Saturday, July 24, 2021

Gather Care - Perkongsian Bil Perubatan Melalui Crowd Funding

Posting kali ni abang nak share berkenaan satu alternatif kepada kos rawatan hospital. Iaitu melalui platform perkongsian bil perubatan Gather Care. Gather Care sebelum ini dikenali sebagai Life Enggineering.

Kelebihan dan kekurangan program ni akan akan rumuskan di akhir sekali.



























Okay, abang rumuskan sikit kelebihan & kekurangan perkongsian bil perubatan melalui platform Gather Care ni.

KELEBIHAN : 

1. Jaminan perkongsian bil dan kos rawatan hospital sehingga 1 juta setahun.

2. Hanya perlu buat bayaran perkongsian apabila berlaku tuntutan di kalangan rakan pekongsi

3. Maksimum perkongsian bulanan adalah RM 50. Jika tiada tiada tuntutan pada bulan tersebut, maka tidak perlu bayar apa-apa perkongsian.

4. Yuran pengurusan platform tahunan yang rendah iaitu RM 360 setahun @ RM 30 bulanan

Manakala jika diandaikan setiap bulan terdapat tuntutan perubatan oleh pekongsi, maka perkongsian maksimum RM 50, selama 12 bulan, adalah berjumlah RM 600. Masih murah jika nak dibandingkan dengan medical card insurans/takaful.

5. Program ini sesuai bagi alternatif kos medical card yang kerap mengalami kenaikan caruman / repricing.

6. Penerimaan panel hospital sebanyak 250 buah hospital (swasta dan kerajaan).

7. Tuntutan perubatan yang dibuat pekongsi akan dikongsi di portal untuk ketelusan tuntutan. Para pekongsi dan orang ramai boleh masuk dan lihat bil tuntutan/penyakit yang dibuat oleh ahli di portal https://gathercare.com/history/



KEKURANGAN :

1. Ini adalah satu program crowd funding. Bukan dari sebuah syarikat insurans/takaful, maka perkongsian bayaran bil perubatan yang dibuat adalah tidak layak untuk tuntutan rebat cukai pendapatan (LHDN).

2. Tempoh waiting period yang agak lama untuk guna bagi penyakit-penyakit berat iaitu 180 hari @ 6 bulan. Berbanding insurans/takaful iaitu 120 hari.

3. Tiada jaminan PIDM seperti pada insurans/takaful seandainya berlaku kegagalan syarikat yang menguruskan tabung crowd funding Gather Care ini.


Apa komen korang ?
 




Thursday, July 8, 2021

Pakej Takaful Asas

Pakej Takaful Asas ini dengan caruman bulanan RM 85, memberi manfaat hibah kematian (semua punca kematian) dan pampasan bagi hilang upaya kekal keseluruhan/lumpuh. Selain itu, jika pencarum disahkan menghidap mana-mana satu daripada 36 penyakit kritikal, caruman takaful akan menjadi percuma, tak perlu bayar lagi.

Ada yang tanya abang, kematian semua punca tu macam mana maksudnya ?

Meh abang ceritakan. Maksudnya begini, manfaat hibah takaful akan tetap dibayar bila berlaku kematian tidak kira disebabkan oleh apa jua punca sekali pun, sebagai contoh ;

  • meninggal dalam tidur
  • meninggal kerana kemalangan
  • meninggal kerana penyakit (apa jua penyakit)
  • meninggal uzur tua
  • meninggal kerana telah sampai ajalnya
  • semua sebab kematian yang lain juga akan dibayar manfaatnya
Kelebihan apabila ada pelan takaful asas ni, manfaat Hibah Takaful akan dibayar terus kepada keluarga yang dinamakan. Selain tu, banyak lagi kelebihan ada takaful ni; 
  • Aset tunai buat keluarga selepas kematian. Sementara aset-aset lain dibekukan sejurus kematian kita, keluarga kita ada aset takaful yang boleh dicairkan segera.
  • .
  • Proses bayaran manfaat yang tidak rumit. Bayaran tuntutan kurang daripada 30 hari selepas dokumen tuntutan lengkap dikemukakan.
  • .
  • Bayaran masuk terus ke akaun keluarga yang dinamakan. Andai hajat kita nak bagi pada anak, kita namakan anak dalam penamaan Hibah Takaful. Anak akan terima 100% tanpa boleh dipertikai pihak lain.
  • .
  • Tidak perlu melalui proses mahkamah buat tuntutan, tidak tertakluk kepada pembahagian faraid.
  • .
  • Caruman rendah, manfaat untuk keluarga sangat berganda-ganda besarnya. Siapa nak bagi keluarga kita RM 100,000 secara lumpsum dengan hanya kita buat caruman bulanan tak sampai RM 100, melainkan melalui ikhtiar caruman takaful.

Berapa manfaat perlindungan takaful yang bakal diterima dengan caruman bulanan RM 85 ini ?

Untuk lihat jumlah perlindungan, boleh rujuk poster dibawah. Manfaat berbeza bagi lelaki dan wanita. Menurut kajian aktuari (kajian terhadap risiko dan jangka hayat manusia), jangka hayat lelaki lebih rendah berbanding wanita. Bahasa kasarnya ialah orang lelaki cepat mati. Hahahaha.



Contoh lelaki umur 30 tahun
Caruman RM 85 bulanan
Manfaat Hibah Takaful & Hilang Upaya RM 177,110

Meninggal dunia mengejut ketika tidur.
Kejut-kejut dah tak bangun.

Andai kata arwah lelaki tadi gaji bulanannya RM 3,000
Dengan manfaat hibah takaful RM 177,110 bersamaan gaji bulanannya selama 60 bulan lamanya, keluarga dapat teruskan kehidupan tanpa terjejas teruk dari segi kewangan dan komitmen sedi ada.

Hanya 3% dari pendapatan bulanannya RM 3,000
Iaitu sebanyak RM 85 sebulan
Untuk sediakan pendapatan bulanan buat keluarga selama 60 bulan apabila meninggal dunia pada bila-bila masa

Untuk umur atas 40 tahun, pun boleh dapat caruman RM 85
Cuma manfaat perlindungan kurang sikitlah

Kita buat Hibah Takaful kita buat kerana ada kehidupan lain yang perlu diteruskan walaupun kita telah tiada.


--------------------------
Ada benda nak tanya ?
Nak qoutation manfaat perlindungan untuk umur selain dalam poster ?
Nak dapatkan jumlah perlindungan Hibah Takaful yang lagi tinggi ?

Boleh whatsapp abang untuk dapatkan detail


Sunday, July 4, 2021

Takaful Hibah Untuk Orang Yang Ada Penyakit

Bagi kebanyakkan pelan takaful, mereka yang dah ada rekod penyakit tidak layak lagi untuk membuat permohonan takaful.

Lain pula ceritanya di Zurich Takaful, ada satu pelan takaful ni, nama dia Takaful Sure Cover. Satu produk takaful hayat (maaf bukan medical card ya), yang mana manfaatnya boleh dihibahkan buat keluarga tersayang.


Kelebihan Pelan SureCover
  • Mohon & confirm lulus
  • Pemohon dengan masalah obesiti dan apa juga rekod penyakit, rekod pembedahan pun diterima masuk
  • Tidak perlu laporan perubatan & medical checkup
  • Caruman mampu milik serendah 150
  • Boleh hibahkan manfaat kepada keluarga (ibu bapa, pasangan, anak dan sesiapa sahaja yang dihajati)
  • Boleh juga diwasiatkan pada keluarga untuk khairat kematian, selesaikan hutang, buat tujuan dana wakaf dan mengerjakan upah haji
  • Ada nilai tunai (cash value) apabila sijil matang

Manfaat hibah takaful bagi kematian semua sebab termasuk kematian kerana penyakit sedia ada dan manfaat berganda untuk kematian kerana kemalangan.

Contoh lelaki pesakit jantung umur 40
Meninggal biasa, manfaat RM 52,650
Meninggal kemalangan, manfaat RM 263,000
Caruman bulanan hanya RM 150

Manfaat kematian RM 52,650 tu boleh dimanfaatkan keluarga untuk pelbagai tujuan, sebagai contoh buatkan upah haji, membayar fidyah puasa, menyelesaikan hutang jika ada, menyara ahli keluarga yang masih hidup dan pelbagai lagi tujuan serta kegunaan keluarga.

Insyaallah tak rugi menyertai pelan ini untuk hibah keluarga

Andai kata lelaki tadi simpan sendiri 150.
Di andaikan meninggal pada umur 60 tahun kerana masalah jantungnya tadi, jumlah simpan terkumpul adalah RM 36,000 (150/bulan x 12 bulan x 20)



Berbanding dengan caruman di Takaful Sure Cover....
Manfaat hibah kematian tersedia sebanyak RM 52,650 pada bila-bila umur kematiannya. Meninggal umur 60 tahun, umur 50, mahupun ketika umurnya 45 tahun (meninggal ni urusan tuhan, umur berapa pun boleh jadi, ini hanya ilustrasi abg untuk tunjukkan manfaat takaful berbanding simpan sendiri).

.
Meninggal umur berapa sekalipun, itu kerja tuhan.
Kerja kita adalah berusaha dan berikhtiar buat yang terbaik untuk keluarga.

=======

Ini adalah jadual manfaat mengikut umur kemasukan.
Lagi awal masuk, lagi tinggi manfaatnya.




Kalau ada kawan-kawan, saudara mara, keluarga yang ada penyakit tapi tak ada pelan takaful lagi, abg rekemen sangat ambil pelan ni.

Berminat untuk memohon atau ada pertanyaan lanjut boleh roger abg okay. Whatsapp di bawah ini