Monday, October 18, 2021

Jom Sertai Perkongsian Perubatan Gather Care

Setelah dikaji, kira punya kira... Akhirnya abg buat keputusan untuk join program perkongsian perubatan Gather Care.

Tahun 2021 ni sebenarnya genap abg berkecimpung dalam industri takaful. Bermula 2011 di MAA Takaful kemudiannya dijenamakan semula kepada Zurich Takaful. Abg pernah jual macam-macam produk medical card takaful antaranya SmartMedic100, SmartMedic200, Medica2015, Medica2016 dan yang terbaru Medipro. Sepanjang 10 tahun juga abg dah rasa 2x pengalaman medical repricing, atau kata lainnya kenaikan caruman medical card. Kadar kenaikan bulan sikit-sikit, naik 50% - 200% caruman bulanan. Memang getir jugaklah nak menghadap pengalaman medical repricing. Di masa hadapan jugak medical card tetap akan mengalami kenaikan caruman. Itu macam mana boleh tahan ooooo.....

Gather Care ni bermula tahun 2016/2017 kalau tak silap. Nama lamanya Life Engineering. Katanya ditukar nama ke Gather Care sebab orang selalu salah faham nama Life Engineering sebagai syarikat construction. Hampir 5 tahun juga Gather Care ni dah beroperasi, tapi baru ni je abg join jadi ahli perkongsian. 

Tak pernah dengar pasal Gather Care ? 

Sebelum korang baca tulisan abg kat bawah ni, boleh KLIK SINI kalau nak dapat info pasal Gather Care termasuk panel hospitalnya.



Gather Care ni BUKAN syarikat insurans/takaful. Dan juga BUKAN medical card. Sebaliknya Gather Care ni adalah ALTERNATIF kepada insurans/takaful perubatan melalui PERKONGSIAN BIL RAWATAN HOSPITAL bersama ahli pekongsi (sharer).

Setakat tulisan ini ditulis, dah ada 4,404 pekongsi Gather Care. Melalui Gather Care, kos perlindungan rawatan hospital dapat dikurangkan. Bila tak ada orang masuk hospital pada bulan tersebut, maka kita sebagai sharer tak perlu share apa-apa bil hospital. Dan kalau ada yang masuk hospital, baru kita share bil tersebut bersama-sama. Itu pun ada maksima jumlah yang kita perlu share walaupun bil hospital bulan tersebut mencecah ratusan ribu ringgit.

Ok. Kat bawah ni abg dah buat table anggaran kos yang perlu kita tanggung untuk join program perkongsian bil rawatan hospital mengikut age band yang berbeza. Kalau dibandingkan kos Gather Care dengan insurans/takaful, Gather Care lebih murah.

Sebelum tu abg nak bagi mudah faham program Gather Care ni, korang kena baca dulu kat SINI untuk dapatkan konsep perkongsian dia. Yang mana Gather Care ni;

1. Ada annual fee (untuk maintain platform, administrative fee, commissioning etc)

2. Ada sharing deposit (untuk kegunaan crowd share perkongsian bil)

- Bil bulanan akan dikongsi bersama semua sharer

- Maksimum sharing bulanan ikut age band ;

----0 - 5 tahun adalah RM 80 sebulan

----6-40 tahun adalah RM 50 sebulan

----41-45 tahun adalah RM 96 sebulan

- Kalau takda apa-apa claim bulan tersebut, kos crowd share adalah RM 0


Kenapa abg kata Gather Care Murah ?

Lets check it out

Senario 1 adalah estimated average kos perkongsian bulanan yang abg anggarkan dari rekod-rekod lepas Gather Care. Manakala senario 2 adalah maksimum perkongsian bulanan yang perlu dibayar andai kata setiap bulan ada pekongsi masuk hospital dan bil hospitalnya tinggi.


Umur 0 - 5 Tahun

Maksimum monthly crowd share RM 80

Senario 1 - Average monthly cost : RM 88

Senario 2 - Average monthly cost : RM 113



Umur 6 - 40 Tahun

Maksimum monthly crowd share RM 50

Senario 1 - Average monthly cost : RM 51

Senario 2 - Average monthly cost : RM 80


Umur 40 - 45 Tahun

Maksimum monthly crowd share RM 96

Senario 1 - Average monthly cost : RM 99

Senario 2 - Average monthly cost : RM 129



Lebih murah dari insurans/takaful yang kena bayar fixed tiap-bulan dan kena menghadap medical repricing setiap 3-5 tahun sekali. Kat bawah ni abg review sikit kelebihan & kekurangan program Gather Care ni. Cerita murah saje tapi tak bagitau kekurangan pun tak adil untuk korang menilai.


KELEBIHAN PROGRAM GATHER CARE

  1. Konsep perkongsian bil perubatan. Dengan jumlah perkongsian bulanan dihadkan kepada amaun maksimum mengikut range umur seperti dijelaskan dalam jadual atas.
  2. Kalau tak ada orang masuk hospital bulan tersebut, sharer tak perlu tanggung apa-apa kos. Jimat !
  3. Perkongsian bil perubatan sehingga RM 1,000,000 setahun untuk setiap peserta program Gather Care.
  4. Apabila lebih ramai orang menyertai Gather Care, kos perkongsian bulanan akan menjadi semakin rendah dan murah !
  5. Boleh bersaing dengan program Medical Card insurans/takaful yang kerap mengalami kenaikan caruman akibat medical repricing.
  6. Program seumur hidup. Sekali masuk, boleh teruskan sehingga akhir hayat.
KEKURANGAN PROGRAM GATHER CARE
  1. Perkongsian bil hanya terhad untuk rawatan penghospitalan sahaja. Pre & post hospitalization tidak dikongsi bersama.
  2. Caruman perkongsian tidak layak untuk pelepasan cukai pendapatan LHDN.
  3. Tiada polisi seperti insurans/takaful. Cuma ada Program Guideline yang boleh berubah-ubah (improvement/downgrading etc) apabila terdapat keperluan oleh pengurus Gather Care.
  4. Tiada jaminan guaranteed renewal. Kerana ia bukan di bawah seliaan Bank Negara, PIDM etc. Hanya syarikat berstatus Sdn Bhd yang diselia oleh pemegang amanah, penasihat undang-undang yang diakui.
  5. Tempoh waiting period yang lama berbanding insurans/takaful iaitu 6 bulan untuk penyakit spesifik (4 bulan jika insurans/takaful).


Bagi abg, setelah abg kaji, kelebihan Gather Care mengatasi kekurangannya. Sebab tu abg dan family abg join program Gather Care ni untuk kelangsungan perlindungan perubatan di masa hadapan. Korang nak info atau nak join sebagai pekongsi (sharer) boleh klik SINI.


Tag :

Apa tu Gather Care

Perkongsian Bil Perubatan

Alternatif medical card

Review Gather Care


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, October 8, 2021

Setem Filateli First Day Cover : Menara Berkembar Petronas

 






Setem Filateli First Day Cover : Menara Berkembar Petronas

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, October 6, 2021

Setem Filateli First Day Cover : Kongres Jalan Sedunia Ke-21

 




Setem Filateli First Day Cover : Kongres Jalan Sedunia Ke-21

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, October 5, 2021

Setem Filateli First Day Cover - Piala Dunia Golf Malaysia 1999

 


Koleksi setem filateli sampul surat hari pertama (First Day Cover: FDC) Piala Dunia Golf Malaysia 1999 beserta butiran teknikal setem.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Program Penjagaan Gigi Tahunan eSmile Savers

Bila last korang check dan cuci gigi korang ?

Haaa....Mesti dah lama tak check dan cuci gigi kan. Jumpa doktor gigi pun jarang-jarang sekali, kalau jumpa pun sebab gigi ada problem or nak kena cabut gigi. Kalau saje-saje jumpa untuk check dan cuci gigi tu jaranggggggg sekali.

Ni ada satu program penjagaan gigi tahunan. 

eSmile Saver

Dengan bayaran tahunan yang sangat berbaloi-baloi, korang akan dapat pemeriksaan gigi dan cuci gigi (scaling & polishing) sekali setahun. Selain dari tu, korang akan dapat special rates kalau nak buat rawatan pergigian di mana-mana 200 klinik gigi panel eSmile Saver !

Pakej Individu 

Untuk Seorang

RM 98 setahun

-


Pakej Twin 

Untuk Dua Orang

RM 288 Untuk 2 tahun (Jimat RM 104)

Rugi kalau tak ambil pakej penjagaan gigi eSmile Saver ni. Sebab average rate untuk scaling & polishing gigi pun kos dah cecah RM 200 (Kuala Lumpur), RM 165 (Selangor).

eSmile Saver, satu-satunya program penjagaan gigi di Malaysia. Jom dapatkan sekarang, klik sini wasap.my/60134044072




Senarai Dental Partner / Klinik Gigi eSmile Saver

Bagi member yang telah mendaftar program eSmile Saver, boleh buat ONLINE APPOINMENT melalui applikasi MediSaver.





About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus