Tuesday, December 24, 2019

Petua Kurangkan Penyakit Serangan Jantung

Tulisan ini dipetik dari nukilan Dr. Hamid Arshat 

--------

PETUA INI MUNGKIN BOLeH BANTU KURANGKAN SAKIT SERANGAN JANTUNG

Dua orang muda anak-anak kawan lama saya dalam lingkungan umur 40an telah meninggal secara mengejut. Biasanya punca utama ialah penyakit serangan jantung atau heart attack. Serangan angin ahmar atau stroke juga boleh menyebabkan kematian mengejut tapi lebih sering menimpa golongan warga emas.

Mengapa serangan jantung?

Bermula sebagai atherosclerotic, iaitu timbunan cholesterol pada dinding saluran darah kepada jantung. Peroses ini berlaku perlahan-perlahan dan berterusan sehingga ia menyumbatkan semua saluran-saluran darah ke jantung.


Bila sumbat, bekalan oksigen ke jantung tersekat dan menyebabkan kerosakkan otat Jantung digelar "myocardial infarct". Jantung berhenti mengepam darah dan bekalan oksigen keseluruh badan tersekat. Kematian berlaku bila tiada oksigen ke otak.

Mari kita berusaha menjauhkan;

1. Kawal berat badan , jangan jadi gemok atau obesity.

2. Kawal makan, khususnya karbohidrat, gula dan lemak.

3. Amalkan exercise 30 minit setiap hari.

4. Buat ujian darah "comprehensive blood profile" untuk mengesan kelainan dalam berbagai ukuran biokimia badan sebelum jadi penyakit, khususnya tahap gula, cholesterol dan lain-lain fungsi organ penting saperti buah pinggang , hati, jantung dan lain2.

Bila capai umur 40an buat ujian tersebut dua tahun sekali, dan buat setiap tahun bila umur 50 tahun keatas.

4. Amalkan makan Multivitamins dan vit C, antioxidants, supplements yang mengandungi resvereterol saperti biji anggur.

5. Banyakkan makan sayur-sayur hijau dan buah-buahan berwarna warni.

6. Makan makanan yang anti inflammatory, kunyit, halia, bawang dan lain-lain dan bolih bantu cegah atherosclerosis.

7. Makan ubat penawar sakit bila perlu seperti sakit kepala. Selain dari meredakan sakit dan mengawal demam, ubat-ubat seperti panadol, aspirin dan lain-lain ada kesan pencair darah dan boleh bantu cegah atherosclerosis.

8. Cukup rehat dan cukup tidur. Badan dan minda kita berhak untuk berehat. Tidur selama 5 - 7 setiap hari.

9. KAWAL STRESS DAN EMOSI.
Tersangat penting. Banyakkan sabar, beristigfar, banyakkan bersyukur Alhamdulillah. Kawal marah, dendam dan jangan berletir. Jangan bersungut dan suka complaint. Jangan murung, ceria selalu.

Saya bukan pakar sakit jantung, hanya ingin berkongsi maklumat yang mungkin beri manfaat. 

Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D