan, sign up insurans/takaful perubatan. 

Perkara ni mungkin boleh dibaiki GatherCare jika dia perbetulkan semula strategi marketing dan promosi dia. Takat ni promosi yang dibuat, menurunkan yuran tahunan kepada  RM 150 (dari RM 360), itu pun hanky panky jugak cara promosi dia.

Kenapa hanky panky, awal Oktober 2023 mula-mula dia whatsapp pada sharer tentang promosi yuran tahunan RM 150, minta sharer whatsapp pula kepada nombor Sales Department dia untuk claim promosi. Lepas whatsapp nombor Sales Department, boleh pulak Sales Department dia suruh stay tune for 1 November 2023. Tak tau apa hala tuju GatherCare ni. Buat promotion tapi macam tak ready. Ntah ler weh...