Friday, July 31, 2020

Kandungan Gula Dalam Minuman Berkultur

SIHATKAH YOGURT DRINKS ?


Gambar ni copy dari Public Health Malaysia FB. Posting blog ni tetiba blank. Hari tu dah tulis molek-molek kat sini.

Terpaksa re-attach semula.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Claim Takaful - Dread Disease - Tukar Injap Jantung ; RM 90,000

Penutup bulan Julai 2020.

Claim takaful klien abg lulus. RM 90,000 masuk direct akaun beliau.


Beliau telah menjalani pembedahan ganti injap jantung, iaitu salah satu kategori penyakit kritikal di dalam polisi perlindungan Zurich Takaful.

Caruman bulanan beliau hanya RM 100/bulan.

Kata klien abg, dia nak guna duit pampasan takaful ni untuk pergi umrah. Syukur Alhamdulillah, siapa nak bagi RM 90,000 bila kena penyakit kritikal camni 😊


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, July 16, 2020

Keburukan Sosej Hotdog

Jika anda beranggapan bahawa kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar, anggapan tersebut adalah SALAH sama sekali.

Sosej bukan daging sebenar. Sosej adalah sejenis makanan terproses dan mempunyai ciri-ciri berikut:



1. Tinggi kandungan lemak tepu ( lemak trans meningkatkan risiko kanser)
2. Tinggi kandungan garam (sodium & MSG)
3. Tinggi bahan pengawet
4. Boleh meningkatkan tahap kolestrol 'jahat' dalam badan
5. Meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus.

Kandungan mikronutrien yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan yang telah terproses adalah sangat SEDIKIT.

Nak makan sosej tu boleh, tapi janganlah dijadikan hidangan utama atau makanan harian untuk anak-anak kita.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik mengenai pemakanan, anda boleh rujuk Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Semoga info ini memberikan kebaikan kepada semua yang membacanya!

Sumber: KKM

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Risiko Membeli Tanah Lot Lidi

 Enam (6) Risiko Membeli Lot Lidi


















About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Takaful Mumtaz ; Cover 16 Tahun, Bayar Cuma 8 Tahun

Zurich Takaful dah offer pelan cantik dah ni.. Sakit tak sakit pun boleh apply.. Kita je yg kena bertindak ikhtiar sediakan hibah utk keluarga..

♥️ Kalau ada ahli keluarga atau rakan terdekat yg nak apply takaful tapi tak lepas sebab dah sakit, offer dia plan ni ya.

✅Bayar 8 tahun FREE 8 tahun.
✅Tempoh Perlindungan selama 16 Tahun
✅Bonus Setiap Tahun
✅Cash Return ✅Polisi FREE jika terkena penyakit kritikal sepanjang tempoh 16 tahun ✅Hibah untuk ahli keluarga




Untuk permohonan:👇👇

Wasap

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Pengalaman Tuntutan Teknikal di Tribunal Perumahan

Happy dapat kunci rumah baru, tapi bila check, ada defect. Biasa la, kena isi borang defect list, pastu tunggu pemaju baiki. Tapi pemaju lambat baiki sampai da setahun lebih.

Setahun lebih xdapat duduk umah baru, ansuran bank still kena bayar lepas dapat kunci. Tempoh warranty rumah 2 tahun je (bkn strata). Bila pemaju saja lambat2 baiki, lepas 2 tahun, warranty hilang camtu je.😡😡

Akhirnya, saya buat aduan di tribunal perumahan di Putrajaya. Siapa duduk dekat senang la, tapi kalau jauh dari Kelantan ke, sabar je la.

TAPI sebelum failkan aduan, pembeli rumah sila ikut step di bawah dulu yea.



1. Bawa contractor anda, check balik semua defect. Jika ada defect baru, isi borang defect list, bagi pemaju semula. Bagi pemaju tempoh masa untuk baiki. < 15 hari

2. Sila catat semua defect dengan teliti dan ambil gambar semua defect. 👈<ini sangat penting>👈

3. Minta contractor bagi anggaran harga baiki defect (kalau lebih RM50K, kena buat aduan ke mahkamah sivil, bukan tribunal perumahan)

4. Buat 4 salinan gambar, anggaran harga, borang defect list, S&P dan etc2. (Sila semak soalan lazim di website tribunal kpkt.gov.my untuk dokumen yang diperlukan)

5. Lepas tu baru pergi tribunal untuk isi borang aduan. Pastikan apabila anda isi borang, jangan MISS satu pon defect yea. Kalau x, nanti xboleh tuntut dengan pemaju di mahkamah tribunal

6. Staff Tribunal akan beritahu apa yang perlu anda buat selanjutnya selepas hantar borang.

Lepas tu tunggu surat dari tribunal untuk tarikh pendengaran @ court hearing (biasanya dalam sebulan) atau check online di website kpkt.gov.my.

Ada aduan tidak akan diterima tribunal kalau tuntutan adalah hak bersama (common facilities) atau melibatkan legal issues.

Saya bagi contoh:

1. Hak bersama - Dalam brochure ada tertulis apartment anda dilengkapi kolam renang awam. Apabila apartment siap, xde kolam renang awam. 

Pembeli tak boleh buat aduan sendiri di tribunal. Kalau nak juga, kena panggil semua penduduk apartment tu buat aduan. Tapi kl buat kolam renang, kos mesti lebih RM50K kn? so sila buat aduan di mahkamah sivil sbb limit tribunal RM50K

2. Legal issues - rumah da siap dapat CCC & VP (vacant possesion) tapi anda sebagai pembeli xboleh nak duduk. jalan raya xde, sistem parit xde, etc2. Kes nie kena bawa ke mahkamah sivil sebab bidang kuasa tribunal terhad. Bila CCC keluar, maksudnya arkitek (badan professional), majlis bandaran (pihak berkuasa) da setuju rumah tersebut boleh diduduki. Something fishy la kl CCC da dapat tapi rumah xboleh duduk. So, mahkamah sivil saja boleh ambil tindakan terhadap pihak berkuasa dan pemaju.

So, balik pada pengalaman saya, kali pertama ke court tribunal, presiden @ hakim akan tanya dahulu kedua2 pihak (pembeli dan pemaju) tentang aduan. Lepas tu presiden akan suruh pihak teknikal dari tribunal perumahan sendiri verify balik defect tu.

Kena tunggu skali lagi, kali nie surat dari pihak teknikal tribunal untuk beritahu tarikh untuk check rumah anda. Masa pihak teknikal tribunal datang check rumah nanti, pihak pemaju pon akan datang sekali.

Time ni penting defect list tadi, kalau ada defect baru yang tidak terlulis di dalam borang aduan, pihak teknikal x ambil kira. Tugas pihak teknikal tribunal utk verify aduan pembeli & membuat anggaran harga utk baiki defect.

Selepas tu, saya tunggu lagi untuk pihak teknikal siapkan laporan (30-70 day). Lepas laporan siap, surat tribunal akan sampai ke pembeli utk beritahu tarikh pendengaran utk kali ke -2.

Saya pergi dan dapat claim dalam RM20K untuk defect rumah saya. Semasa dalam court, pemaju bertegas untuk baiki defect, tapi saya x setuju kerana da lebih setahun xbaiki, kenapa sekarang baru nak terhegeh2? Keputusannya, presiden berpihak pada pembeli, so padan muka pemaju.😆😆

Kredit : Namx Xor

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Bina Masjid Wakaf Melalui Pampasan Hibah Takaful

Buat apa duit Pampasan Banyak-Banyak ?

Masjid Iktikaf As-Sofea yang terletak di Kampung Neting, Geting Tumpat merupakan sebuah masjid yang dibina menggunakan duit pampasan dari TAKAFUL.

Masjid ini menjadi bukti kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya kerana menggunakan semua duit pampasan kematian anak perempuannya itu untuk mendirikan sebuah tempat beribadah yang dapat memberi manfaat terhadap masyarakat sekitar dan kita semua.



Masjid ini diberi nama AS-SOFEA sempena nama arwah anak yang meninggal itu. Semoga arwah dikurnia pahala berterusan dengan adanya masjid ini. Aamiin.

Hibah Takaful juga boleh diberikan kepada mane2 pihak untuk anda beramal seperti Masjid, Pusat Tahfiz & etc

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Sunday, July 5, 2020

Bumbung Asbestos Punca Kanser Paru-Paru

Anda biasa nampak kepingan serpihan atap bumbung berlonggok di bahu jalan mahupun di tempat longgokan sampah?

Pemandangan ini juga dapat diperhatikan di taman permainan kanak-kanak dan taman taman awam.

Tahukah anda, ia bukan sekadar serpihan sampah, tetapi ia merupakan satu ancaman yang boleh menyebabkan penyakit merbahaya!



 
Ya, ia adalah bumbung atap asbestos.
Dahulu, kebanyakan rumah dan kilang sememangnya menggunakan atap ini kerana ianya lebih murah dan memberi kesan penyejukan.

Namun selepas kajian menemui asbestos merupakan punca penyebab kanser mesothelioma , penggunaannya telah di hentikan dan dihadkan.

Terdapat negara yang telah mengharamkan penggunaannya secara total, namun di Malaysia ianya diharamkan hanya pada pembinaan bangunan kerajaan yang baru sejak tahun 1999

Sekiranya bahan merbahaya ini TIDAK diusik, risiko untuk dapat cancer sangat rendah.

Risiko akan hadir apabila ianya pecah, rosak dan anda terlibat secara langsung dalam mengendalikan asbestos. Situasi ini mendedahkan anda kepada risiko untuk untuk mendapat radang asbestosis paru-paru dan juga kanser mesothelioma.

Tidak perlu banyak, sebutir debu sehalus bilah jarum sudah cukup untuk anda mendapat kanser dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Apa yang anda boleh dilakukan untuk mencegah masalah ini?

✅ Jika anda masih menggunakan bumbung asbestos ini, pastikan bumbung tidak retak, pecah.

✅ Jika ianya pecah, pastikan proses membaikpulih bumbung mengikut prosedur khusus DOSH dan Jabatan Alam Sekitar.

✅ Jika anda nampak di Kawasan rumah/perjiranan anda, hubungi pihak berkuasa tempatan anda dengan segera untuk proses pelupusan.

✅ JANGAN BAKAR, dan jangan tanam atau lupus sendiri.

✅ Jangan biarkan anak anda bermain di kawasan asbestos. Kesan kanser asbestos hanya boleh nampak selepas 30 tahun.

Apakah gelaja masalah ini?

Simptom asbestosis dan kanser mesothelioma adalah seperti sesak nafas, dada terasa ketat, batuk kering berpanjangan, sakit dada, kurang selera makan, penat, demam dan berpeluh sewaktu malam.

Jika anda dapati anda berisiko dan mempunyai gejala-gejala tersebut, dapatkan rujukan awal di Klinik Kesihatan berhampiran.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Banyak Majikan Batalkan Manfaat Insurans Untuk Pekerja Kerana Kegawatan PKP

MEDICAL CARD COMPANY PUN KENA CANCEL BILA PKP

Cuba tanyakan kepada bos anda, sekiranya anda sakit dan hilang upaya untuk bekerja, adakah bos akan masih bagi gaji kepada anda atau anda akan ditamatkan perkhidmatan?



Kiranya bos anda kata gaji masih berjalan sampai bila-bila walaupun sudah tidak mampu menyumbang kepada syarikat, minta dokumen hitam-putih mengatakan demikian. Jika ada, ciumlah tangan bos anda sebagai tanda terima kasih...

Jika sekiranya bos anda kata, 

"Gila apa nak ada gaji juga bila tak boleh bekerja langsung. Ingat ni syarikat kau ke..?" 

maka anda perlu berjumpa saya di esok.

Sedarlah bahawa anda dapat manfaat selama anda bekerja. Manfaat semua terhenti bila anda bukan lagi pekerja.

Sebagai ketua keluarga, anda masih mempunyai tanggungjawab untuk menyuap mulut anak dan isteri serta keluarga yang bergantung harap.

Jika bukan anda yang mengambil inisiatif membuat pelan takaful untuk diri sendiri, siapa lagi....??

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Ejen Pemungut Hutang Ganggu Penghutang Di Tempat Kerja

EJEN PEMUNGUT HUTANG DAN MAJIKAN ANDA (PENJAWAT AWAM).

Mungkin ada di antara anda pernah mendapat surat daripada ejen pemungut hutang seperti di bawah dan dalam masa yang sama anda merupakan seorang penjawat awam. Firma kami telah diajukan persoalan mengenai isu ini.

Peraturan mengenai tatakelakuan dan tatatertib bagi anggota perkhidmatan awam adalah diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] yang mula berkuatkuasa pada 15 Disember 1993, menggantikan Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Bab ‘D’) 1980.


Di dalam surat yang dinyatakan di atas, jelas pemakaian undang-undang yang digunakan oleh ejen pemungut hutang tersebut adalah SALAH !

Untuk makluman umum, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah ditubuhkan mengikut Fasal (1) Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan pada 31 Ogos 1957.

Justeru, pemakaian Perlembagaan Persekutuan seperti yang digunakan oleh ejen pemungut hutang di dalam surat ini juga BERCANGGAH DENGAN FAKTA !

Selain peruntukan umum mengenai tatakelakuan (code of conducts) seperti dijelaskan di atas, P.U.(A) 395/1993 juga telah menjelaskan mengenai larangan-larangan serta perkara khusus yang berkaitan dengan tatakelakuan seseorang anggota perkhidmatan awam seperti berikut:

Gangguan seksual – Peraturan 4A

Pekerjaan luar – Peraturan 5

Etiket pakaian – Peraturan 6

Dadah – Peraturan 7

Hadiah – Peraturan 8

Keraian – Peraturan 9

Pemunyaan harta – Peraturan 10

Menyenggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan pendapatan persendirian yang sah – Peraturan 11

Meminjam wang – Peraturan 12

Keterhutangan kewangan yang serius – Peraturan 13

Meminjamkan wang – Peraturan 15 

Penglibatan dalam pasaran niaga hadapan – Peraturan 16

Cabutan bertuah, loteri dan sebagainya – Peraturan 17

Penerbitan buku dan sebagainya – Peraturan 18

Membuat penyataan awam – Peraturan 19 

Larangan bertindak sebagai seorang penyunting dan sebagainya dalam mana-mana penerbitan – Peraturan 20

Mengambil bahagian dalam politik – Peraturan 21

Tidak hadir bertugas – Peraturan 24

Tidak hadir bertugas dan tidak dapat dikesan – Peraturan 26

Walaupun seseorang penjawat awam tersebut membuat pinjaman daripada institusi kewangan dan mempunyai masalah untuk membayar balik pinjaman tersebut mahupun membeli barangan secara pembayaran ansuran daripada syarikat-syarikat kredit seperti Courts (Courts Mammoth), Seng Heng, Chan Furnitures dan lain-lain lagi, ejen pemungut hutang perlu melakukan mengikut prosedur atau SOP yang sedia ada.

Antara SOP yang perlu dipatuhi adalah dengan membuat panggilan telefon dan menghantar surat tuntutan bagi wakil pihak institusi kewangan atau syarikat-syarikat kredit dengan memaklumkan terdapatnya hutang tertunggak secara berhemah.

Pihak ejen pemungut hutang TIDAK BOLEH sama sekali menghantar surat sama ada berbentuk aduan atau tuntutan mahupun membuat panggilan telefon kepada para majikan.

Ini jelas melanggar garis panduan sedia ada dan telah menganggu kacau majikan tersebut yang langsung tiada kepentingan di dalam urusan keberhutangan tersebut. Pinjaman yang sedia ada terhutang adalah di antara institusi kewangan dan syarikat kredit dengan individu tersebut dan bukannya majikan.

Sekiranya ejen pemungut hutang tersebut berbuat demikian iaitu menghubungi serta menganggu majikan, aduan boleh dibuat kepada Bank Negara Malaysia jika ianya melibatkan institusi kewangan.

Sebaliknya, bagi syarikat-syarikat kredit pula, aduan boleh dibuat seandainya ejen pemungut hutang tersebut mendesak dan bertindak sehingga dirasakan satu ugutan telah dilakukan, anda boleh mengemukakan laporan kepada pihak polis.

Selain itu, individu juga boleh membawa isu ini ke bahagian tribunal pengguna untuk disiasat dan diperincikan kepada:

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,
Aras 5, Podium 2,
No. 13, Persiaran Perdana,Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya.
Toll Free : 1-800-88-9811
Telephone No. : 03-8882 5822
E-Tribunal

Untuk membawa kes ke bahagian tribunal pengguna, individu mestilah menjadi pembeli dan bukan sebagai perujuk (rujukan) atau penjamin.

Individu juga boleh kemukakan aduan jika dirasakan teraniaya dengan sistem hutang Courts Mammoth kepada National Consumer Complaint Centre (NCCC). Aduan boleh dilakukan secara online di sini - E-Aduan NCCC

Semoga bermanfaat.

Peguambela & Peguamcara

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Petua dan Pantang Fibroid

Fibroid boleh menyebabkan pelbagai gejala datang bulan seperti pendarahan yang banyak, sakit yang teramat sangat, sembelit, perut membesar dan juga keguguran.

Punca terjadinya fibroid adalah disebabkan hormon dan genetik.

Jadi saya tak dapat cegah fibroid?

Ya. Walaupun begitu, kajian menunjukkan beberapa faktor seperti gaya hidup dan pemakanan telah dikaitkan dengan terjadinya fibroid. 

Anda boleh mengamalkan petua dan pantang berikut untuk mengurangkan risiko daripada mendapat fibroid.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus