Saturday, July 24, 2021

Gather Care - Perkongsian Bil Perubatan Melalui Crowd Funding

Posting kali ni abang nak share berkenaan satu alternatif kepada kos rawatan hospital. Iaitu melalui platform perkongsian bil perubatan Gather Care. Gather Care sebelum ini dikenali sebagai Life Enggineering.

Kelebihan dan kekurangan program ni akan akan rumuskan di akhir sekali.



























Okay, abang rumuskan sikit kelebihan & kekurangan perkongsian bil perubatan melalui platform Gather Care ni.

KELEBIHAN : 

1. Jaminan perkongsian bil dan kos rawatan hospital sehingga 1 juta setahun.

2. Hanya perlu buat bayaran perkongsian apabila berlaku tuntutan di kalangan rakan pekongsi

3. Maksimum perkongsian bulanan adalah RM 50. Jika tiada tiada tuntutan pada bulan tersebut, maka tidak perlu bayar apa-apa perkongsian.

4. Yuran pengurusan platform tahunan yang rendah iaitu RM 360 setahun @ RM 30 bulanan

Manakala jika diandaikan setiap bulan terdapat tuntutan perubatan oleh pekongsi, maka perkongsian maksimum RM 50, selama 12 bulan, adalah berjumlah RM 600. Masih murah jika nak dibandingkan dengan medical card insurans/takaful.

5. Program ini sesuai bagi alternatif kos medical card yang kerap mengalami kenaikan caruman / repricing.

6. Penerimaan panel hospital sebanyak 250 buah hospital (swasta dan kerajaan).

7. Tuntutan perubatan yang dibuat pekongsi akan dikongsi di portal untuk ketelusan tuntutan. Para pekongsi dan orang ramai boleh masuk dan lihat bil tuntutan/penyakit yang dibuat oleh ahli di portal https://gathercare.com/history/



KEKURANGAN :

1. Ini adalah satu program crowd funding. Bukan dari sebuah syarikat insurans/takaful, maka perkongsian bayaran bil perubatan yang dibuat adalah tidak layak untuk tuntutan rebat cukai pendapatan (LHDN).

2. Tempoh waiting period yang agak lama untuk guna bagi penyakit-penyakit berat iaitu 180 hari @ 6 bulan. Berbanding insurans/takaful iaitu 120 hari.

3. Tiada jaminan PIDM seperti pada insurans/takaful seandainya berlaku kegagalan syarikat yang menguruskan tabung crowd funding Gather Care ini.


Apa komen korang ?
 




No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D