Saturday, December 11, 2021

Skim Subsidi Perlindungan Medikal (SSPM)

 


MediSaver telah melanjutkan Skim Subsidi Perlindungan Medikal istimewa untuk semua rakyat Malaysia. Subsidi ini akan dibayar terus masuk ke akaun pemohon medical card MediSaver.


Tempoh Layak Subsidi MediSaver Sehingga 31 Disember 2021 Sahaja


Jumlah subsidi akan dikreditkan masuk ke akaun bank pemohon Kad Perubatan MediSaver mengikut pelan perubatan yang dimohon.

Untuk caruman secara bulanan, subsidi adalah seperti berikut;

MediSaver Prime : RM 50 x 4kali

MediSaver VIP : RM 50 x 4kali

MediSaver Prima : RM 40 x 2kali

MediSaver Pass : RM 20 x 4kali


Jom segera mohon Kad Perubatan MediSaver sebelum 31 Disember 2021 untuk layak dapat subsidi kad perubatan ini !


Klik Sini Untuk Wasap & Mohon




About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, October 18, 2021

Jom Sertai Perkongsian Perubatan Gather Care

Setelah dikaji, kira punya kira... Akhirnya abg buat keputusan untuk join program perkongsian perubatan Gather Care.

Tahun 2021 ni sebenarnya genap abg berkecimpung dalam industri takaful. Bermula 2011 di MAA Takaful kemudiannya dijenamakan semula kepada Zurich Takaful. Abg pernah jual macam-macam produk medical card takaful antaranya SmartMedic100, SmartMedic200, Medica2015, Medica2016 dan yang terbaru Medipro. Sepanjang 10 tahun juga abg dah rasa 2x pengalaman medical repricing, atau kata lainnya kenaikan caruman medical card. Kadar kenaikan bulan sikit-sikit, naik 50% - 200% caruman bulanan. Memang getir jugaklah nak menghadap pengalaman medical repricing. Di masa hadapan jugak medical card tetap akan mengalami kenaikan caruman. Itu macam mana boleh tahan ooooo.....

Gather Care ni bermula tahun 2016/2017 kalau tak silap. Nama lamanya Life Engineering. Katanya ditukar nama ke Gather Care sebab orang selalu salah faham nama Life Engineering sebagai syarikat construction. Hampir 5 tahun juga Gather Care ni dah beroperasi, tapi baru ni je abg join jadi ahli perkongsian. 

Tak pernah dengar pasal Gather Care ? 

Sebelum korang baca tulisan abg kat bawah ni, boleh KLIK SINI kalau nak dapat info pasal Gather Care termasuk panel hospitalnya.



Gather Care ni BUKAN syarikat insurans/takaful. Dan juga BUKAN medical card. Sebaliknya Gather Care ni adalah ALTERNATIF kepada insurans/takaful perubatan melalui PERKONGSIAN BIL RAWATAN HOSPITAL bersama ahli pekongsi (sharer).

Setakat tulisan ini ditulis, dah ada 4,404 pekongsi Gather Care. Melalui Gather Care, kos perlindungan rawatan hospital dapat dikurangkan. Bila tak ada orang masuk hospital pada bulan tersebut, maka kita sebagai sharer tak perlu share apa-apa bil hospital. Dan kalau ada yang masuk hospital, baru kita share bil tersebut bersama-sama. Itu pun ada maksima jumlah yang kita perlu share walaupun bil hospital bulan tersebut mencecah ratusan ribu ringgit.

Ok. Kat bawah ni abg dah buat table anggaran kos yang perlu kita tanggung untuk join program perkongsian bil rawatan hospital mengikut age band yang berbeza. Kalau dibandingkan kos Gather Care dengan insurans/takaful, Gather Care lebih murah.

Sebelum tu abg nak bagi mudah faham program Gather Care ni, korang kena baca dulu kat SINI untuk dapatkan konsep perkongsian dia. Yang mana Gather Care ni;

1. Ada annual fee (untuk maintain platform, administrative fee, commissioning etc)

2. Ada sharing deposit (untuk kegunaan crowd share perkongsian bil)

- Bil bulanan akan dikongsi bersama semua sharer

- Maksimum sharing bulanan ikut age band ;

----0 - 5 tahun adalah RM 80 sebulan

----6-40 tahun adalah RM 50 sebulan

----41-45 tahun adalah RM 96 sebulan

- Kalau takda apa-apa claim bulan tersebut, kos crowd share adalah RM 0


Kenapa abg kata Gather Care Murah ?

Lets check it out

Senario 1 adalah estimated average kos perkongsian bulanan yang abg anggarkan dari rekod-rekod lepas Gather Care. Manakala senario 2 adalah maksimum perkongsian bulanan yang perlu dibayar andai kata setiap bulan ada pekongsi masuk hospital dan bil hospitalnya tinggi.


Umur 0 - 5 Tahun

Maksimum monthly crowd share RM 80

Senario 1 - Average monthly cost : RM 88

Senario 2 - Average monthly cost : RM 113



Umur 6 - 40 Tahun

Maksimum monthly crowd share RM 50

Senario 1 - Average monthly cost : RM 51

Senario 2 - Average monthly cost : RM 80


Umur 40 - 45 Tahun

Maksimum monthly crowd share RM 96

Senario 1 - Average monthly cost : RM 99

Senario 2 - Average monthly cost : RM 129



Lebih murah dari insurans/takaful yang kena bayar fixed tiap-bulan dan kena menghadap medical repricing setiap 3-5 tahun sekali. Kat bawah ni abg review sikit kelebihan & kekurangan program Gather Care ni. Cerita murah saje tapi tak bagitau kekurangan pun tak adil untuk korang menilai.


KELEBIHAN PROGRAM GATHER CARE

  1. Konsep perkongsian bil perubatan. Dengan jumlah perkongsian bulanan dihadkan kepada amaun maksimum mengikut range umur seperti dijelaskan dalam jadual atas.
  2. Kalau tak ada orang masuk hospital bulan tersebut, sharer tak perlu tanggung apa-apa kos. Jimat !
  3. Perkongsian bil perubatan sehingga RM 1,000,000 setahun untuk setiap peserta program Gather Care.
  4. Apabila lebih ramai orang menyertai Gather Care, kos perkongsian bulanan akan menjadi semakin rendah dan murah !
  5. Boleh bersaing dengan program Medical Card insurans/takaful yang kerap mengalami kenaikan caruman akibat medical repricing.
  6. Program seumur hidup. Sekali masuk, boleh teruskan sehingga akhir hayat.
KEKURANGAN PROGRAM GATHER CARE
  1. Perkongsian bil hanya terhad untuk rawatan penghospitalan sahaja. Pre & post hospitalization tidak dikongsi bersama.
  2. Caruman perkongsian tidak layak untuk pelepasan cukai pendapatan LHDN.
  3. Tiada polisi seperti insurans/takaful. Cuma ada Program Guideline yang boleh berubah-ubah (improvement/downgrading etc) apabila terdapat keperluan oleh pengurus Gather Care.
  4. Tiada jaminan guaranteed renewal. Kerana ia bukan di bawah seliaan Bank Negara, PIDM etc. Hanya syarikat berstatus Sdn Bhd yang diselia oleh pemegang amanah, penasihat undang-undang yang diakui.
  5. Tempoh waiting period yang lama berbanding insurans/takaful iaitu 6 bulan untuk penyakit spesifik (4 bulan jika insurans/takaful).


Bagi abg, setelah abg kaji, kelebihan Gather Care mengatasi kekurangannya. Sebab tu abg dan family abg join program Gather Care ni untuk kelangsungan perlindungan perubatan di masa hadapan. Korang nak info atau nak join sebagai pekongsi (sharer) boleh klik SINI.


Tag :

Apa tu Gather Care

Perkongsian Bil Perubatan

Alternatif medical card

Review Gather Care


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, October 8, 2021

Setem Filateli First Day Cover : Menara Berkembar Petronas

 






Setem Filateli First Day Cover : Menara Berkembar Petronas

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, October 6, 2021

Setem Filateli First Day Cover : Kongres Jalan Sedunia Ke-21

 




Setem Filateli First Day Cover : Kongres Jalan Sedunia Ke-21

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, October 5, 2021

Setem Filateli First Day Cover - Piala Dunia Golf Malaysia 1999

 


Koleksi setem filateli sampul surat hari pertama (First Day Cover: FDC) Piala Dunia Golf Malaysia 1999 beserta butiran teknikal setem.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Program Penjagaan Gigi Tahunan eSmile Savers

Bila last korang check dan cuci gigi korang ?

Haaa....Mesti dah lama tak check dan cuci gigi kan. Jumpa doktor gigi pun jarang-jarang sekali, kalau jumpa pun sebab gigi ada problem or nak kena cabut gigi. Kalau saje-saje jumpa untuk check dan cuci gigi tu jaranggggggg sekali.

Ni ada satu program penjagaan gigi tahunan. 

eSmile Saver

Dengan bayaran tahunan yang sangat berbaloi-baloi, korang akan dapat pemeriksaan gigi dan cuci gigi (scaling & polishing) sekali setahun. Selain dari tu, korang akan dapat special rates kalau nak buat rawatan pergigian di mana-mana 200 klinik gigi panel eSmile Saver !

Pakej Individu 

Untuk Seorang

RM 98 setahun

-


Pakej Twin 

Untuk Dua Orang

RM 288 Untuk 2 tahun (Jimat RM 104)

Rugi kalau tak ambil pakej penjagaan gigi eSmile Saver ni. Sebab average rate untuk scaling & polishing gigi pun kos dah cecah RM 200 (Kuala Lumpur), RM 165 (Selangor).

eSmile Saver, satu-satunya program penjagaan gigi di Malaysia. Jom dapatkan sekarang, klik sini wasap.my/60134044072




Senarai Dental Partner / Klinik Gigi eSmile Saver

Bagi member yang telah mendaftar program eSmile Saver, boleh buat ONLINE APPOINMENT melalui applikasi MediSaver.





About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, September 15, 2021

Penambahan Hospital Panel Untuk Pelan Perubatan Zurich Takaful


Berita Baik!

Dengan sukacitanya kami ingin memaklumkan penambahan hospital panel baharu di Malaysia yang berkuatkuasa pada 30 Ogos 2021. Sehingga hari ini, kami mempunyai 119 buah hospital panel di seluruh negara untuk menyediakan kemudahan tanpa tunai kepada pemegang sijil pelan perubatan kami.


Hospital panel baharu seperti berikut:

• Loh Guan Lye Specialist Centre, Pulau Pinang

• Mount Miriam Cancel Hospital, Pulau Pinang

• Anson Bay Medical Centre, Perak

• KMC Medical Centre (Kinta), Perak

• MSU Medical Centre, Selangor

• KL Eye Specialist Centre, Kuala Lumpur

• Oriental Melaka Straits Medical Centre, Melaka

• Borneo Medical Centre (Kuching), Sarawak

• Borneo Medical Centre (Miri), Sawarak

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lampiran senarai panel hospital terkini yang juga dipaparkan di laman sesawang kami (www.bit.ly/ZPanelHospitals).

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, September 13, 2021

Medical Card MEDIPRO Zurich Takaful

Zurich Takaful secara rasminya telah melancarkan medical card baharu, Zurich MEDIPRO. Medical card MEDIPRO adalah rider perubatan di bawah pelan takaful Pro-Essential.

Dengan ciri-ciri perlindungan perubatan yang dipertingkatkan berbanding pelan medical card terdahulu, medical card MEDIPRO ini menawarkan coverage yang sangat tinggi iaitu dengan kadar had tahunan bermula RM 1,000,000 (1 JUTA).

Petikan dari brosur rasmi Zurich MEDIPRO ;









Jika dibandingkan Pelan MediPro paling  rendah dengan Pelan Medica2016 paling rendah, kita boleh lihat perbezaan manfaatnya seperti di bawah ;




Jelasnya medical card MediPro lebih tinggi perlindungan dan manfaat yang ditawarkan. Berminat untuk medical card MediPro, boleh whatsapp saya. 

Klik SINI untuk whatsapp.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, September 9, 2021

Bahan Aktiviti Anak Pra Sekolah (Combo Printable Activities)

 



Bagi yang ada printer kat rumah dan ada anak bawah 6 tahun, ini ada bahan untuk aktiviti anak-anak kat rumah. Boleh mewarna, boleh belajar ABC 123 sebagainya.

Download combo printable activities anak-anak secara percuma. Klik Sini

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, September 8, 2021

Nota Tajwid / Mengaji / Agama (Muat Turun Pdf Percuma)

Perkongsian nota-nota tajwid, nota-nota mengaji, nota-nota agama dalam bentuk pdf untuk dimanfaatkan. Boleh dimuat turun secara percuma di link di bawah ini.

Nota-nota ini diperoleh daripada group-group pengajian. Sekiranya nota yang dikongsikan adalah hak milik ekslusif yang tidak boleh dikongsikan secara terbuka, mohon maklumkan pada saya untuk dikeluarkan dari post ini.



Nota Tajwid Mengaji Online 






Panduan Iltiqaq Sakinain



Nun Wiqaayah

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, September 3, 2021

Mad Lin

MAD LIN

Mad Lin : Mad yang berlaku apabila huruf lin bertemu dengan sukun yang mendatang kerana diwaqafkan pada akhir kalimah.



Kadar bacaan :

2, 4 atau 6 harakat diseragamkan tetapi tidak melebihi kadar bacaan mad ‘aridh lis sukun kerana tingkatan mad ‘aridh lis sukun lebih tinggi.



Sebab Ia Terjadi :

Adalah ketika mewaqafkan bacaan, huruf yang terakhir disukunkan.



Keterangan :

Mad ertinya menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf mad).

Lin ertinya lembut


Huruf Lin :

Huruf lin adalah (wau dan ya) dan SYARAT mad lin pula adalah apabila huruf sebelumnya berbaris atas TETAPI bacaan hanya boleh dipanjangkan pada huruf lin ini ketika WAQAF SAHAJA, manakala pada bacaan wasal ia dibaca dengan bacaan tidak panjang.


Kenalpasti Tanda Mad Lin :

1. Wau dan huruf sebelumnya berbaris atas.

2. Ya dan huruf sebelumnya berbaris atas.


Pencerahan Tambahan :
Mad lin adalah sebahagian daripada mad aridh lissukun.


Harakatnya sama juga iaitu 2, 4, 6. Cuma bezanya berlaku pada huruf lin & huruf mad.


Utk martabat itu, mad aridh lissukun lebih besar dari mad lin kerana melihat pd tingkatan bacaannya.


Mad aridh lissukun aulanya dari besar (6 harakat) ke kecil.


Manakala mad lin, aulanya dari kecil (2 harakat) ke besar.


Itu yg diajar oleh guru saya.
Semoga bermanfaat.







About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tahsin Surah Al-A'laq (Bahagian 2)

Jemput tonton "RAKAMAN" :


Kelas Talaqqi & Tajwid Al Quran melalui aplikasi zoom yang bertarikh Sabtu 28 Ogos lalu.


Tajuk : TAHSIN SURAH AL-A'LAQ (96)

Bahagian 2 (mulai ayat 10)




Sila klik link di bawah dan masukkan passcode yg disertakan :


https://us02web.zoom.us/rec/share/BdTLUaIbYguH5RJiralKaDno_rEnNYKGDK8xKEnb-VsTVWaJso7Az89RCSFUfDcT.txJvEQXwa8eI11uz

Passcode: S2=6NWp&



Terima kasih
Mushaddad Hamdan
013-5336440


"JANGAN LUPA"

masukkan Passcode: S2=6NWp&

dan klik Watch Recording & Play

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Kenali Tanda-Tanda Wakaf Di Dalam Al-Quran

 Kenali Tanda-Tanda Wakaf Di Dalam Al-Quran














About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Sunday, August 22, 2021

Izhar Mutlak




IZHAR MUTLAK

Apabila nun sakinah/sukun bertemu dengan salah satu huruf Idgham Bighunnah yakni huruf WAU atau YA dalam SATU KALIMAH. Perlu DIBACA JELAS TANPA DENGUNG dan TIDAK PANJANG.


Sebab Izhar Mutlaq :

Bacaan pada 4 perkataan ini ditetapkan dengan menggunakan bacaan Izhar bukan Idgham adalah demi untuk menjaga arti asal perkataan supaya tidak berubah maknanya. Wallahu'alam

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Saturday, July 24, 2021

Gather Care - Perkongsian Bil Perubatan Melalui Crowd Funding

Posting kali ni abang nak share berkenaan satu alternatif kepada kos rawatan hospital. Iaitu melalui platform perkongsian bil perubatan Gather Care. Gather Care sebelum ini dikenali sebagai Life Enggineering.

Kelebihan dan kekurangan program ni akan akan rumuskan di akhir sekali.



























Okay, abang rumuskan sikit kelebihan & kekurangan perkongsian bil perubatan melalui platform Gather Care ni.

KELEBIHAN : 

1. Jaminan perkongsian bil dan kos rawatan hospital sehingga 1 juta setahun.

2. Hanya perlu buat bayaran perkongsian apabila berlaku tuntutan di kalangan rakan pekongsi

3. Maksimum perkongsian bulanan adalah RM 50. Jika tiada tiada tuntutan pada bulan tersebut, maka tidak perlu bayar apa-apa perkongsian.

4. Yuran pengurusan platform tahunan yang rendah iaitu RM 360 setahun @ RM 30 bulanan

Manakala jika diandaikan setiap bulan terdapat tuntutan perubatan oleh pekongsi, maka perkongsian maksimum RM 50, selama 12 bulan, adalah berjumlah RM 600. Masih murah jika nak dibandingkan dengan medical card insurans/takaful.

5. Program ini sesuai bagi alternatif kos medical card yang kerap mengalami kenaikan caruman / repricing.

6. Penerimaan panel hospital sebanyak 250 buah hospital (swasta dan kerajaan).

7. Tuntutan perubatan yang dibuat pekongsi akan dikongsi di portal untuk ketelusan tuntutan. Para pekongsi dan orang ramai boleh masuk dan lihat bil tuntutan/penyakit yang dibuat oleh ahli di portal https://gathercare.com/history/



KEKURANGAN :

1. Ini adalah satu program crowd funding. Bukan dari sebuah syarikat insurans/takaful, maka perkongsian bayaran bil perubatan yang dibuat adalah tidak layak untuk tuntutan rebat cukai pendapatan (LHDN).

2. Tempoh waiting period yang agak lama untuk guna bagi penyakit-penyakit berat iaitu 180 hari @ 6 bulan. Berbanding insurans/takaful iaitu 120 hari.

3. Tiada jaminan PIDM seperti pada insurans/takaful seandainya berlaku kegagalan syarikat yang menguruskan tabung crowd funding Gather Care ini.


Apa komen korang ?
 




About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus