Sunday, April 26, 2020

Live Tadarus Sehingga Khatam Ramadhan 2020

Bulan Ramadhan tahun ni (2020), jom kita sama-sama khatam Al Quran disamping duduk kat rumah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan.



Ustaz Ahmad ABATA akan LIVE tadarus di facebook beliau, dan kita boleh ikut mengaji bersama-sama sehingga khatam.

Ustaz akan LIVE setiap hari sebelum masuk waktu solat fardhu dan akan baca 5 muka surat sebelum masuk waktu.

Bagi yang tertinggal slot LIVE, boleh ikut bacaan di link di bawah ya.

Ramadhan Hari 1



Sila Follow & On Notification di Facebook Page Ustaz Ahmad ABATA ya untuk bacaan tadarus muka surat yang lalu dan terkini.

Semoga Ramadhan kali ini kita dapat tingkatkan ibadah kita lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.

Takaful Dari Perspektif Isteri & Balu

Kadang isteri ni dah sedia tahu, yang hidup family bergantung besar pada income bulanan suaminya.

Dah tu, bila abg bagi pelan Takaful untuk cover semula income suami, depa cakap 

'Nak fikirlah, nak bincanglah, tengok dululah'.

Masa pun berlalu, takdir tak sempat buat Takaful suami dah meninggal. Alih-alih tanya 

'Kenapa abg tak paksa suaminya masuk dulu'.



Laaaa...

Itu kan suami you all sendiri.
Yang bergantung income suami, you all sendiri jugak.
Dah kenapa nak kena orang lain yang takde kena mengena untuk paksa suami masing-masing. 😅

Please ya.
Time PKP ni check lah suami masing-masing.
Ada ke tak buat hibah takaful untuk you all.

Kalau takde, meh cepat buat.

Panduan Solat Terawih & Zikir Solat Terawih

Panduan solat terawih serta zikir selawat & doa dalam solat terawih. Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.





















Thursday, April 23, 2020

Teori Diagnosis Otak Kiri & Otak Kanan

Dalam ILMU PSIKOLOGI, ada pandangan tentang KECENDERUNGAN sistem fikiran yang dinamakan OTAK KANAN dan OTAK KIRI. Beberapa pendapat juga menerangkan kecenderungan otot tubuh ada hubungan dengan kecenderungan cara kerja otak ini.

Lalu terhasillah beberapa teori diagnosis bagi mengesan kecenderungan OTAK samada ia KANAN atau KIRI yang memiliki karakteristik atau personaliti berbeza.

.....

Ujian 1 - GENGAM KEDUA TANGAN

CUBA TEPUK KEDUA TANGAN kanan dan kiri serta terus MENGGENGGAM KEDUA TANGAN (grasp). 

PERHATIKAN SUSUNAN JARI-JARI yang berselang seli jari tangan kiri dan kanan. Perhatikan susunan yang mana BERADA DI ATAS - IBUJARI KANAN atau KIRI??

cuba sekali lagi..
cuba UBAH?
tentunya boleh... TETAPI, mana yang SELESA?
setiap orang pasti ada SATU KETERBIASAANNYA!!

Yang mana yang selesa dan spontan?

KANAN atau KIRI??
.
.

Seterusnya.. sila buat ujian ini pula.

Ujian 2 - PELUK TUBUH

Semasa memeluk tubuh.. perhatikan posisi tangan kita.. Lengan mana yang di atas?

Lengan tangan kanan atau kiri?

Setiap orang ada posisi selesa semasa memeluk tubuhnya.. jika diubah.. ia rasa tidak sempurna.

Posisi ini dipengaruhi dengan sikap mental.. ada minda kiri dan ada minda kanan. Dan sikap mental atau minda ini ada pengaruh psikologinya, perwatakannya, sikap, kata-kata, karektor dan sebagainya.

Anda bagaimana? Mana yang di atas? kanan atau kiri?

.
.
KINI LIHAT HASILNYA...

Susun HASIL UJIAN 1 + UJIAN 2 , kita akan dapati ada 4 kategori personaliti iaitu:

KANAN - KANAN
atau
KANAN - KIRI
atau
KIRI - KANAN
atau
KIRI - KIRI

anda yang mana?
pasangan anda?
anak-anak?
adik? abang?
ibu? ayah? mertua?

(aktiviti masa open house raya!.. semak personaliti ahli keluarga dan sahabat handai. Apakah sama dengan anda? atau berbeza! Bagaimana pula mentor atau idola anda? sama.. atau berbeza?!)

Ujian ini untuk kita memahami bahawa ada yang sama dan ada yang berbeza di kalangan kita. Dan ini baru satu pendapat. Ada berbagai lagi metodologi untuk Bongkar Potensi Diri.

Usai, buat ujian.. ayuh lihat apa ceritanya pada imej di bawah.







Salam Hormat
Tulisan: Mir Hazil

Wednesday, April 22, 2020

Cendawan Kukur Segar

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan cendawan kukur segar @ kering sila tekan link dibawah... Boleh WhatsApp atau lakukan pembelian di shopee... Ada 2 pilihan...

https://wa.me/60179531944

https://shopee.com.my/kukurmalaya?smtt=0.0.9






Terima kasih atas sokongan anda...

Pengusaha: Rusila Yusof

Takaful Hibah Untuk Lelaki 30-an

Pelan Takaful Hero bagi golongan lelaki lingkungan umur 30 - 35. Pakej asas cover jumlah minima RM 150,000. Caruman tak sampai RM 110 pun guys :)








Tuesday, April 21, 2020

Titik Terapi Guasa

Titik terapi guasa (papan guasa). Gambar koyak sikit, lama peram dalam fail, ni kemas-kemas fail terus abg upload share kat blog untuk rujukan yang buat rawatan atau terapi guasa.



Friday, April 17, 2020

27 Kesalahan Membaca Surah Al-Fatihah

27 Kesalahan Membaca Surah Al-Fatihah


1. Sebutan huruf ﺏ berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut “Ismillah…”


2. Sabdu pada kalimah ﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana ‘Bismillah’ hendaklah disebut dengan ‘lam tarqiq’ (lam nipis)kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah.


3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilahiRahmaan…”, yang sepatutnya “BismillahiRRahmaan…”.


4. Kesalahan dalam membaca surah al-fatihah seterusnya begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilillahirrahmaaniRahiim”, yang sepatutnya “BismillahirrahmaaniRRahiim”


5. Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia WAJIB dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad ‘Aridh Lissukun.


6. Huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ


7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut “al-hamdulilah”. Sebutan yang betul adalah “Al-hamdulillah…”


8. Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi “Rabil” yang sepatutnya “Rabbil”


9. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ


10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi “Iyaka”. Sebutan yang betul adalah “Iyyaka”.


11. Kesalahan dalam membaca surah al-fatihah seterusnya adalah sebutan huruf ﻉ tidak jelas.


12. Kesalahan sama seperti nombor 10.



13. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ


14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil ‘isymam’.


15. Menyebut “Ehdina…”. Sepatutnya “Ihdina…”.


16. Huruf ﺹ tidak disabdukan.


17. Huruf ﻁ ditukar menjadi huruf ﺕ


18. Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.


19. Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.


20. Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ


21. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ


22. Huruf ﺭ berbaris bawah disebut “Rel”, sepatutnya disebut “Ril”.



23. Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah.


24. Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya.


25. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ


26. Huruf ﺽ tidak disabdukan.


27. Kesalahan dalam membaca surah al-fatihah terakhir adalah apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat.

Ujian Hidup Kita Tidak Sama

Ujian setiap orang tak sama.

Awak racun kawan awak untuk terminate polisi takaful, tak lama lepas tu kawan meninggal. Awak nak tanggung hutang kawan arwah dan tanggung belanja makan minum tempat tinggal balu serta anak arwah ?

Takkkkkkk sama sekali. 😡😡😡


Paling koman pun awak cuma ucap takziah. Itu pun awak copy paste ucapan orang lain. Paling hebat pun awak cuma masukkan Rm 50 dalam jug berbalut kain putih, itu pun jika awak ziarah jenazah arwah kawan tu.

Ingat ya. Setiap orang ujiannya tak sama.
Ada yang meninggal dalam tidur.
Ada yang tau-tau je kena kanser stage last.
Ada yang accident hilang sebelah kaki.

Masing-masing ada ikhtiar dia.

Jangan sebab awak sihat tak pernah sakit, awak ada insurans company tanggung, awak suruh orang lain tak payah ambil personal takaful macam awak.



Kalau ada yang belum ambil takaful tu, lorongkanlah jalannya untuk ambil. Kita tak mampu tolong dia RM 100,000, tapi kita mampu bagi tau dia untuk buat takaful RM 100,000 😘

Panduan Amalan di Bulan Ramadhan

Crash Course Puasa Ramadhan
Panduan Amalan di Bulan Ramadhan

✅ 39 Mukasurat sahaja
✅ Mudah @simple


Klik ⤵







Cara Melupuskan Face Mask

Sebarkan info grafik ini kepada semua group whatsapp, penduduk perumahan, keluarga berkenaan cara melupuskan 'Face Mask' dan 'Gloves' Terpakai.

Mohon semua penduduk TIDAK MENCAMPURKAN ke dalam TONG/BUNGKUSAN BARANG KITAR SEMULA.




Belajar Mengaji Secara Online - ABATA Facebook

Assalamualaikum Semua, Buat Pertama Kalinya Dilancarkan.

ABATA FaceBook Edition.

ABATA FaceBook Edition adalah koleksi video pengajian bacaan Al-Quran yang diajar secara ABATAWHATSAPP sejak beberapa tahun yang lepas.

Di dalamnya terdapat lebih daripada 50 kuliah beserta video pengajian dan latihan Khusus untuk membantu membaiki bacaan Al-Quran anda di rumah.



Alhamdulillah, lebih 2000 pelajar pernah mengikuti kuliah di WhatsApp & Telegram sejak tahun 2015

Dan mereka dapat improve bacaan mereka melalui kaedah ABATA.

Dan kini, saya buat Pertama kalinya membuka group Facebook ini kepada public. Untuk membantu anda pula menaiktaraf bacaan Al-Quran anda. 

Klik video di bawah untuk tengok apa yang ada dalam ABATA Facebok.



Tak cukup dengan tu, Ustaz Ahmad sendiri akan buat FB Live setiap minggu di dalam bulan Ramadhan untuk anda bertanyakan soalan terus kepada beliau.

Sebelum ni, pelajar-pelajar perlu bayar RM1200 setahun untuk mengikuti pengajian one to one di Whatsapp & Telegram.

Sempena Bulan Ramadhan yang tinggal seminggu sahaja lagi. Saya beri anda akses ke group ini dengan bayaran yang paling mampu milik.

Ya, bayar lah seikhlas hati anda.

Insha'Allah, semoga ia bermanfaat untuk anda semua.

Daftar masuk group di sini;


Semoga Allah swt memilih anda.

Wednesday, April 1, 2020

Doa Amalan Di Antara 2 Khutbah

Sesungguhnya setiap muslim itu adalah bersaudara.

Doa untuk antara 2 khutbah yang boleh kita amalkan setiap minggu;

1. Ya Allah jika disaat ini, ada keluargaku yang sakit, sembuhkan lah dia. آمِيّنْ

2. Ya Allah jika disaat ini ada keluargaku yg bermasalah, berilah jalan keluar untuk dia. آمِيّنْ

3. Ya Allah jika disaat ini ada keluargaku yg kesempitan wang, kau murahkanlah rezekinya. آمِيّنْ

4. Ya Allah jika disaat ini ada keluargaku yg bermasam muka diantara satu sama lain damaikanlah mereka. آمِيّنْ

5. Ya Allah jika disaat ini ada keluargaku yang sesat duniawi, kurniakan Nur kpd dia. آمِيّنْ

6. Ya Allah jika disaat ini ada keluargaku lalai, kurniakanlah Hidayah Mu kpd dia. آمِيّنْ

7. Ya Allah jika di saat ini ada keluargaku yg bersedih hati. kembalikanlah keceriaan diwajahnya. آمِيّنْ

8. Ya Allah jika disaat ini ada keluargaku yg berada dipersimpangan jalan yang berliku, tunjukkanlah jalan yg diredai oleh Mu.

9.Ya Allah engkau jadikanlah keluargaku semua, keluarga yg bahagia.

آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن

Mohon Engkau perkenan dan terimalah doa kami Ya Allah

Empat (4) Situasi Medical Card Jadi USELESS

Nah abg share sikit 4 keadaan yang membuatkan pelan medical card jadi USELESS.

Nak sembang dengan abg pasal life takaful ?





Maklumat Penangguhan Caruman Takaful - Zurich Takaful

Kat sini abg kongsikan infografik berkenaan maklumat penangguhan caruman takaful - Zurich Takaful.

Sila ambil perhatian, bukan semua orang layak buat penangguhan sesuka hati. Perlu buat permohonan secara bertulis beserta dengan supporting documents yang diperlukan ya.

Maklumat dan bantuan lanjut, sila hubungi agent atau wakil Zurich masing-masing.