Monday, May 31, 2021
Hukum Bacaan Lam Jalalah
Sunday, May 30, 2021
Pembahagian Hukum Bacaan Qalqalah
QALQALAH SUGHRA (KECIL)
Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini adalah ‘aridh yang disebabkan wakaf (berhenti) padanya.
Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang tidak bersabdu.
Monday, May 24, 2021
Pelan Takaful Hayat (Hibah) Untuk Bekas Pesakit Covid-19
Bagi bekas pesakit Covid-19 yang baru nak mohon pelan takaful hayat, permohonan takaful akan ditangguhkan oleh syarikat takaful (postpone) selama 6 bulan. Selepas 6 bulan, baru boleh mohon semula itu pun tertakluk kepada status pengikraran kesihatan ketika itu.
Tak perlu buang masa tunggu selama 6 bulan untuk mohon pelan takaful yang biasa. Sepanjang tempoh 6 bulan tu macam-macam hal boleh terjadi dan belum tentu lepas 6 bulan tu diterima sebab ianya bergantung pada status kesihatan ketika permohonan dibuat.
Jangan risau, tak perlu tunggu sehingga 6 bulan untuk mohon takaful kerana abg ada Pelan Takaful Hayat (Hibah) untuk bekas pesakit Covid-19.
Zurich Takaful SureCover.
Caruman bermula RM 150 bulanan. Manfaat hibah kepada keluarga untuk kematian biasa (in-nature/sakit) selepas 2 tahun sijil takaful. Dan manfaat hibah berganda kepada keluarga untuk kematian kerana kemalangan (tiada tempoh menunggu 2 tahun sijil takaful).
Andai kata takdir meninggal (in-nature/sakit) kurang daripada 2 tahun sijil takaful, seratus-peratus (100%) caruman yang telah dibayar akan dikembalikan kepada waris. Insyaallah tak ada kerugian untuk menyertai pelan Takaful SureCover ni.
Manfaat pampasan hibah takaful adalah mengikut jadual di atas dan ikut umur kemasukan. Contoh umur 35 tahun, manfaat kematian biasa RM 66,172. Andai kata meninggal ketika umur 37 tahun kerana komplikasi buah pinggang kesan post Covid-19, waris yang dinamakan akan terima pampasan hibah sebanyak RM 66,172.
Amaun Hibahnya mungkin tidak besar berbanding pelan takaful untuk orang sihat, tetapi ada ada sedikit peninggalan buat keluarga adalah lebih baik daripada tiada apa-apa langsung.
Berminat boleh roger abg. Takaful SureCover
Sunday, May 23, 2021
Takaful Untuk Manfaat Covid-19
Abg nak share satu produk takaful yang sangat menarik dari Syarikat Takaful Malaysia Berhad.
Pelan takaful standalone bagi manfaat tunai bila diagnos positif Covid-19 !
Pelan Bronze MozzCare Takaful Malaysia, caruman dikenakan hanya RM 50 sekali bayar untuk tempoh perlindungan selama satu tahun.
Andai kata dalam tempoh setahun ni, takdir kena positif Covid-19, dapat cash payout RM 1,000
Bila kita positif Covid-19, pastinya keluarga kita turut sama kena kuarantin sama ada di pusat kuarantin ataupun di rumah. Dengan cash payout RM 1,000 tu tadi, sekurang-kurangnya ada sedikit duit belanja dapur sementara nak tunggu bebas dari Covid-19 dan boleh keluar rumah untuk sambung cari pendapatan.
Pelan Standalone tu tak rugi kalau ambil. Sebab hanya dengan caruman RM 50 sekali bayar, dia cover setahun. Bukan setakat manfaat cash payout Covid-19, positif denggi atau virus Zika pun dapat manfaat cash payout.
Dengan peningkatan kes Covid-19 kat negara kita yang sangat membimbangkan, jiran-jiran terdekat, saudara mara kita sendiri pun ada yang dah rekod positif Covid-19, maka abg sangat rekemen korang ambil pelan ni sementara masih ada di pasaran. Tak tahu la kot nanti bila kes terlalu banyak positif, permohonan pun ditutup.
Boleh apply secara online, permohonan sangat mudah tanpa underwriting (takda banyak soalan pasal status kesihatan, BMI berat tinggi semua tak perlu). Klik kat link ni : Takaful MyClick MozzCare
Abg tak dapat apa-apa komisen pun promot benda ni. Just nak share manfaat pelan ni sebab kes Covid-19 sekarang teruk sangat. Abg sendiri cari pelan takaful yang ada bagi manfaat untuk Covid-19 dan MozzCare ni yang abg ada jumpa. Ambil cepat, ada tempoh menunggu 14 hari. Tak payah buang masa nak fikir ; Takaful MyClick MozzCare