Monday, August 31, 2020

Simptom dan Gejala Kanser Kolorektal

Ingatkan buasir. Rupanya kanser. Najis saya macam tali panjang bersaiz pensel. Saya biarkan saja sebab malu nak jumpa doktor. Anak masih kecil. Rasa nak gugur jantung saya bila mendengar doktor kata saya ada kanser kolorektal tahap akhir.

Ya benar. Kebelakangan ini pakar bedah negara kita sering menjumpai pesakit kanser kolorektal berumur 30-40 tahun. 50 tahun ke atas pula sudah jadi kebiasaan. Registri Kanser Negara melaporkan peratus penyakit ini adalah 13.2% daripada keseluruhan penyakit kanser lain.

70% pesakit yang datang berjumpa doktor adalah kanser tahap akhir (tahap 3 &4). Sudah bergejala, ada sejarah keluarga, berisiko dari segi diet dan sikap (spt merokok). Namun, tidak menerima hakikat. Merawat dengan pelbagai rawatan tradisional. Semakin lama menunggu, semakin sukar untuk dirawat.




Menjadi aktif dan mengamalkan pengambilan sayur dan buah-buahan mengurangkan risiko kanser kolorektal. Ianya nampak mudah. Namun report NHMS 2019 menunjukkan 95% rakyat Malaysia tidak mengambil sayur dan buah-buahan mencukupi.

Selain itu risiko kanser kolorektal meningkat dengan pertambahan usia, pernah disahkan mempunyai kolon polip, menghidap radang usus dan mempunyai sejarah keluarga yang disahkan mengidap kanser kolorektal.

Ianya juga boleh dicegah dengan pengesanan awal. Pengesanan awal sangat penting. Terdapat saringan kolorektal di Klinik Kesihatan. IFOBT ini adalah saringan najis. Jika positif, anda akan dirujuk kepada klinik pembedahan di hospital.

Rawatan awal memberikan peluang yang lebih baik berbanding rawatan kanser peringkat akhir. Jumpa dan berbincanglah dengan doktor anda. Semoga artikel ini membantu anda di dalam menyaring penyakit kanser kolorektal.

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D