Saturday, December 23, 2023

Skim Perlindungan PERCUMA B40 MySalam Tamat 31 Disember 2023 (Coverage Tahun 2019 - 2023)

Skim MySalam tamat dah 31 Disember ni !

Sudahlah diberikan secara PERCUMA, sayangnya ramai yang tak buat tuntutan manfaat.

Tolong check dalam family korang, saudara-mara, jiran-jiran, kawan-kawan korang, ada tak yang ditimpa sakit menghidap mana-mana 1 daripada 45 penyakit kritikal yang disenaraikan dalam gambar atau kena tahan wad hospital dalam tempoh dari tahun 2019 - 2023 ?

Ramai masih tak tahu pasal perlindungan takaful MySalam untuk golongan B40 yang diberikan secara PERCUMA oleh Kerajaan.

• Manfaat RM 8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal
• RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari

Tak perlu buat permohonan.
Hanya semak kelayakan melalui nombor kad pengenalan sama ada nama tersenarai dalam penerima manfaat yang layak dalam tahun 2019 - 2023

Link Semakan:




Skim MySalam ni last cover sehingga 31 Disember 2023 ni, dan segala tuntutan perlu dikemukakan sebelum 30 Jun 2024.




Tolong ye guys bantu ahli family, saudara-mara, jiran-jiran, kawan-kawan yang ada masuk wad hospital atau diagnos penyakit kritikal dalam tahun 2019 - 2023 untuk buat semakan, kalau tersenarai sebagai penerima manfaat Skim MySalam, segera buat tuntutan. Cara buat tuntutan semua ada disediakan dalam portal MySalam.

Kasi share sekali.

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D