Saturday, November 7, 2020

Buang Batu Hempedu Dengan Homemade Liver Detox

Petua buang batu hempedu tanpa pembedahan

Boleh baca kisah bawah ni dulu

=========




Alhamdulillah ala kullihal

Selesai Liver Detox (LD) 4 hari. Walau agak perit menanggung kepahitan Epsom Salts. Gagahkan diri sedut dengan straw pun masih terasa juga pahitnya. Tapi demi kebaikan dan kesihatan, harus kental. Campuran Olive Oil dan Lemon pula tak seteruk yang dibayangkan. 

1 jam lepas habis cawan ke 2 Epsom Salts, saya mula rasa nak membuang. Yang keluar mcm flush kotoran dalam usus warna coklat kehijauan. 3 kali je saya keluar masuk toilet. Tak rasa perit mcm senak atau cirit birit. Relax aja. Lepas Epsom Salt ke 3 esok paginya, baru mula keluar batu² hijau ni (macam warna jade). Batu2 ni lembut dan masa keluar tak menyakitkan. Kerana telah dilembutkan dgn pengambilan apple cider (cuka epal) sebelum tu. 

Yang keluar lebih seratus ketul besar dan kecil. Saya sempat kutip berapa biji je.. Sekadar untuk perkongsian dan info sesama kita.

Saya recommend abang, kakak dan sahabat semua, buatlah Liver Detox. Walau takda simptom apa-apa penyakit, batu-batu ini memang ada berdiam diri di dalam tubuh. Jangka panjang bakal membawa pelbagai penyakit. Yang dah buat, boleh repeat sebulan sekali atau 3 bulan sekali ikut keperluan. Sebab hanya dengan 1x buat, tak semua stones dah keluar. Macam jaga kereta ler, maintainance kena berkala. Hehe

Thank you Dr Siti Juariah kerana berkongsi resepi Liver Detox. Tanpa operation, beratus-ratus gallbladder stone boleh keluar secara semulajadi. 

Bagi yang nak cuba, boleh rujuk caranya di bawah. Perkara baik kita kongsi dan amalkan, kan

Kredit tulisan dan pengalaman sendiri Umi Humaira

=======

Bahan-bahan Homemade Liver Detox

  1. Cuka Epal (Boleh beli kat farmasi & pasaraya, disyorkan jenama Bragg with mother)
  2. Epsom salt (boleh beli di farmasi)
  3. Empat biji buah lemon
  4. Satu botol minyak zaitun 500ml (virgin)
Ikut langkah dibawah ni.

Aturan hari pertama hingga ke-4
Kena kuat semangat dan tabah control diet tanpa minyak dan lemak . Kalau boleh jadi vegetarian kejap utk 4 hari tu lagi bagus








Semoga berhasil buang batu hempedu.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, November 5, 2020

Covid 19 - Satu Konspirasi ?

Di sebalik isu pandemik Covid 19 ni, terdapat sebilangan golongan yang percaya bahawa isu Covid 19 ini adalah satu konspirasi yang sengaja dicipta untuk merosakkan kesihatan manusia dan mengurangkan populasi manusia seperti yang agenda ingin dicapai oleh kumpulan-kumpulan tertentu (boleh google nama-nama kumpulan yang bawa agenda New World Order - NWO).

Bagi korang yang 'eager' dan sangat berminat dengan teori konspirasi dunia ni, abg suggest korang beli buku ni. Buku ni ada terbitan dalam Bahasa Melayu, mudah difahami selok belok penceritaannya.



Penulis buku ni, Jerry D.Gray merupakan bekas Tentera Udara USAF. Telah memeluk Islam dan tinggal di Indonesia menjalankan aktiviti dakwah. Boleh dikatakan buku konspirasi yang ditulis ni buku kategori Best Seller. Sebab setiap pendedahan yang dibuat dalam buku tulisannya, dapat disokong dengan fakta.

Antara ulasan pembaca buku ni,






Ada dua lagi karya buku tulisan Jerry D.Gray, dan abg dah habis baca ketiga-tiga buku beliau. Tapi mostly abg rekemen korang baca buku Art of Deception ni, berbanding buku konspirasi lain, buku ni lagi padu isi kandungannya tentang tipu helah dunia.

Berbalik pada isu Covid 19, ada golongan yang percaya benda ni bukan konspirasi pihak jahat dan tentu juga ada golongan yang percaya ianya satu konspirasi. Kedatangan Covid 19 telah meragut banyak nyawa di seluruh dunia, malah ekonomi seluruh negara juga terkesan dengan pandemik ini.

Walaubagaimanapun, di sebalik kepanikan orang ramai dalam isu kesihatan ini, pastinya terdapat golongan yang menjadi kaya raya hasil daripada masalah Covid ini.

Siapa golongan tersebut ?

Pemilik industri kesihatan, farmaseutikal, syarikat-syarikat 'pencipta' vaksin

Pemilik industri barangan perlindungan, sarung tangan, PPE, face mask

Siapa pemilik-pemilik disebalik industri yang meraih keuntungan luar biasa ini ? Abg pun tak tahu siapa, nak google satu-satu belum tentu terjawab semuanya.

Sama ada Covid 19 ini satu konspirasi atau benar isu wabak kesihatan, kita sama-sama berdoa agar negara kita, keluarga kita selamat daripada Covid 19 ini.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, November 4, 2020

Takaful Hibah Pasangan Suami Isteri

Dalam pandemik kesihatan yang merisaukan kita, ramai pasangan keluarga belum ada perlindungan takaful. Jadi, abg tawarkan Pakej Takaful untuk pasangan suami isteri. Hanya RM 100 sebulan, manfaat untuk kedua-dua orang;




  • Suami meninggal dunia, isteri terima RM 100,000
  • Isteri meninggal dunia, suami terima RM 100,000
  • Dua-dua meninggal dunia, anak terima RM 200,000
  • .
  • Suami lumpuh, isteri terima RM 100,000
  • Isteri lumpuh, suami terima RM 100,000
  • .
  • Suami masuk wad hospital, isteri terima RM 50 setiap hari
  • Isteri masuk wad hospital, suami terima RM 50 setiap hari
  • .
  • Suami sakit kritikal, caruman takaful untuk suami tak payah bayar
  • Isteri sakit kritikal, caruman takaful untuk isteri tak payah bayar

Best kannnn pelan ni.

Haaa...Bagi tau kat kawan-kawan mana yang belum ada takaful tu boleh amek dulu pelan yang ni


Dulu hensem,
Sekarang lagi hensem.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, November 3, 2020

Ngeri Tengok Harga Ubat Kanser

Penulisan ini bertujuan untuk memberi maklumat dan menimbulkan kesedaran kepada masyarakat. Saya menulis atas kapasiti ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman menyantuni pesakit kanser paru-paru.

UBAT KANSER MAHAL:
Ada ramai Pesakit Kanser yang 'tidak response kepada rawatan kimoterapi iv' maka Onkologi (Pakar Kanser) akan mencadangkan Ubat Kanser dalam bentuk Oral Kimo.

(so far ini antara ubat yg memang terbukti mampu menghentikan pertumbuhan Sel Kanser yang agresif)

Ianya mampu memanjangkan jangka hayat pesakit terutama pesakit Kanser Paru-paru stage 4.

Tetapi ubat ini TIDAK MURAH. Ianya sangat Mahal. Ianya Tidak dicover oleh hospital kerajaan.

1. Osimertinib : RM28 000 - RM30 000 
contoh Jenama: Tagrisso
(pesakit dinasihatkan Beli sewaktu Promosi. Buy 1 get 1 Free)




2. Ceritinib 150mg :RM8,300 
utk 60 biji original contoh Jenama Zykadia





3. Sorafenib : RM 3800 - RM 4000
contoh Jenama : Nexavar Sekotak 50 biji 




4. Crizotinib : RM8000

5. Gefitinib IRESSA: RM6000 (utk sebulan)




6. Imatinib GLIVEC 400mg : RM 14000 (utk sebulan)




7. Nilotinib TASIGNA: RM21 900 utk 120 biji




8. Dacominib 




9. Ceritinib , RM 8,300 untuk 60 biji ori
ada banyak jenis Ubat Kanser yang disarankan Onko kepada pesakit dan semua ubat ini mahal.





BAGAIMANA PESAKIT MENDAPATKAN UBAT INI:

1. Jika penjawat awam, mereka beli dan boleh Claim. 

2. Insurans: jika anda mempunyai perlindungan insurans, maka mereka akan beli dan boleh claim

3. Pesakit mendapat Ubat Percuma melalui Clinical Trial Programme di hospital swasta. (jika anda bernasib baik, anda akan terpilih atau ditawarkan. Tetapi tempat sangat terhad)

4. JUAL RUMAH JUAL TANAH:
Ramai sahabat saya, bila ditanya BAGAIMANA mendapat duit untuk membeli ubat2 ini, mereka cakap, mereka terpaksa menjual Rumah dan Tanah. Alhamdulillah. Mereka punya asset untuk dijual.

5. BAGAIMANA jika Tidak mampu seperti sahabat saya Fadzlina? Encik Din, Mr Lee?

Mereka terpaksa mencari Ubat generic. It is not cheap but .... still got to buy. (some people got to do to survive)

KANSER PARU-PARU adalah berpunca dari asap Rokok. So STOP SMOKING sebab anda berisiko mendapat Kanser paru-paru dan anda merisikokan Keluarga anda dengan Kanser paru-paru.

STOP SMOKING sebab Rawatan kanser paru-paru sangat Mahal harganya (tak berbaloi dengan harga Rokok yg anda bayar) 

"Anda ketawa sewaktu anda menghisap rokok, percayalah .. saya pernah melihat ramai yang menangis sorang-sorang sewaktu mereka sakit Kanser Paru-paru "
Mode: maaf jika penulisan ini mendapat kecaman dari Smokers
saya menulis kerana saya kasihankan pesakit kanser dan saya sayangkan anda semua

"Trust me ... i have seen too many"

Founder Cancer Survivors Malaysia #CSM

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus