HUKUM BACAAN RA'
Hukum bacaan Ra' (Ro) terbahagi tiga, iaitu :
a. Ra' dibaca tafkhim ertinya tebal, apabila :
1. Ra' berbaris fathah (atas) اَلرَّسُوْلَ
2. Ra' berbaris dhommah (depan) رُحَمَاءِ
3. Ra' diwakafkan sebelumnya huruf yang berbaris fathah atau dhommah يَنْصُرُ- َاْلاَبْتَرُ
4. Ra' sukun sebelumnya huruf yang berbaris fathah atau dhommah تُرْجَعُوْنَ- يَرْحَمٌ
5. Ra' sukun kerana wakaf sebelumnya terdapat alif atau wau yang mati اَلْغَفُوْرُ-اَلْجَبَّارُ
6. Bila ra' terletak sesudah Hamzah Wasal اُرْكُضْ- اِرْحَمْنَا
Catatan :
Hamzah Wasal adalah Hamzah yang terletak diawal bacaan, tetapi kalau ada yang mendahuluinya dikira tidak dibaca.
b. Ra' dibaca tarqiq (nipis) apabila :
1.Ra' berbaris kasrah رِحْلَةَ الشّتَاءِ _ تَجْرِيْ
2. Ra' sukun sebelumnya huruf berbaris kasrah dan sesudahnya bukanlah huruf Ist’la’ فِرْعَوْنَ – مِرْيَةٌ
3. Ra' sukun sebelumnya huruf yang berbaris kasrah dan sesudahnya huruf Ist’la’ dalam kata yang terpisah. فَصْبِرْصَبْرًا
4. Ra' sukun kerana wakaf, sebelumnya huruf berbaris kasrah atau ya' sukun.
جَمِيْعٌ مُنْتَصِرٌ – يَوْمَئِذِ لَخَبِيْرٌ
5. Ra' sukun kerana wakaf sebelumnya bukan huruf Isti’la’ dan sebelumnya didahului oleh huruf yang berbaris kasrah. ذِيْ الذِّكْر
Catatan:
Huruf Isti’la' ialah melafazkan huruf dengan mengangkat pangkal lidah ke lelangit yang mengakibatkan hurufnya besar ق ص ض ظ ط غ خ
c. Ra' yang boleh dibaca tafkhim atau tarqiq apabila :
1. Ra' sukun sebelumnya berbaris kasrah dan sesudahnya huruf Isti’la’ berbaris kasrah atau Kasratain. مِنْ عِرْضِهِ – بِحِرْص
2. Ra' sukun kerana wakaf, sebelumnya huruf Isti’la’ yang berbaris mati, yang diawali dengan huruf yang berbaris kasrah. الْقِطْرِ – مِصْرِ
About Author:
Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072
Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus