Tuesday, November 3, 2020

Ngeri Tengok Harga Ubat Kanser

Penulisan ini bertujuan untuk memberi maklumat dan menimbulkan kesedaran kepada masyarakat. Saya menulis atas kapasiti ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman menyantuni pesakit kanser paru-paru.

UBAT KANSER MAHAL:
Ada ramai Pesakit Kanser yang 'tidak response kepada rawatan kimoterapi iv' maka Onkologi (Pakar Kanser) akan mencadangkan Ubat Kanser dalam bentuk Oral Kimo.

(so far ini antara ubat yg memang terbukti mampu menghentikan pertumbuhan Sel Kanser yang agresif)

Ianya mampu memanjangkan jangka hayat pesakit terutama pesakit Kanser Paru-paru stage 4.

Tetapi ubat ini TIDAK MURAH. Ianya sangat Mahal. Ianya Tidak dicover oleh hospital kerajaan.

1. Osimertinib : RM28 000 - RM30 000 
contoh Jenama: Tagrisso
(pesakit dinasihatkan Beli sewaktu Promosi. Buy 1 get 1 Free)




2. Ceritinib 150mg :RM8,300 
utk 60 biji original contoh Jenama Zykadia





3. Sorafenib : RM 3800 - RM 4000
contoh Jenama : Nexavar Sekotak 50 biji 




4. Crizotinib : RM8000

5. Gefitinib IRESSA: RM6000 (utk sebulan)




6. Imatinib GLIVEC 400mg : RM 14000 (utk sebulan)




7. Nilotinib TASIGNA: RM21 900 utk 120 biji




8. Dacominib 




9. Ceritinib , RM 8,300 untuk 60 biji ori
ada banyak jenis Ubat Kanser yang disarankan Onko kepada pesakit dan semua ubat ini mahal.





BAGAIMANA PESAKIT MENDAPATKAN UBAT INI:

1. Jika penjawat awam, mereka beli dan boleh Claim. 

2. Insurans: jika anda mempunyai perlindungan insurans, maka mereka akan beli dan boleh claim

3. Pesakit mendapat Ubat Percuma melalui Clinical Trial Programme di hospital swasta. (jika anda bernasib baik, anda akan terpilih atau ditawarkan. Tetapi tempat sangat terhad)

4. JUAL RUMAH JUAL TANAH:
Ramai sahabat saya, bila ditanya BAGAIMANA mendapat duit untuk membeli ubat2 ini, mereka cakap, mereka terpaksa menjual Rumah dan Tanah. Alhamdulillah. Mereka punya asset untuk dijual.

5. BAGAIMANA jika Tidak mampu seperti sahabat saya Fadzlina? Encik Din, Mr Lee?

Mereka terpaksa mencari Ubat generic. It is not cheap but .... still got to buy. (some people got to do to survive)

KANSER PARU-PARU adalah berpunca dari asap Rokok. So STOP SMOKING sebab anda berisiko mendapat Kanser paru-paru dan anda merisikokan Keluarga anda dengan Kanser paru-paru.

STOP SMOKING sebab Rawatan kanser paru-paru sangat Mahal harganya (tak berbaloi dengan harga Rokok yg anda bayar) 

"Anda ketawa sewaktu anda menghisap rokok, percayalah .. saya pernah melihat ramai yang menangis sorang-sorang sewaktu mereka sakit Kanser Paru-paru "
Mode: maaf jika penulisan ini mendapat kecaman dari Smokers
saya menulis kerana saya kasihankan pesakit kanser dan saya sayangkan anda semua

"Trust me ... i have seen too many"

Founder Cancer Survivors Malaysia #CSM

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D