Sunday, May 31, 2020

Keracunan Plumbum Alat Permainan Pada Kanak-Kanak

Seram betul bila dapat tahu ada kes anak kecil terkena keracunan plumbum (lead poisoning) hingga mengakibatkan budak malang tu mengalami anemia (kurang sel darah merah).

Bukan tu je. Yang lebih menyedihkan, ikut pada laporan Centers for Disease Control and Prevention (CDC), rupa-rupanya keracunan tu berpunca daripada alat mainan yang mak ayah dia sendiri belikan.

Kesian sangat kat budak tu.



Sebab tu saya harap sangat mak ayah semua hati-hati kalau nak bagi barang mainan kat anak-anak kita.

Lebih-lebih lagi kalau anak kita tu jenis yang masih suka menjilat, menggigit atau masukkan mainan ke dalam mulut.

Biasanya plumbum banyak terdapat pada bahan mainan plastik sebab ia digunakan untuk melembutkan dan menjadikan plastik tu lebih flexible.

Cat warna warni yang buatkan alat mainan nampak menarik tu pun sebahagiannya turut mengandungi plumbum.

Takutnya kalau anak kita terkena lead poisoning ni. Serius bahaya benda ni.

Mak ayah boleh tengok sendiri kat website Pusat Racun Negara.

Kat sana siap ada beritahu yang lead poisoning ni jugak akan effect sistem saraf pusat dan otak kanak-kanak. Tak pasal-pasal proses pembelajaran jadi bermasalah.

Secara umumnya ini cadangan mainan yang lebih selamat untuk anak kecil kita:

 Mainan yang dicat serta dilabelkan tak mengandungi plumbum.
 Material seni yang labelnya menyatakan tak mengandungi bahan toksik.
 Patung lembut yang kita boleh cuci.
 Mainan yang dibuat dari bahan fabrik serta dilabelkan sebagai kalis api (flame resistant).
 Krayon dan cat yang dah disahkan selamat.

Nanti mak ayah tolong periksa balik ye mainan anak-anak kita tu. Jangan lupa untuk kongsikan info ni dengan pasangan masing-masing supaya kita dapat sama-sama beringat.



Bayaran Tuntutan Zurich Takaful Sehingga Mac 2020 - Claim Payout



TERIMA KASIH PESERTA TAKAFUL



Siapa kata skim takaful ni penipu tak bayar claim ?
Tahun 2019 sahaja, Zurich Takaful telah meluluskan tuntutan sebanyak RM 125 Juta!

Manakala bagi Januari hingga Mac 2020, tuntutan yang telah dibayar kepada peserta Zurich Takaful adalah RM 24 juta !

Dalam tidak sedar, anda semua sudah membantu ramai peserta takaful yang lain.

Encik Ali yang terlibat kemalangan. Puan Aminah yang diuji dengan kematian suami. Adik Sarah yang sedang bertarung dengan penyakit kanser.

Kita semua tidak kenal antara satu sama lain tetapi sumbangan takaful yang kita lakukan dapat meringankan beban mereka yang memerlukan. Bahkan tepat pada masa dan orang memerlukan.

Indahnya bertakaful, dalam kita melindungi diri kita sendiri, kita juga membantu mereka yang diuji. Ketika kita diuji, hasil sumbangan mereka pula yang membantu kita.

Tuesday, May 19, 2020

Bayaran Tuntutan Zurich Takaful 2019 - Claim Payout


Bagi tahun 2019, jumlah bayaran claim terbesar mengikut urutan yang telah dibayar Zurich Takaful

1. Claim Medical Card : RM 98 juta
2. Claim Kematian : RM 19 juta
3. Claim Penyakit Kritikal : RM 2 juta
4. Claim Elaun Hospital : RM 2 juta
5. Claim Kemalangan : RM 1.9 juta
6. Claim Hilang Upaya Keseluruhan : RM 200,000

Friday, May 15, 2020

Panduan Tahlil Ringkas (Teks & Video)

Panduan untuk buat bacaan tahlil ringkas. Dalam bentuk teks dan juga video untuk rujukan. Semoga amalan tahlil sampai kepada arwah-arwah keluarga yang diniatkan.




















Friday, May 8, 2020

Bayaran Caruman MyAngkasa

Bayaran caruman MyAngkasa adalah melalui JOMPAY.


JOMPAY boleh diakses melalui perbankan atas talian masing-masing. Bagi pembayaran melalui JOMPAY, butiran berikut perlu dilengkapkan pada bahagian REF;

Biller Code Name: Perpetual Trustees Berhad
Biller Code: 21972

REF 1: Nombor Kad Pengenalan
REF 2: Nama Ahli


Bayaran melalui Mod Lain

Nama Bank : RHB Bank Berhad
Nama Akaun: Perpetual Trustees Berhad - MyAngkasa Emas Trust 
Nombor Akaun: 2121-9800-03-9383

Monday, May 4, 2020

Surah Penawar Al Quran Mengikut Jenis Penyakit

Sesungguhnya diturunkan Al Quran itu sebagai penawar untuk manusia.

Berikut dalam gambar ni adalah surah-surah penawar kepada penyakit yang boleh diamalkan sebagai ikhtiar doa merawat penyakit. 

Warna hijau dibaca waktu malam. Warna kuning untuk dibaca pada siang hari. Boleh dibaca pada air dan diminum. 



Kaedah Pagar Rumah Melalui Doa

Kaedah pagar rumah melalui doa. Andai kata pencuri masuk rumah, pencuri akan berenang dalam rumah kerana nampak laut atau pencuri tak jumpa jalan keluar dari rumah. Insya'allah.