Friday, February 28, 2020

Petua Sakit Tekak Tonsilitis

MINUM AIR SUAM APABILA SAKIT TEKAK TONSILITIS

Tonsil adalah kelenjar yang berada di belakang mulut dan bahagian atas tekak. Mereka membantu untuk menapis kuman bagi untuk mencegah jangkitan dalam badan. Ini bermakna sebelum kuman masuk dalam badan melalui jangkitan pada mulut dan tekak, tonsil akan membengkak supaya antibodi dapat membunuh kuman tersebut.

Pada mulanya, bengkakan tonsil mungkin tidak menimbulkan rasa sakit dan tidak perlu dirawat dengan ubat antibiotik. Ini kerana jangkitan kuman itu tidak kuat dan sistem daya tahan tubuh dapat membunuh semua kuman tanpa masalah.


Bagi mereka, cara terbaik ialah dengan minum air mineral yang tidak sejuk secukupnya antara 1.5-2.0 L. Air dan mineral dapat membantu meningkat sistem daya tahan dalam tubuh. Selain dari air mineral, mereka juga digalakkan minum air suam seperti teh halia atau teh lemon yang suam, kerana ia memberikan kelegaan dan menggalakkan penyembuhan.

Air sejuk seperti jus yang sejuk atau aiskrim biasanya digalakkan pada pesakit yang baru saja menjalani pembedahan buang tonsil kerana air yang sejuk dapat menghentikan pendarahan akibat tisu disekeliling tonsil yang cedera akibat pembedahan.

Pesakit juga boleh berkumur dengan air garam yang suam atau menggunakan sebarang antiseptic yang boleh digunakan untuk berkumur. Menghisap lozenges (mengandungi bahan benzokain) adalah untuk mengurangkan rasa sakit, bukannya rawatan untuk membunuh kuman. Lozenges juga tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak kerana dibimbangi mengalami risiko tercekik.

Ubat tahan sakit dan ubat demam seperti paracetamol dan panadol (acetaminophen) boleh diberikan jika pesakit merasa sakit ketika menelan dan mengalami demam yang tidak tinggi.

Sesetengah orang yang mengalami jangkitan kuman pada tonsil yang berulang mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang tonsil (tonsillectomy).

Suplemen seperti vitamin C dan E boleh digunakan. Ia tidak bertindak sebagai rawatan membunuh kuman tetapi membantu mempercepatkan penyembuhan.

Tanda-tanda tonsillitis yang mungkin bahaya dan perlukan pemeriksaan doctor dan diberikan rawatan ubat antibiotik ialah :

1. Air liur yang meleleh secara berlebihan pada anak kecil

2. Demam, terutama pada suhu 101 ° F atau lebih tinggi

3. Nanah di bahagian belakang tekak

4. Ruam merah yang kasar, terutama pada lipatan kulit

5. Kesukaran menelan sehingga tidak selera untuk makan

6. Mengalami masalah pernafasan yang teruk

7. Kelenjar di leher yang membengkak dan rasa sakit

Kesimpulannya tonsillitis hanya perlu rawatan antibiotic jika doctor merasakan ia adalah jangkitan kuman bakteria dan berada di peringkat memerlukan. Bagi pesakit saya yang mengalami rasa sakit tekak, banyakkan minum air suam. Insya ALLAH ubat antibiotic dapat dielakkan.

Post Asal: Dr Zubaidi Ahmad

Rujukan : Tonsils and adenoids. Wetmore RF. In: Kliegman RM, Behrman RE, Jenson HB, Stanton BF, eds. Nelson Textbook of Pediatrics.19th ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier; 2011:chap 375.

Pengalaman Menjaga Arwah Suami (Kanser Limfoma)

Assalamualaikum w.b.t

Sedikit perkongsian buat anda diluar sana...

Pengalaman saya menjaga arwah suami yang menghidap kanser selama 3 tahun menyebabkan saya terpanggil untuk tekankan pada korang betapa pentingnya PLAN PENGGANTIAN GAJI ni...

Banyak perbelanjaan luaran yang perlu ditanggung, kerana jika korang ada Medical Card 1 Billion pon limitnya...

Ia masih tak membantu urusan kelangsungan hidup sebaiknya kerana perbelanjaan di luar hospital lebih banyak diperlukan untuk bayar segala komitmen hutang loan segala sedia ada, belum lagi kira bab ubat-ubatan, supplement, susu, pampers, bahan rawatan sampingan dan macam-macam lagi..😧



Itu semua memerlukan duit yang sgt banyak...

Dan sebagai contoh, anda tidak boleh bawa MEDICAL CARD tu pegi bank ke untuk bayar segala komitmen tau... Faham ke faham ?

Untuk pastikan pesakit dapat diberi rawatan sebaiknya disini pentingnya kena ada pampasan takaful dengan nilai yang tinggi, terutama pampasan untuk Sakit Kritikal...Pampasan tunai yang dibayar pada anda, bukan pada pihak hospital.

(tak faham,sila tanya saya)

Pampasan ini bukan sahaja untuk si pesakit ,tapi juga untuk si penjaga itu kelak bagi meringankan beban semua yang terlibat tanpa menyusahkan sesiapa.

Emosi yang sangat giler kuat diperlukan dalam menjaga seseorang yang tengah sakit kritikal jika tiada kewangan yang mencukupi ia pasti lebih memeritkan...

Hanya yang pernah lalui saat ini akan lebih memahami.

Pesan saya,
jadikanlah kisah org lain sbg iktibar & tauladan...
jadikan garis panduan agar anda dapat beringat dgn merancang sebaiknya PLAN PENGGANTIAN GAJI korang tu..

Untuk korang laluinya sendiri, ia belum tentu semudah yang disangka.



Al-Fatihah buatmu Allahyarham Mohd Fauzi Mansor...
jika ada yang mendapat kebaikan dari perkongsian ini, moga pahala itu dialirkan buatmu. Aminnnn...

Post Asal: Juliana Amirullah

Panduan Untuk Peminjam Bank Menentang Ketidakadilan Tindakan Bank

Jika anda mengalami masalah pinjaman dengan pihak bank seperti bank mahu mengambil tindakan melelong atau membankrapkan anda, anda boleh merujuk masalah anda kepada Establishmen Tribunal Timbangtara Malaysia (MATE).

Dengan bayaran serendah RM10, anda boleh mewakili diri anda sendiri dalam menentang tuntutan pihak bank di Tribunal ini.

Presiden MATE, Y. Bhg Dato’ Munsyi Muslim Bin Yacob berkata, banyak kes melibatkan ketidakadilan yang dilakukan oleh pihak bank ke atas peminjam yang hanya menindas dan mahu menghukum peminjam.

Banyak peminjam yang tidak mampu mengupah peguam dan hanya pasrah dengan tindakan yang bakal dikenakan oleh pihak bank. Justeru, beliau menggesa peminjam supaya tampil dan bawa kes mereka ke MATE untuk diadili.



Bertemakan “Tegas Dan Saksama”, MATE bertindak sebagai orang tengah untuk mengadili kes-kes yang melibatkan pertikaian antara peminjam dengan bank.

Dalam sidang media hari ini bersama PPIM, beliau membidas sikap sesetengah bank yang menggunakan nama “Islamic Banking” tetapi tidak patuh syariah.

“Bank-bank ini hanya menggunakan nama Islam sahaja tetapi menindas peminjam. Saya gesa kerajaan tarik semula lesen perbankan islam kepada bank-bank begini.”

Pihak MATE melalui Presidennya akan memilih atau melantik seorang Penimbangtara dari senarai Panel yang berkelayakan bagi mendengar sebarang rujukan tanpa prasangka atau berat sebelah.

Dalam mana – mana rujukan kepada MATE atau Penimbangtara, mana – mana pihak boleh memohon untuk rujukan kepada MATE melalui suatu borang khas yang dikenali sebagai Borang MATE / KL – 05 / 2006 dengan menyertakan bayaran tidak kurang daripada RM10.

MATE dikawal selia di bawah Kaedah-Kaedah Establishmen Tribunal Timbangtara Malaysia 2006.

Jika anda mahu membuat aduan kepada MATE, anda boleh menghubungi nombor di bawah atau terus ke pejabat mereka di:-

Penolong Pendaftar Kanan
(Unit Rujukan & Pendaftaran)
Arbitrasi & A.D.R Kuala Lumpur
Establishmen Tribunal Timbangtara Malaysia (MATE)
No. 23-2 Lorong 6A/91,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Cheras, Kuala Lumpur.
Tel: 03 - 4292 6399 / 03-9283 6399
Fax: 03 - 9283 4444



Posting Asal : Jumpa Kat Mahkamah

Cara Buat Aduan Penghinaan Terhadap Islam & Rasulullah

ANDA TERIMA ATAU TERLIHAT PENGHINAAN TERHADAP ISLAM & RASULULLAH SAW DI MEDIA SOSIAL?


LAPORKAN ADUAN KE JABATAN AGAMA ISLAM MALAYSIA (JAKIM) MELALUI:

Whatsap: 010-300.5260 atau emel: aduan@islam.gov.my

Klik di SINI untuk terus whatsapp


Cara Cetak Penyata Pelepasan Cukai Caruman Takaful Tahun 2019


Kepada pelanggan Zurich Takaful semua, dah boleh cetak Penyata Pelepasan Cukai Caruman Takaful Tahun 2019. Caranya hanya ikut gambar kat atas, rujuk yang aliran CUSTOMER.

Log masuk ke portal MyAccount Zurich Takaful kat SINI.

Had pelepasan tahun 2019

- Takaful Perubatan : RM 3,000
- Takaful Hayat : RM 3,000 (Selain penjawat awam berpencen) , RM 7,000 (Penjawat awam berpencen)

Sunday, February 16, 2020

Bila Suami Tiba-Tiba Terlantar Sakit Stroke...

Aku pernah merasa hidup sangat sempurna.

Punya suami untuk berlindung dan berharap.
Punya keluarga kedua belah yang rapat dan berkasih sayang.

Aku punya kerjaya dan pendapatan tetap, yang bila hujung bulan pun bakinya masih banyak. Kerana itu aku tidak pernah peduli bagaimana suami mengatur keluarga kami.

Tidak pernah ambil tahu perkara lain kecuali rumahtangga dan anak-anak. Yang aku tahu semua benda beres.

Kereta beres.
Makan minum beres.
Program hujung minggu beres.

Di sini silapnya aku, kesilapan terbesar dalam hidupku.

Iaitu meletakkan pengharapan pada manusia.




Disaat suami tidak sedarkan diri, hari pertama aku tak tentu arah. Minggu pertama aku mula gelabah,

Mahu telefon siapa?
Mahu cari siapa untuk minta pertolongan?
Orang yang tidak pernah berkata "tidak boleh" telefonnya di tangan aku. Dia disana terbaring tanpa sedar.

Biasa bagi aku tinggal pesan yang panjang lebar, mahu itu ini, begitu begini menurut kemahuanku. Dan aku hanya mahu jawapan "OK", sepatah yang bermaksud aku tak perlu fikir lagi apa-apa.

Aku mula terasa dunia membelakangi aku, manusia-manusia yang aku harapkan rupanya tidak semua boleh diharapkan. Aku kehilangan sokongan paling besar, saat itu tanggungjawab 100% di atas kepala ku, hingga lah ke saat ini.

Selepas stroke suamiku hilang pekerjaan yang dia dedikasikan 90% dari hidupnya. Makan, mandi, tidur pun kadang kat kedai sampai cuti pun kami anak beranak duduk di kedai. Hilang pendapatan, hilang upaya dan hilang juga sebahagian dari orang-orang terdekatnya.

Orang kata bila kita susah, hanya yang benar-benar ikhlas akan mendekat. Dan itu adalah BENAR.

Pernah Saiful ambil insurans, lepas itu bila tahu tentang takaful dia tamatkan insurannya. Belum sempat ambil takaful, dia kena stroke.

Maka cabaran kami adalah bermula dari hidup dan akaun yang kosong. Yang ada adalah hutang-piutang. Saiful tiada pampasan walaupun sesen, mujur KWSP dapat dikeluarkan buat bayar hutangnya. Dan di saat pencen ilat Perkesonya lulus aku manusia paling bahagia, RM600 sebulan terasa sangat besar kerana ia juga adalah harga sekotak besar lampin pakai buang yang terpaksa dibeli setiap bulan.

Apabila diambil balik semua yang pernah ada aku sangat kecewa. Kecewa yang menyebabkan aku menangis terlalu banyak dan tidak tidur berhari-hari. Aku sangat yakin aku sudah berada di ambang kemurungan. Bayangan mahu mati bermain-main setiap masa. Namun ia juga pengalaman dan pengajaran mahal.

Namun yang paling benar adalah segala titik pengharapan hanyalah pada tuhan. Apabila dibuangkan harapan pada manusia baru lah hidup lebih tenang. Aku dibantu dengan minyak terapi untuk memaafkan diri aku yang lalai dulu, membuang pergantungan pada orang tertentu barulah jiwa aku tenang. Baru lah boleh fokus pada rawatan suami.

1. Jangan mengharapkan majikan akan bantu, urus sendiri segala urusan rasmi. Bukan dia yang susah, jadi dia tak rasa. Setakat hilang seorang pekerja esoknya dia dah jumpa pengganti. Jadi 'move on', tak guna mengharap orang nak tolong kita.

2. Gunakan Internet untuk mendapatkan nombor telefon pejabat-pejabat rasmi, laman rasmi di Facebook juga sangat membantu. Pastikan telefon sendiri atau hadir sendiri untuk maklumat yang lebih tepat, tak perlu buat kerja banyak kali atau memesan-mesan pada orang lain.

3. Buat rombakan besar-besaran pada pola perbelanjaan, jual apa yang tidak di perlukan untuk menambah aliran wang. Tukar kereta yang lebih menjimatkan. Wang diperlukan untuk kos rawatan dan jagaan yang lebih mustahak. Kalau mampu buat kerja sampingan untuk memastikan kita ada wang untuk beli makanan selain perbelanjaan rumah.

4. Elakkan dan putuskan hubungan dengan manusia yang toksik. Bagi aku ini adalah sangat penting untuk menjaga mental , ini bukan bermaksud cari gaduh atau memutuskan silaturahim. Cuma kalau orang begini datang cari, kita perlu bersedia untuk 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'. Jangan biar perkara negatif mengganggu mental, tahan lidah dan mulut dari menjawab dengan cara banyakkan senyum dan mengangguk sahaja.

5. Ini perkara yang aku sedar selepas bersama-sama rakan senasib yang suami mereka stroke. Takaful dan hibah sangat-sangat penting. Ada orang yang mentua dan ipar duainya dari neraka, yang mahu tuntut semua rumah dan harta suami sedangkan suami masih ada isteri dan anak-anak apatah lagi nak tolong sara jauh sekali. Duit pampasan sangat penting untuk mula kan hidup balik.

Ingat walaupun duit bukan segala-galanya, tapi segalanya perlukan duit. Duit boleh menjadikan manusia mulia, namun duit juga jadi punca sehina-hina manusia. Jadi kita pilih lah yang sederhana , cukup untuk hidup selesa dengan keluarga pun dah okay. Disebalik ujian itu ada rahmat yang tak tersangka-sangka.

Panjangnya?

Coretan : Jiha Shuib

Wednesday, February 12, 2020

Tindakan Apabila Berlaku Kecuaian Perubatan

Tahukah anda apa yang perlu dilakukan dalam situasi kecuaian perubatan?

Jika pegawai perubatan anda atau keluarga terdekat anda cuai dalam menjalankan tugas mereka dan mendatangkan kecederaan atau kerugian kepada anda atau keluarga terdekat, anda boleh mengambil tindakan atas kecuaian mereka.

Terdapat 4 elemen yang harus dipenuhi jika anda ingin menyaman kecuaian pegawai/pusat perubatan yang merawat anda.

1) Tanggungjawab menjaga
Contoh Dr Mahmud dan Suraya mempunyai hubungan doktor-pesakit, jadi Dr Mahmud mempunyai tanggungjawab menjaga dan merawat Suraya.

2) Pelanggaran penjagaan standard 
Jika Dr Mahmud sebagai seorang doktor tidak menjalankan tugas seperti standard seorang pegawai perubatan, Dr Mahmud boleh dipertanggungjawabkan. 

Contoh, semasa pembedahan Dr Mahmud secara tidak sengaja cuai dan meninggalkan surgery gauze di dalam abdomen Suraya.



3) Pelanggaran penjagaan tugas
Dr Mahmud mempunyai tanggungjawab dari sudut undang-undang untuk tidak mencederakan sesiapa sepanjang menjalankan tugas sebagai seorang doktor. Tetapi, memandangkan beliau cuai, Dr Mahmud dan Hospital ABC yang merawat Suraya boleh disaman.

4) Kecuaian menyebabkan kerosakan
Contoh, Suraya demam panas selama dua minggu selepas pembedahan dan rawatan lanjut menunjukkan terdapat gauze di dalam abdomen Suraya. 

Kerana rawatan yang berterusan menyebabkan Suraya harus menanggung kos perubatan yang berlebihan. Kos rawatan ini tidak perlu jika Dr Mahmud tidak cuai.


Di sini, Dr Mahmud telah berlaku cuai dalam memberi rawatan kepada Suraya dan Dr Mahmud serta Hospital ABC boleh disaman akibat kecuaian beliau.

Tapi sebelum anda menyaman pegawai perubatan yang cuai, anda harus mendapatkan laporan perubatan, rekod perubatan serta gambar atau apa sahaja yang penting sebagai bukti kecuaian. 

Kemudian, rekod dan laporan ini dihantar ke expert dalam bidang perubatan untuk mengesahkan memang terdapat kecuaian. Jika terdapat kecuaian, anda boleh mendapatkan khidmat peguam untuk menuntut ganti rugi. Antara ganti rugi yang boleh dituntut ada kos-kos perubatan, atau jika kecederaan akibat kecuaian adalah kekal, anda boleh menuntut ganti rugi untuk pendapatan masa hadapan.

Jika pusat perubatan enggan memberikan rekod/laporan perubatan, jangan risau, anda mempunyai hak di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA 2010) untuk menuntut laporan/rekod perubatan tersebut.

Anda harus ingat, tindakan undang-undang harus dilakukan dalam masa 6 tahun selepas anda melaporkan kecuaian berlaku. Dan 3 tahun untuk hospital kerajaan

Contoh, Suraya melaporkan kecuaian ini pada 2 Februari 2020, maka Suraya mempunyai tempoh sehingga 2 Februari 2026 untuk menyaman Dr Mahmud dan Hospital ABC kerana kecuaian itu. Jika Suraya menyaman Dr Mahmud dan Hospital ABC pada 3 Februari 2026, Suraya sudah kehilangan hak untuk menyaman mereka. Kebiasaanya, pihak mahkamah juga tidak akan melayan permohonan saman tersebut.

Tulisan: Hafidzah Hassan
Dipetik dari posting: 
NHA advocates & solicitors

Kekayaan Tanpa Makna

Kekayaan Tanpa Makna



Gambar yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Mageswaran Spotomoni ini diambil di Hospital daerah Harbin di China. Pesakit kanser yang membawa beg penuh berisi wang meminta doktor untuk menyelamatkan nyawanya dan dia mempunyai banyak wang untuk membayarnya.

Tetapi doktor mengatakan dia tidak boleh melakukan apa-apa kerana kansernya berada di peringkat akhir.

Dia sangat marah dan begitu kecewa lantas melemparkan wang ke seluruh koridor hospital itu sambil berteriak

 "Apa gunanya memiliki wang?"

Wang tidak boleh membeli kesihatan, wang tidak boleh membeli masa, wang juga tidak boleh membeli kehidupan.

Kisah ini masuk akal untuk difikirkan sebagai pengajaran. Kita masih diberi kesempatan untuk mengekalkan kesihatan yang baik sementara kita mempunyai masa dan wang.

Mesej penting yang boleh dikutip dari cerita ini menunjukkan bahawa kesihatan adalah kekayaan yang sebenar. Sihat lebih penting berbanding menjadi kaya !

Sunday, February 9, 2020

Senarai Penyakit Kritikal Di Bawah Pelan Zurich Takaful

Terdapat 2 jenis rider coverage penyakit kritikal Zurich Takaful.

Satu rider cover 36 senarai penyakit kritikal, dan
Satu rider cover 50 senarai penyakit kritikal.

Rujuk polisi masing-masing untuk semak sama ada cover 36 atau 50 penyakit kritikal.





Senarai 36 Penyakit Kritikal Zurich Takaful

1. Alzheimer's Disease/Severe Dementia

2. Angioplasty and Other Invasive Treatments for Coronary Artery Disease

3. Bacterial Meningtis - Resulting in Permanent Inability to Perform Activities of Daily Living

4. Benign Brain Tumor - of Specified Severity

5. Blindness - Permanent and Irreversible

6. Brain Surgery

7. Cancer - of Specified Severity and does not Cover Very Early Cancers

8. Cardiomyopathy - of Specified Severity

9. Chronic Aplastic Anaemia - Resulting in Permanent Bone Marrow Failure

10. Coma - Resulting in Permanent Neurological Deficit with Persisting Clinical Symptoms

11. Coronary Artery By-Pass Surgery

12. Deafness - Permanent and irreversible

13. Encephalitis - Resulting in Permanent Inability to Perform Activities of Daily Living

14. End-Stage Liver Failure

15. End-Stage Lung Disease

16. Full-Blown AIDS

17. Fulminant Viral Hepatitis

18. Heart Attack - of Specified Severity

19. Heart Valve Surgery

20. HIV Infection Due to Blood Transfusion

21. Kidney Failure - Requiring Dialysis or Kidney Transplant

22. Loss of Independent Existence

23. Loss of Speech

24. Major Head Trauma - Resulting in Permanent Inability to Perform Activities of Daily Living

25. Major Organ/Bone Marrow Transplant

26. Motor Neurone Disease - Permanent Neurological Deficit with Persisting Clinical Symptoms

27. Multiple Sclerosis

28. Muscular Dystrophy

29. Paralysis of Limbs

30. Parkinson's Disease - Resulting in Permanent Inability to Perform Activities of Daily Living

31. Systemic Lupus Erythematosus with Severe Kidney Complications

32. Serious Coronary Artery Disease

33. Primary Pulmonary Arterial Hypertension - of Specified Severity

34. Stroke - Resulting in Permananent Neurological Deficit with Persisting Clinical Symptoms

35. Surgery of Aorta

36. Third Degree Burns - of Specified Severity


Senarai 50 Penyakit Kritikal Zurich Takaful

1. Alzheimer's Disease/Severe Dementia

2. Apallic Syndrome

3. Bacterial Meningitis – Resulting in permanent inability to perform activities of daily living

4. Benign Brain Tumour – of specified severity

5. Blindness - Permanent and Irreversible

6. Brain Surgery

7. Cancer - of specified severity and does not cover very early cancers

8. Cardiomyopathy - of specified severity

9. Chronic Aplastic Anemia – resulting in permanen bone marrow failure

10. Chronic Autoimmune Hepatitis

11. Chronic Relapsing Pancreatitis

12. Coma – resulting in permanent neurological deficit with persisting clinical symptoms

13. Coronary Artery By-Pass Surgery

14. Creutzfeldt-Jakob Disease 

15. Crohn's Diseases with Fistula

16. Deafness - Permanent and Irreversible

17. Elephantiasis

18. Encephalitis – resulting in permanent inability to perform activities of daily living

19. End-Stage Liver Failure

20. End-Stage Lung Disease

21. Full-blown AIDS 

22. Fulminant Viral Hepatitis

23. Heart Attack - of specified severity

24. Heart Valve Surgery 

25. HIV Infection Due To Blood Transfusion

26. Infective Endocarditis

27. Kidney Failure - requiring dialysis or kidney transplant

28. Loss of Independent Existence

29. Loss of Speech

30. Major Head Trauma

31. Major Organ / Bone Marrow Transplant

32. Medullary Cystic Disease

33. Motor Neuron Disease – permanent neurological deficit with persisting clinical symptoms 

34. Multiple Sclerosis 

35. Muscular Dystrophy

36. Myasthenia Gravis

37. Occupationally Acquired Human Immunodeficiency Virus (HIV) Infection

38. Paralysis of limbs

39. Parkinson's Disease - resulting in permanent inability to perform activities of daily living

40. Pheochromocytoma

41. Poliomyelitis 

42. Primary Pulmonary Arterial Hypertension of specified severity

43. Progressive Scleroderma

44. Serious Coronary Artery Disease

45. Stroke - resulting in permanent neurological deficit with persisting clinical symptoms

46. Surgery to Aorta

47. Systemic Lupus Erythematosus with Severe Kidney Complications

48. Terminal Illness

49. Third Degree Burns - of specified severity

50. Ulcerative Colitis with Total Colectomy