Friday, June 25, 2021

Medical Card MediSaver VIP Ehsan MXM-Archipelago Terciduk

Apalah nasib pemegang medical card MediSaver VIP Ehsan MXM-Archipelago. Dengar khabar produk ini sudah 'terciduk'.

Tahun 2021, difahamkan pemegang medical card MXM-Archipelago TAK BOLEH RENEW perlindungan apabila tiba ulang tahun sijil (certificate anniversary). Perkara ini terjadi kerana dikatakan Archipelago sedang diaudit oleh regulator (mungkin merujuk kepada Labuan Financial Service Authority).


Bagi abg, ini adalah satu penganiayaan kepada pemegang medical card MXM-Archipelago terutama golongan berikut :

1. Mereka yang batalkan polisi medical card dengan syarikat lama dan 'take over' medical card lama untuk masuk MediSaver VIP Ehsan.

Sudahlah medical card lama dah dibatalkan, medical card MediSaver VIP Ehsan pulak tak boleh nak renew perlindungan.

Nak apply medical card lain sudah pastinya akan menjejaskan waiting period dan reset semula tempoh boleh cabar (contestible period). Aniaya aniaya.


2. Mereka yang sudah ada sejarah tuntutan penyakit (claim history) dengan menggunakan medical card MediSaver VIP Ehsan.

Dah ada sejarah penyakit, nak pindah medical card company lain confirm akan ada kena pengecualian (exclusion) atau dikenakan bayaran tambahan (loading). Dalam keadaan yang lebih serius, permohonan medical card boleh ditolak (decline) kerana sejarah perubatan sedia ada. Bukankah ini satu penganiayaan kepada pengguna ?





Jika kita rujuk kembali kepada brosur jualan syarikat MXM, dinyatakan pada brosur jualan bahawa 'Pembaharuan Sijil Dijamin Sehingga Tahun 2115'. Sudah pastinya klausa brosur sebegini menarik hati orang ramai untuk menyertai medical card MediSaver VIP Ehsan. Tetapi sayangnya belum tiba tahun 2115, tahun 2021 dah tak boleh renew perlindungan.

Ini secara jelas terdapat pihak yang telah melanggar kontrak jualan sama ada di pihak MXM atau di pihak Achipelago. Bagi abg tak kisah pihak mana pun, pelanggaran kontrak telah berlaku dan menyebabkan kerugian serta penganiayaan kepada pelanggan. Tindakan serta tuntutan sivil seharusnya boleh dikemukakan oleh mereka yang terjejas kepada pihak berkenaan.

Boleh tinggalkan pendapat masing-masing di ruang komen.

10 comments:

  1. ada tindakan dkt mana nk mengadu .agen ....buat budu..bkn nk tolong

    ReplyDelete
  2. Pisang mart. Client archipilago dh submit kt sini. Leader suruh tukar ke lonpac. Bukan patut medisavers ke yang call cust bagi candangan? Kalau agen yang kene bagi cadangan mmg hampeh lah.

    Jadi was-was beb nak jual medisavers sekarang. Risau dh tkrkan cust ke lonpac nti tukar operator underwriting. Kene tunggu waiting period lagi, kalau ada yg dh claim mcm mana nak settle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. MXM tak keluarkan apa-apa notis/surat pemberitahuan kepada klien. Mereka lepas tangan walaupun canang mereka "pengurus program". SMS hanya dihantar pada ahli yang terlibat bila nak luput 30 hari polisi, bagitau tak boleh renew.

      2. Lonpac pun boleh jadi macam archipelago in future, tulis GUARANTEED RENEWAL sehingga 2115 atas brosur jualan, tapi apa dah jadi ?

      Delete
  3. Saya salah sorang yg terkena. Umor dah nk 55, nak cari hat mana lagi yg setara dgn 'offer' MXM (Medisavers) dulu? Mmglah ditawarkan Lonpac, tp saya ni nak maintaon laa dgn produk takaful, bukan ins conventional.
    Aduhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan pindah ke syarikat takaful yang berdaftar bawah BNM, jangan ambil lagi dengan MXM

      Delete
  4. Kemana nak mengadu ni ..dah 2th pegang plan famili

    ReplyDelete
  5. ya betul saya salah satu mangsa,tiba tiba x renew padahal bulan ok je,contact agent sampainskrg senyap xkan diam syarikat ni,

    ReplyDelete
  6. yg mangsa kita ni la ,agem buat x tau mas akempen bagai nak rak,mxm lepas tangan,archipelago xtau kemana

    ReplyDelete

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D