Monday, August 31, 2020

Golongan Berisiko Kena Kanser Usus

Dunia kehilangan seorang pelakon popular kerana kanser usus, Black Panther, Chadwick Boseman. Ramai bertanyakan kepada kami, siapakah yang berisiko untuk mendapat kanser usus?



Kami senaraikan beberapa punca kanser usus. Antara yang baru diketahui puncanya adalah daging proses. Risiko kanser kolorektal meningkat 19% untuk setiap 25 gram daging proses yang dimakan setiap hari. 

Risiko juga meningkat untuk yang gemar memakan daging (merah) dan juga kurang memakan sayur. 95% rakyat Malaysia tidak memakan sayur dan buah-buahan yang mencukupi. Dan kanser kolon adalah kanser utama yang menyerang rakyat Malaysia!

Perokok? Memang risiko yang diketahui ramai.

Jadi pada yang suka memakan makanan yang diproses dan daging merah, berpada-padalah mengambilnya ye. Dan lebihkan memakan sayur dan buah iaitu 5 hidangan setiap hari.


No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D