Friday, April 17, 2020

27 Kesalahan Membaca Surah Al-Fatihah

27 Kesalahan Membaca Surah Al-Fatihah


1. Sebutan huruf ﺏ berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut “Ismillah…”


2. Sabdu pada kalimah ﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana ‘Bismillah’ hendaklah disebut dengan ‘lam tarqiq’ (lam nipis)kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah.


3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilahiRahmaan…”, yang sepatutnya “BismillahiRRahmaan…”.


4. Kesalahan dalam membaca surah al-fatihah seterusnya begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilillahirrahmaaniRahiim”, yang sepatutnya “BismillahirrahmaaniRRahiim”


5. Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia WAJIB dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad ‘Aridh Lissukun.


6. Huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ


7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut “al-hamdulilah”. Sebutan yang betul adalah “Al-hamdulillah…”


8. Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi “Rabil” yang sepatutnya “Rabbil”


9. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ


10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi “Iyaka”. Sebutan yang betul adalah “Iyyaka”.


11. Kesalahan dalam membaca surah al-fatihah seterusnya adalah sebutan huruf ﻉ tidak jelas.


12. Kesalahan sama seperti nombor 10.



13. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ


14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil ‘isymam’.


15. Menyebut “Ehdina…”. Sepatutnya “Ihdina…”.


16. Huruf ﺹ tidak disabdukan.


17. Huruf ﻁ ditukar menjadi huruf ﺕ


18. Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.


19. Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.


20. Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ


21. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ


22. Huruf ﺭ berbaris bawah disebut “Rel”, sepatutnya disebut “Ril”.



23. Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah.


24. Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya.


25. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ


26. Huruf ﺽ tidak disabdukan.


27. Kesalahan dalam membaca surah al-fatihah terakhir adalah apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat.

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D