Monday, February 15, 2021

Mad Tamkin

Mad Tamkiin    مَدْ تَمْكِيْنٍ

Segi bahasa = menetapkan

Istilah, pengenalan: bertemu huruf mad dengan huruf yang serupa dengannya dalam satu atau dua kalimah ketika waSol.





> terjadi dalam dua keadaan :-


1. Dalam dua kalimah:


Huruf pertama sukun (huruf mad) > huruf kedua berbaris

contoh: Sobiroo + wa robiToo -

waw mad bertemu dengan huruf waw

صَابِرُواْ وَ رَابِطُو

contoh: allazii + yuwaswisu - ya mad bertemu dengan ya huruf   ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ


Dari 2 contoh di atas: menetapkan "waw" atau "ya" pertama sebagai huruf mad (mad tamkin), bukan huruf yg diidramkan kepada "waw" atau "ya" kedua yg berbaris (mungkin qiraat lain baca idram?).


2. Dalam satu kalimah


Huruf pertama bertasydid dan berbaris bawah bertemu huruf kedua yaitu huruf mad yang semisal dengan huruf pertama. 

contoh = huy-yiitum , annabiyyiina  ٱلنَّبِيِّـۧنَ 


> ada qiraat baca annabi-i-ina= huruf "hamzah" bertemu mad "ya".

> Qirat asim menetapkan huruf "ya" bertemu dengan mad "ya" = mad tamkin.




Mengenal Huruf Bersambung Melalui Kedudukan Titik


 Mengenal Huruf Bersambung Melalui Kedudukan Titik

Group Whatsapp Belajar Mengaji Ustaz Mushaddad Hamdan

 



Assalamualaikum wbt..
Semoga Allah memberkati kalian semua.

Jika berminat nak dapat lebih banyak koleksi perkongsian tajwid saya, sila ikuti pautan di bawah.

1. Channel Telegram ini adalah perkongsian tajwid yang saya kumpulkan lengkap dgn contoh bacaan, hukum tajwid, soalan & jawapan. 

Sebahagian jawapan diperolehi dari guru2 serta bahan rujukan.


2. Masuk Grup Ngaji Whatsapp


Mohon bantu sebarkan pautan ini, supaya lebih ramai sahabat dapat belajar iqra' & ilmu tajwid al Quran.

Moga jadi jariah buat semua. Jazakumullahu khairan kathira..


Mad Silah Qasirah dan Mad Silah Towilah

MAD SILAH QASIRAH DAN TOWILAH

Pengertian : Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir


Terbahagi kepada 2 bahagian :


1. MAD SILAH QASIRAH (pendek)

Maksud: Mad yang terdapat pada Ha'Dhomir iaitu selepas ha' tidak ada Hamzah Qat'ei.

Cara mengenalnya ialah : Apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris.

- Kadar bacaan: 2 harakat.




2. MAD SILAH TOWILAH (panjang)

Maksud: Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir. 

Cara mengenalnya ialah : Apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris.

- Untuk lebih mengenali Mad Silah Towilah, kita cuma perlu memerhatikan selepas ha' terdapat Hamzah Qat'ie :

- Kadar bacaan:4 atau 5 harakat apabila Ha' bertemu Hamzah dalam 2 kalimah.






Saturday, February 13, 2021

Cara Membaca Hamzah Wasal Kata (ائْتُوْنِيْ) pada Al-Ahqaf Ayat 4

Cara Membaca Hamzah Wasal Kata (ائْتُوْنِيْ) pada Al-Ahqaf Ayat 4




Di Al-Qur’an ada beberapa kata yang dibaca berbeza ketika waqaf dan wasal. Perbezaannya bukan sekadar beza harakat saja, tetapi sampai diganti hurufnya. 


Diantaranya lafaz (ائْتُوْنِيْ) pada Al-Alqaf ayat 4. Ketika wasal dibaca seperti pada tulisannya, namun apabila memulai bacaan dari kata tersebut maka menjadi (اِيْتُوْنِيْ).


Hamzah ke dua yang bertanda mati itu diibdalkan kepada huruf ya' dan dibaca 2 harakat, hukum mad badal.




Tanda Wakaf & Jenis Wakaf

ADA 4 JENIS WAKAF :

1. Taamm (تام - wakaf sempurna)

- Apabila berhenti pada satu ayat yang putus, tidak berkaitan atau kena-mengena lagi dengan mana-mana kalimah atau perkataan sesudah ayat tersebut atau di hadapannya sama ada berkenaan lafaz atau makna.


2. Kaaf (ﻛﺎﻒ - wakaf memadai) 

- Apabila berhenti pada satu ayat yang putus tidak ada kena-mengena dengan satu-satu kalimah atau perkataan sesudah ayat tersebut atau di hadapannya pada lafaz sahaja tetapi ada kena-mengena dalam maknanya.


3. Hasan (ﺣﺴﻦ - wakaf baik) 

- Apabila berhenti pada satu ayat yang ada kena mengena dengan yang sesudah dan sebelumnya pada lafaz sahaja, dengan syarat yang diberhentikan itu telah memenuhi maknanya.


4. Qabiih (ﻗﺒﻴﺢ - wakaf buruk)

- Apabila berhenti pada satu-satu ayat tidak sempurna maknanya yang kadang-kala ayat itu ada berkaitan dengan ayat-ayat yang sebelum dan sesudahnya sama ada pada lafaz atau pada makna.





TANDA-TANDA WAKAF :


1. Tanda mim ( م‍ ) dikenali sebagai Waqaf Lazim.

- Adalah dikehendaki berhenti seketika apabila mim muncul. Jika tidak berhenti, kebarangkalian yang maknanya berubah.


2. Tanda tho ( ﻁ ) adalah tanda Waqaf Mutlaq dan haruslah berhenti seketika.

- Ia menunjukkan yang makna belum lagi dinyatakan sepenuhnya..


3. Tanda jim ( ﺝ ) adalah Waqaf Jaiz.

- Lebih elok berhenti seketika di sini walaupun tidak berhenti adalah dibenarkan.


4. Tanda zha ( ﻇ )

- Bermaksud lebih elok TIDAK berhenti.


5. Tanda sod ( ﺹ ) dikenali sebagai Waqaf Murakhkhas

- Menunjukkan yang tidak digalakkan berhenti walaupun berhenti dibenarkan. 

- Perbezaan antara hukum tanda zha dan sod adalah kegunaannya, dalam kata lain, keinginan untuk berhenti adalah lebih pada tanda sod.


6. Tanda sad-lam-ya' ( ﺻﻠﮯ )  merupakan singkatan kepada "Al-wasl Awlaa" yang bermaksud "Sambung lebih elok".

- Pembaca haruslah meneruskan bacaan kerana itu lebih elok.


7. Tanda qaf ( ﻕ )

- Merupakan singkatan kepada "Qeela alayhil waqf" yang bermakna "telah dinyatakan yang berhenti harus dilakukan ke atasnya". 

- Tidak perlu berhenti di sini.


8. Tanda sod-lam ( ﺼﻞ )

- Merupakan singkatan kepadan "Qad yoosalu" yang membawa maksud "akan bersambung kadang-kala". 

- Kadang-kala seseorang akan berhenti manakala ada yang tidak walaupun berhenti lebih diutamakan.


9. Tanda perkataan Qif ( ﻗﻒ )

- Bermaksud berhenti! Ia muncul pada tempat yang kebarangkalian pembaca akan meneruskan bacaan tanpa henti.


10. Tanda sin ( س ) atau perkataan Saktah ( سكتة )

- Menandakan berhenti seketika tanpa mengambil nafas. 

- Dalam kata lain, pembaca haruslah berhenti seketika tanpa mengambil nafas baru untuk meneruskan ayat.


11. Tanda Waqfah ( وقفة )

- Serupa dengan Saktah tetapi bezanya ialah waqaf pada Waqjah lebih lama berbanding Saktah.


12. Tanda Laa ( ﻻ )

- Bermaksud "Jangan!". Tanda ini muncul kadang-kala pada penghujung mahupun pertengahan ayat. 

- Jika ia muncul di pertengahan ayat, tidak dibenarkan berhenti dan jika berada di penghujung ayat, pembaca tersebut boleh berhenti atau tidak.


13. Tanda kaf ( ﻙ )

 - Merupakan singkatan kepada "Kathaalik" yang bermaksud "serupa". 

Dalam kata lain, tanda yang sama sebelumnya digunakan di sini.


14. Tanda bertitik tiga ( ... ...)

- Yang dikenali Waqaf Muraqabah (Berhenti Pemerhatian) atau Waqaf Ta'anuq (Terikat). 

- Tanda ini kadang-kala diletakkan sekali huruf jim yang turut menjadi simbol bagi Mu'aanaqah ini. 

- Ia akan muncul sebanyak dua kali di mana-mana saja dan cara membaca adalah Harus berhenti di salah satu tanda tersebut. 

- Jika sudah berhenti pada tanda pertama, tidak perlu berhenti pada tanda kedua dan sebaliknya.

Friday, February 12, 2021

Mad Lin

MAD LIN
Mad Lin : Mad yang berlaku apabila huruf lin bertemu dengan sukun yang mendatang kerana diwaqafkan pada akhir kalimah.


Kadar bacaan :
2, 4 atau 6 harakat diseragamkan tetapi tidak melebihi kadar bacaan mad ‘aridh lis sukun kerana tingkatan mad ‘aridh lis sukun lebih tinggi.


Sebab Ia Terjadi :
Adalah ketika mewaqafkan bacaan, huruf yang terakhir disukunkan.


Keterangan :
Mad ertinya menambah (ia berfungsi dengan memanjangkan suara ketika bertemu huruf mad).

Lin ertinya lembut


Huruf Lin :
Huruf lin adalah (wau dan ya) dan SYARAT mad lin pula adalah apabila huruf sebelumnya berbaris atas TETAPI bacaan hanya boleh dipanjangkan pada huruf lin ini ketika WAQAF SAHAJA, manakala pada bacaan wasal ia dibaca dengan bacaan tidak panjang.


Kenalpasti Tanda Mad Lin :

1. Wau dan huruf sebelumnya berbaris atas.

2. Ya dan huruf sebelumnya berbaris atas.







Monday, February 1, 2021

Idgham Mutamathilain, Idgham Mutajanisain dan Idgham Mutaqaribain

 Idgham Mutamathilain, Mutajanisain dan Mutaqaribain :


Idgham (ﺇﺩﻏﺎﻡ ) adalah melebur atau memasukkan bunyi satu huruf ke dalam huruf berikutnya, sehingga yang terdengar adalah bunyi huruf yang berikutnya itu. 


Terdapat tiga jenis idgham:


1. Idgham mutamatsilain (ﺇﺩﻏﺎﻡ ﻣﺘﻤﺎﺛﻠﻴﻦ) melebur dua huruf yang sama

- iaitu pertemuan dua huruf yang sama sifat dan makhrajnya (tempat keluarnya). Seperti huruf dal bertemu dal, huruf ba‘ bertemu ba‘ dan sebagainya.

Contoh: قَدْ دَخَلُوْا = قَدَّخَلُوْا – اِضْرِبْ بِعَصَاكَ = اِضْرِبِّعَصَاكَ






2. Idgham mutajanisain  (ﺇﺩﻏﺎﻡ ﻣﺘﺠﺎﻧﺴﻴﻦ - (yang sejenis)


- Ialah pertemuan dua huruf yang sama makhrajnya tetapi tidak sama sifatnya seperti ta‘ dan tho, lam dan ra‘ serta dzal dan zho.


Contoh :

هَمَّتْ طَائِفَةٌ = هَمَّ طَّائِفَةٌ – قُلْ رَب = قُـرَّبِّ – اِذْ ظَلَمُوْا = اِظَّلَمُوْا







3. Idgham mutaqaribain (ﺇﺩﻏﺎﻡ ﻣﺘﻘﺎﺭﺑﻴﻦ ) - (yang berhampiran)


- ialah pertemuan dua huruf yang berhampiran sifat dan makhrajnya seperti ba‘ bertemu mim, qaf bertemu kaf dan tha‘ bertemu dzal.


Contoh : اِرْكَبْ مَعَنَا = اِرْكَ مَّعَنَا– اَلَمْ نَخْلُقْكُمْ = اَلَمْ نَخْـلُـكُّمْ






Ikhfa' Haqiqi

IKHFA’ HAQIQI

Dinamakan Ikhfa’ Haqiqi kerana pada hakikatnya dibaca dengan Ikhfa’ Nun Sakinah atau Tanwin pada kebanyakan huruf hijaiyyah. Ikhfa’ Haqiqi ada tiga martabat (peringkat):


Martabat tertinggi : Ikhfa' Haqiqi Kubra@a'la

iaitu Ikhfa’ Nun Sakinah atau Tanwin pada huruf To’, Dal dan Ta’ kerana makhrajnya paling hampir dengan Nun Sakinah.


Martabat pertengahan : Ikhfa' Haqiqi Sughra@ausat

iaitu Ikhfa’ Nun Sakinah atau Tanwin pada huruf Tha’, Jim, Dzal, Zai, Sin, Syin, Shad, Dhad, Zha’ dan Fa’ kerana makhrajnya di pertengahan (iaitu antara martabat tertinggi dengan martabat terendah) Nun Sakinah.


Martabat terendah : Ikhfa' Haqiqi Akbar@Wusto@adna

iaitu Ikhfa’ Nun Sakinah atau Tanwin pada Qaf dan kaf kerana makhrajnya berjauhan dengan Nun Sakinah (sudah hampir ke halqum).









Mad Aridh Lissukun

MAD ARIDH LISSUKUN 

Mad Aridh Lissukun adalah mad yg berlaku apabila huruf mad iaitu Alif, Wau dan Ya bertemu dengan sukun/mati yang mendatang. 

Apakah dia mati yang mendatang ni? Ia adalah mati/sukun yang kita datangkan apabila waqaf.

Mad Aridh Lissukun dibaca dengan kadar 2\4\6 harakat. Ikut kelajuan bacaan anda.










Surah Yusuf Ayat 11 : Tanda Isymam





Terdapat dua wajah atau cara bacaan kalimah ini menurut Riwayat Hafs.

Paling popular, Isymam.

Isymam - Memuncungkan bibir ketika menyebut kalimah 'ta' manna' yang dibaca berdengung pada Nun syaddah (sabdu). Memuncung bibir dengan ada ruang di antaranya untuk melepaskan udara tanpa mengeluarkan suara selepas mematikan sesuatu huruf untuk mengisyaratkan baris asal huruf itu berbaris depan (dhommah). 

Dibaca; Laa ta' manna (sebaiknya bertalaqqi)


Bacaan kedua, Raum.

Raum membaca dengan memperdengarkan huruf dengan kadar 1/3 harakatnya sehingga yang boleh mendengar huruf berharakat 1/3 ini orang yang hanya berada dekat dengan kita. Pada Nun sabdu itu sebenarnya terdapat dua Nun. Huruf Nun pertama, berbaris depan (dhommah). Manakala, Nun kedua berbaris atas. Bunyikan Nun pertama secara Raum.

Dibaca; Laa ta' manuna

Mad Tabriah

MAD TABRIAH

Terjadi apabila huruf mad pada kalimah "la nafiah" bertemu dengan huruf hijaiyyah selain daripada hamzah. Hukumnya wajib dibaca 2 harakat kerana ia sebahagian daripada mad asli.






Belajar mengaji dengan Ustaz Mushaddad Hamdan
Join Group Telegram Perkongsian Ilmu Tajwid Ustaz Mushaddad Hamdan