Friday, March 27, 2020

AIA CARES - Financial Support For Frontliner

Tolong panjangkan INFO ini.

Kepada semua Doktor 👨‍🔬,Jururawat 🧕dan Staff 👨‍🦲🙋‍♀️ di Hospital Rujukan🏨 (KKM) bahagian "frontliner"(Walaupun Bukan Client AIA pun) layak terima "Financial Support" dari AIA Care.
1) Sumbangan RM1,000 apabila diagnose dengan wabak Covid19 sewaktu menjalankan tugas.

2) Pampasan RM10,000 kepada waris seandainya meninggal dunia akibat penyakit Covid 19.

Ini adalah FAEDAH PERCUMA kepada semua doktor, nurse dan staff Hospital KKM bahagian Frontline walaupun anda BUKAN PEMEGANG POLISI AIA. Ini adalah salah satu tanggungjawab sosial terdekat syarikat kami untuk negara Malaysia.

01 Mac 2020 sehingga 30 Jun 2020






Thursday, March 26, 2020

Perlindungan Zurich Takaful Bagi Wabak COVID-19



Zurich Takaful memberi manfaat perlindungan takaful bagi wabak COVID-19. Abg ringkaskan manfaat perlindungan yang boleh dituntut oleh peserta Zurich Takaful;

1. Kematian kerana COVID-19

2. Penyakit kritikal yang disebabkan oleh COVID-19 seperti kegagalan paru-paru tahap akhir.

3. Bayaran caj rawatan hospital berkaitan COVID-19 (Reimbursement)

Bagi manfaat-manfaat yang dilindungi ini, masih tertakluk kepada tempoh bertenang 30 & 60 hari yang berkenaan.

Wednesday, March 25, 2020

Doa Menghindar Daripada Kesusahan

Wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan bermula 18 Mac sehingga 14 April 2020 pastinya sedikit sebanyak telah menggusarkan hati mereka-mereka yang rezekinya adalah dari perniagaan harian seperti peniaga jalanan, pekerja bergaji hari dan lain-lain pekerjaan juga terjejas pendapatan mereka.

Maka, marilah kita ikhtiar memohon kepada Allah dengan berdoa semoga hidup kita dipermudahkan dari kesusahan hutang, perasaan sedih dan dukacita, mahupun kelemahan diri serta keburukan dalam diri.







Boleh dengar doa ini dari UNIC;
https://www.youtube.com/watch?v=8zAIE1_k9EU

Panduan Bayaran Caruman Zurich Takaful Melalui JOMPAY

Panduan Bayaran Caruman Zurich Takaful Melalui JOMPAY

Biller Code : 8425 (Zurich Takaful)
Ref 1 : <Nombor Sijil>
Ref 2 : <Nombor Telefon>


Tuesday, March 24, 2020

Panduan Bayaran Caruman Zurich Takaful Melalui Kad Debit / Kad Kredit

Panduan Bayaran Caruman Zurich Takaful Melalui Kad Debit / Kad Kredit



Dua (2) Link untuk pembayaran;

(Perlu daftar masuk sebagai pelanggan)

























Notis Penting Perkhidmatan Zurich : COVID-19

Notis Penting Perkhidmatan Zurich : COVID-19

Perkhidmatan atas talian (email) bagi perkhidmatan pelanggan Zurich





Perluasan Cawangan Zurich Takaful


Berkuatkuasa 16 Mac 2020, Zurich Takaful telah meluaskan cawangan kaunter perkhidmatan kepada 5 kawasan berikut;

1. Zurich Takaful Butterworth
Alamat Zurich Takaful Butterworth
11 Jalan Raja Uda, Pusat Perniagaan Raja Uda, 12300 Butterworth, Pulau Pinang.

2. Zurich Takaful Kluang
Alamat Zurich Takaful Kluang
15, Jalan Syed Abdul Hamid Sagaff, 86000 Kluang, Johor

3. Zurich Takaful Kuala Terengganu
Alamat Zurich Takaful Kuala Terengganu
PT Lot 3900 Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu

4. Zurich Takaful Muar
Alamat Zurich Takaful Muar
6, Pusat Dagangan Bakri, Jalan Bulatan Bakri, 84000 Muar, Johor

5. Zurich Takaful Segamat
Alamat Zurich Takaful Segamat
Wisma Zurich, Jalan Emas, Taman Batu Hampar, 85000 Segamat,Johor

Perluasan cawangan ini memberikan kemudahan perkhidmatan untuk semua pelanggan dan agent Zurich Takaful.

Zurich Malaysia Sumbang RM 160,000 Kepada Hospital Selayang


24 Mac 2020, Zurich Malaysia telah memberi sumbangan tunai sebanyak RM 160,000 kepada Hospital Selayang bagi pembelian mesin bantuan alat penafasan (ventilator) sebagai tanda usaha bersama menghadapi musibah wabak COVID-19.

Semoga usaha ini dapat membantu pesakit-pesakit COVID-19 dan seterusnya mengurangkan kadar kematian akibat COVID-19.

Sama-sama kita doakan agar wabak pandemik ini segera berakhir.

Link Berita ; 



Senarai 36 Penyakit Kritikal Zurich Takaful



Senarai 36 Penyakit Kritikal Zurich Takaful

1. Alzheimer's Disease/Severe Dementia

2. Angioplasty and Other Invasive Treatments for Coronary Artery Disease

3. Bacterial Meningtis - Resulting in Permanent Inability to Perform Activities of Daily Living

4. Benign Brain Tumor - of Specified Severity

5. Blindness - Permanent and Irreversible

6. Brain Surgery

7. Cancer - of Specified Severity and does not Cover Very Early Cancers

8. Cardiomyopathy - of Specified Severity

9. Chronic Aplastic Anaemia - Resulting in Permanent Bone Marrow Failure

10. Coma - Resulting in Permanent Neurological Deficit with Persisting Clinical Symptoms

11. Coronary Artery By-Pass Surgery

12. Deafness - Permanent and irreversible

13. Encephalitis - Resulting in Permanent Inability to Perform Activities of Daily Living

14. End-Stage Liver Failure

15. End-Stage Lung Disease

16. Full-Blown AIDS

17. Fulminant Viral Hepatitis

18. Heart Attack - of Specified Severity

19. Heart Valve Surgery

20. HIV Infection Due to Blood Transfusion

21. Kidney Failure - Requiring Dialysis or Kidney Transplant

22. Loss of Independent Existence

23. Loss of Speech

24. Major Head Trauma - Resulting in Permanent Inability to Perform Activities of Daily Living

25. Major Organ/Bone Marrow Transplant

26. Motor Neurone Disease - Permanent Neurological Deficit with Persisting Clinical Symptoms

27. Multiple Sclerosis

28. Muscular Dystrophy

29. Paralysis of Limbs

30. Parkinson's Disease - Resulting in Permanent Inability to Perform Activities of Daily Living

31. Systemic Lupus Erythematosus with Severe Kidney Complications

32. Serious Coronary Artery Disease

33. Primary Pulmonary Arterial Hypertension - of Specified Severity

34. Stroke - Resulting in Permananent Neurological Deficit with Persisting Clinical Symptoms

35. Surgery of Aorta

36. Third Degree Burns - of Specified Severity

Senarai 50 Penyakit Kritikal Zurich Takaful

Senarai 50 Penyakit Kritikal Zurich Takaful

1. Alzheimer's Disease/Severe Dementia

2. Apallic Syndrome

3. Bacterial Meningitis – Resulting in permanent inability to perform activities of daily living

4. Benign Brain Tumour – of specified severity

5. Blindness - Permanent and Irreversible

6. Brain Surgery

7. Cancer - of specified severity and does not cover very early cancers

8. Cardiomyopathy - of specified severity

9. Chronic Aplastic Anemia – resulting in permanen bone marrow failure

10. Chronic Autoimmune Hepatitis

11. Chronic Relapsing Pancreatitis

12. Coma – resulting in permanent neurological deficit with persisting clinical symptoms

13. Coronary Artery By-Pass Surgery

14. Creutzfeldt-Jakob Disease 

15. Crohn's Diseases with Fistula

16. Deafness - Permanent and Irreversible

17. Elephantiasis

18. Encephalitis – resulting in permanent inability to perform activities of daily living

19. End-Stage Liver Failure

20. End-Stage Lung Disease

21. Full-blown AIDS 

22. Fulminant Viral Hepatitis

23. Heart Attack - of specified severity

24. Heart Valve Surgery 

25. HIV Infection Due To Blood Transfusion

26. Infective Endocarditis

27. Kidney Failure - requiring dialysis or kidney transplant

28. Loss of Independent Existence

29. Loss of Speech

30. Major Head Trauma

31. Major Organ / Bone Marrow Transplant

32. Medullary Cystic Disease

33. Motor Neuron Disease – permanent neurological deficit with persisting clinical symptoms 

34. Multiple Sclerosis 

35. Muscular Dystrophy

36. Myasthenia Gravis

37. Occupationally Acquired Human Immunodeficiency Virus (HIV) Infection

38. Paralysis of limbs

39. Parkinson's Disease - resulting in permanent inability to perform activities of daily living

40. Pheochromocytoma

41. Poliomyelitis 

42. Primary Pulmonary Arterial Hypertension of specified severity

43. Progressive Scleroderma

44. Serious Coronary Artery Disease

45. Stroke - resulting in permanent neurological deficit with persisting clinical symptoms

46. Surgery to Aorta

47. Systemic Lupus Erythematosus with Severe Kidney Complications

48. Terminal Illness

49. Third Degree Burns - of specified severity

50. Ulcerative Colitis with Total Colectomy

Sunday, March 22, 2020

Medical Card Cover Tak COVID19 ?

Medical card ni cover covid19 tak?

Hurmm.. musim-musim ni, rasanya dah berpuluh kali soalan ni diajukan kat saya..




Lalu saya pun hantar memo dari company takaful. Memo ni dengan jelas mengatakan bahawa company cover je covid19 ni..

TAPI..

Tahukah tuan puan bahawa sekarang ni covid19 hanya akan dirawat di hospital kerajaan?

Ya tuan puan. 

Semua pesakit covid19 sekarang ni hanya akan dihantar di hospital government. Sama mcm pesakit TB. Jika hospital swasta sahkan sakit mereka, mereka perlu segera dihantar ke hosp government.

Maka dengan itu, medical card cashless tidak berguna lagi. Yg berguna ketika ini adalah life coverage. Ada beberapa manfaat anda boleh claim dari life coverage ni..

Soalan saya..

SUDAHKAH ANDA MEMPUNYAI LIFE COVERAGE? (Income Replacement)

Friday, March 20, 2020

Update : Semua Pejabat Zurich Ditutup [22 - 31 Mac 2020]

Kerajaan telah mengumumkan akan mengetatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha untuk mengurangkan penyebaran jangkitan COVID-19 pada satu sidang media tengah hari tadi. 

Antara langkah-langkah yang akan dilaksanakan adalah menggerakkan angkatan tentera untuk membantu pihak polis dan pihak berkuasa tempatan untuk mengawal pergerakan bermula Ahad (22 Mac 2020). 

Untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakan sekerja, ejen/pengedar, pelanggan dan komuniti di sekeliling kita, Zurich memutuskan untuk menutup Ibu Pejabat dan SEMUA cawangan dari 22 Mac sehingga 31 Mac 2020



Yakinilah bahawa kami sedang bekerja keras untuk memastikan operasi dapat berjalan dengan gangguan minima sepanjang tempoh ini. Kakitangan kami akan bekerja dari rumah dan terus menyediakan perkhidmatan kritikal termasuk pemprosesan dan pengendalian tuntutan insurans/takaful, pengeluaran surat jaminan dan pembaharuan tahunan polisi insurans/sijil takaful.

Dengan pengumuman baru ini, anda mungkin akan menghadapi tempoh pemprosesan yang lebih lama bagi permintaan anda. Bagaimanapun, kami terus komited untuk melakukan yang terbaik untuk memenuhi perkhidmatan kami kepada anda. 

Kami juga ingin menggalakkan anda menggunakan perkhidmatan dalam talian seperti MyAccount yang tersedia untuk kemudahan anda. 

Sekali lagi, ingin kami tegaskan betapa pentingnya kita mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, dan mengikuti nasihat Perdana Menteri untuk duduk di rumah dan tidak keluar melainkan sekiranya perlu (contohnya membeli barangan runcit, mendapatkan rawatan kesihatan). 

Kami amat menghargai kerjasama anda untuk membantu sesaling kita untuk kekal selamat dan membendung penyebaran jangkitan COVID-19. 

Notis Operasi Kaunter & Cawangan Zurich Takaful (Perintah Kawalan Pergerakan 2020)

Mohon ambil maklum kepada semua pelanggan Zurich, bermula 20 Mac sehingga 31 Mac 2020 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh kerajaan.

Beberapa kaunter cawangan Zurich (cawangan kecil) akan ditutup sementara manakala kaunter cawangan Zurich seperti di bawah akan beroperasi pada kadar pengoperasian kakitangan minima.

Hanya kaunter cawangan berikut akan dibuka bagi memberikan perkhidmatan kritikal (essential service) dan waktu operasi kaunter adalah dari jam 8.30 pagi sehingga 1.00 tengah hari sahaja.


Sebarang urusan kecemasan yang tidak dapat dielakkan, tuan puan boleh berhubung dengan Agent / Wakil Takaful tuan puan atau terus hubungi Pusat Panggilan Zurich Takaful di talian 1-300-888-622

Friday, March 6, 2020

Claim Kad Hospital - Pantai Hospital Ipoh - H1NI, Respiratory Tract Infection - RM 6,503

Rekod claim kemasukan hospital anak klien abg. Berumur 3 tahun, admit kat Pantai Hospital Ipoh.

Diagnos penyakit H1N1, Respiratory Tract Infection (Flu), Benigh Hyperphosphatasemia of childhood. Kos keseluruhan rawatan hospital sebanyak RM 6,503


Mahal kos rawatan sekarang. Penyakit pun tak boleh nak dijangkakan. Jom ambil medical card untuk anak.

Doktor... Injection Kasi Mati Ada Tak ?

Baru sebentar tadi seorang pesakit tua dalam lingkungan 80-an datang ke bilik rawatan saya ditemani anak lelakinya.

Sepanjang konsultasi dijalankan, saya melihat anaknya tidak berhenti-henti memarahi bapanya yang kelihatan sudah sedikit nyanyuk, namun masih petah berbicara.

Pesakit tua tersebut mengalami masalah pening akibat tersalah memakan ubat yang diberikan, mungkin kerana nyanyuk, ubat kencing manis & darah tinggi beliau saya lihat sudah bercampur aduk.

Timbul rasa kasihan & simpati, saya pun menasihati beliau termasuk anak lelakinya akan kepentingan memakan ubat darah tinggi & kencing manis tepat pada waktunya agar pesakit tidak lagi kepeningan.

Selanjutnya, anaknya meminta agar saya memberikan suntikan bagi menghilangkan pening ayahnya itu. Setelah menilai beberapa risiko lain, saya pun bersetuju untuk memberikan suntikan bagi menghilangkan pening supaya pesakit dapat pulang dalam keadaan selesa.

Saat hendak dicucuk, beberapa kali anaknya menengking bapanya. Bayangkan seorang tua yang sudah hampir mencecah satu abad, dengan pergerakan yang terketar-ketar, & suara yang lemah, pesakit itu berkata, 

"Doktor, injection kasi mati ada tak?"

Anaknya yang sedari tadi menengking-nengking kini terdiam. Termasuk saya.

Bagi menenangkan pesakit itu, saya bertanya,

 "Kenapa pakcik mau itu injection?"

Dia menjawab, 

"Wa sudah tua, takde guna lagi hidup kasi susah orang saja"



Allahu...lihatlah betapa hati & perasaan orang tua ini sudah begitu remuk dengan kerenah anaknya, sehinggakan beliau tidak lagi sanggup hidup.

Saya menenangkan pesakit & anaknya lagi, 

"Pakcik, masa you muda, you sudah jaga you punya anak baik-baik sampai besar, sekarang dia sudah besar, dia punya turn la jaga you. Jangan sedih2 ok?"

Beliau tidak menjawab, hanya dengan berlinangan air mata beliau mengangguk. Anaknya pula sudah mula berdiam diri, mungkin baru tersedar akan perbuatannya yang melampaui batas sebentar tadi.

Sampai saat hendak keluar, pesakit tidak henti-henti mengucapkan terima kasih, & anaknya pula sudah mula memimpin tangan ayahnya untuk keluar dari bilik rawatan, perkataannya juga lebih lembut nadanya.

Wahai anak-anak, berbaktilah kepada kedua ibubapa mu, janganlah pernah jemu melontarkan kata-kata yang lembut kepadanya, & jangan pernah lupa jasa mereka membesarkan mu selama ini.

Kepada mereka yang baru bergelar ibubapa, janganlah pernah melemparkan kata-kata kesat terhadap anak semasa mereka kecil, mana tau nanti saat anda sudah tua tidak berdaya, mereka pula akan melayan anda dengan kasar hasil perbuatan anda sendiri suatu ketika dahulu.

P/s: Cerita di atas adalah kisah benar & tiada yg benar melainkan yg benar belaka, peringatan buat kita semua.

Kredit to Muhammad Uwais 
[Original author link not found]

Jangan Skip Makan Ubat Hospital

Didiagnos ada darah tinggi
Diberi ubat tak dimakan

Diberi temujanji, tak ditepati
Datang sekali lagi, tak sedar diri

Dengan darah beku seketul di kepala, tisu otak pun sudah membengkak...



Boleh kata...jalan cerita macam ni, kira biasa tertulis dalam borang permintaan CT scan kepala.

Tak pernah tak sedih..
Tak pernah tak rasa ralat..

Namun lebih terasa bila mangsanya adalah anak muda yang umurnya awal 20-an.

Sering juga, sambil kami menilik imej hitam putih kelabu otak berdarah pada skrin, terlintas di dalam hati.

Boleh survive ke tak dia ni?
Kalau survive, boleh function macam asal ke, or will they be like vegetables?
Sangat depressing kan nak fikir-fikir macam tu.

Ya, kerja hospital bukan semata warna warni pelangi morning glory.

Jangan skip makan ubat hospital ya

Kos Makanan Tambahan Pesakit Kanser

Ini adalah antara makanan tambahan untuk pesakit kanser yang disyorkan oleh doktor. Paling murah, RM 35 satu tin 400g.



Setiap tin akan habis dalam sehari. Ini bermakna sebulan pesakit akan guna sekurang-kurangnya 30 tin.

Tuan-tuan...
Mari kita buat simple math. 

RM35 x 30 hari = RM1,050

Itu baru susu tuan-tuan.. Belum kira diapers, ubat-ubat yang perlu dibayar, alas katil khas, dan macam-macam lagi..

Masa diuji dengan sakit kritikal ini lah, perbelanjaan harian kita akan meningkat mendadak. Sebab tu tuan-tuan perlu ada perlindungan sakit kritikal minimum antara 3-5 tahun gaji. Masa diuji sakit itu, kita dah tak mampu nak bekerja. Maka manfaat sakit kritikal inilah yang akan “memberi gaji” kita selama tempoh itu.

The struggle is real. Dah byk family yang terpaksa bergolok bergadai demi sebuah kesembuhan.. Adakah anda bersedia? 😞

Dapatkan pelan Takaful CancerCare dan Takaful Penyakit Kritikal dengan abg jom.

Rawatan Awal Kelecuran / Melecur

Selalu kami dapat kes macam ni di hospital.

Kesian tau, luka melecur begini sakitnya melampau. Biasanya anak kecil sampai menangis meraung-raung sebab tak tahan sakit.



Sekiranya berlaku di rumah, samada melecur terkena air, kuah atau wap panas, kalian usahalah jangan panik. Cuba bertenang dan kawal keadaan.

Ini beberapa rawatan awal yang boleh kalian lakukan:

1. Segera menjauh dari punca bahaya tu. Alihkan anak kalian dari tempat tu.

2. Cari pili air, dan alirkan air bersih sekurang-kurangnya selama 20 minit untuk mengurangkan haba dan rasa sakit pada kesan lecuran tu. Dalam masa sama, ia boleh mengelakkan kecederaan pada lapisan tisu yang lebih dalam.

3. Usah sapu apa-apa bahan pada kawasan lecuran tu. Madu ke, mentega ke, minyak gamat ke, telur ke, ubat gigi ke, tak kisahlah apa pun, please JANGAN!

Langsung tak bermanfaat dan tindakan tu boleh menyebabkan risiko jangkitan kuman berlaku.

Silap haribulan, jangkitan kuman merebak ke dalam darah, lantas berlaku komplikasi pada organ penting dalam badan. Seram weh!

4. Kalian boleh berikan ubat paracetamol pada anak untuk kurangkan rasa sakit melecur. Tapi jika sakit tu berlarutan, usah tunggu.

Atau jika ada tanda-tanda jangkitan kuman pun sama. Kalian terus bawa anak ke fasiliti kesihatan terdekat untuk dapatkan rawatan selanjutnya.

Please ya, rawatan awal yang kalian berikan sangat-sangat penting. Ingatkan hal ini pada semua ahli keluarga terdekat ya, sebab kes macam ni boleh berlaku pada sesiapa saja.