Tuesday, December 31, 2019

Tak Pergi Hospital Bukan Kerana Takut Ubat, Tapi Kerana Takut Bil Hospital

Admit hospital 2-3 malam.
Doktor pakar datang melawat 2x sehari, sekali melawat dalam 5-10 minit.


Keluar wad, bil tak lari empat ribu (4,000).
Itulah dia kos rawatan, keselesaan dan kepantasan


Orang tak takut makan ubat
Orang tak takut kena injection
Orang cuma takut pada kos bil rawatan
Sekali bil ratus-ratus pun dah rasa perit
Apa lagi bila bil cecah puluh ribu ringgit
.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Claim Kad Hospital - Pantai Hospital Ipoh - H1N1 & Hyperphosthatasemia - RM 6,502

Bil rawatan anak-anak zaman sekarang.
Bermula dengan demam on off.
Diagnos dengan H1N1 dan influenza.

Bil rawatan 4 hari, RM 6,502



Tuan-tuan yang takda amek medical card untuk anak, RM 6,500 ni terpaksa kumpul duit untuk setahun gaji. 

Itu pun catu sana, catu sini. Jadi, apa kata join amek medical card dengan abg.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Sales Cycle - En Burn - ZT KL 27/10/2019

Interested VS Committed

Konsep presentation orang lidi


Buyer motive : Buy the benefit, not the features

Konsep kawan;
Kawan baik
Kawan susah senang
Kawang sehidup semati

Prospect Segmentation
Income >5,000
Income 2,000 - 5,000
Income <2,500

Konsep Discounted Dollar

Life polisi =/ Nyawa

Life polisi = kehidupan, economic value concept

Asas hidup;
- makan minum
- tempat tinggal
- pakaian
- pendidikan asas

Penuhi asas hidup melalui KERJA atau BERNIAGA
Kunci keduanya, KESIHATAN

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Selamat Datang Tahun 2020

Berakhirnya 2019 dan bermulanya 2020.

Apa yang kita rancang, kadang tak seindah yang dibayangkan.



Semoga usaha kita tahun lalu diberkati Allah dan dikurniakan kekuatan untuk kita menghadapi cabaran tahun yang mendatang.

Tahun baru, bukan bermaksud usia kita bertambah. Sebaliknya baki usia kita semakin sedikit. Tingkatkan amal ibadah selari dengan peningkatan umur kita.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, December 24, 2019

Cara Lajukan Komputer

Kat sini abg nak sharekan infografik beberapa cara untuk lajukan komputer selain daripada format semula komputer. Format komputer memang kerja mudah, tapi sangat renyah nak kena install semua dari awal. Lagi-lagi kalau dah banyak install software dan banyak dokumen penting dah ada dalam komputer.










Abg dah cuba beberapa cara kat atas, ada la sikit efek positif pada laptop abg.

1. Kurangkan startup
2. Install antivirus (beli code activation kat shoppe je, bawah RM 10). Sebelum ni abg cuma pakai antivirus SmadAV, laptop agak slow.
3. Install Disk Defraggler
4. Always kosongkan recycle bin seminggu sekali

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Petua Kurangkan Penyakit Serangan Jantung

Tulisan ini dipetik dari nukilan Dr. Hamid Arshat 

--------

PETUA INI MUNGKIN BOLeH BANTU KURANGKAN SAKIT SERANGAN JANTUNG

Dua orang muda anak-anak kawan lama saya dalam lingkungan umur 40an telah meninggal secara mengejut. Biasanya punca utama ialah penyakit serangan jantung atau heart attack. Serangan angin ahmar atau stroke juga boleh menyebabkan kematian mengejut tapi lebih sering menimpa golongan warga emas.

Mengapa serangan jantung?

Bermula sebagai atherosclerotic, iaitu timbunan cholesterol pada dinding saluran darah kepada jantung. Peroses ini berlaku perlahan-perlahan dan berterusan sehingga ia menyumbatkan semua saluran-saluran darah ke jantung.


Bila sumbat, bekalan oksigen ke jantung tersekat dan menyebabkan kerosakkan otat Jantung digelar "myocardial infarct". Jantung berhenti mengepam darah dan bekalan oksigen keseluruh badan tersekat. Kematian berlaku bila tiada oksigen ke otak.

Mari kita berusaha menjauhkan;

1. Kawal berat badan , jangan jadi gemok atau obesity.

2. Kawal makan, khususnya karbohidrat, gula dan lemak.

3. Amalkan exercise 30 minit setiap hari.

4. Buat ujian darah "comprehensive blood profile" untuk mengesan kelainan dalam berbagai ukuran biokimia badan sebelum jadi penyakit, khususnya tahap gula, cholesterol dan lain-lain fungsi organ penting saperti buah pinggang , hati, jantung dan lain2.

Bila capai umur 40an buat ujian tersebut dua tahun sekali, dan buat setiap tahun bila umur 50 tahun keatas.

4. Amalkan makan Multivitamins dan vit C, antioxidants, supplements yang mengandungi resvereterol saperti biji anggur.

5. Banyakkan makan sayur-sayur hijau dan buah-buahan berwarna warni.

6. Makan makanan yang anti inflammatory, kunyit, halia, bawang dan lain-lain dan bolih bantu cegah atherosclerosis.

7. Makan ubat penawar sakit bila perlu seperti sakit kepala. Selain dari meredakan sakit dan mengawal demam, ubat-ubat seperti panadol, aspirin dan lain-lain ada kesan pencair darah dan boleh bantu cegah atherosclerosis.

8. Cukup rehat dan cukup tidur. Badan dan minda kita berhak untuk berehat. Tidur selama 5 - 7 setiap hari.

9. KAWAL STRESS DAN EMOSI.
Tersangat penting. Banyakkan sabar, beristigfar, banyakkan bersyukur Alhamdulillah. Kawal marah, dendam dan jangan berletir. Jangan bersungut dan suka complaint. Jangan murung, ceria selalu.

Saya bukan pakar sakit jantung, hanya ingin berkongsi maklumat yang mungkin beri manfaat. 

Wallahuaalam.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Terpaksa Usung Kakak Terlantar Sakit Ke KWSP

Seorang pengguna media sosial Nur Sheila Abdullah kesal dengan sikap kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Johor Bharu.

Nur Sheila berkata, keluarganya terpaksa mengusung kakaknya yang terlantar sakit dan tidak boleh bangun kerana sakit kanser menggunakan ambulan ke pejabat tersebut untuk memohon pengeluaran wang simpanan KWSP bagi tujuan rawatan.

Ini cerita penuh Nur Sheila yang dikongsi di Facebook beliau:

------

Slogan KWSP : Sedia Membantu Anda.

Terfikir sejenak saya, betul ke slogan tu atau sekadar membantu bagi pencarum yang sehat kalau yang dah sakit dan bedded sila bantu diri anda sendiri.

Saya dan abang saya ada membuat pertanyaan di kaunter pertanyaan KWSP Johor Bahru.

Kakak kami seorang pesakit cancer memang bed ridden. Beliau berusia 56 tahun dan ingin mengeluarkan kesemua balance yg ada di akaun 1. Tak banyak pun. Tak sampai RM10,000.

Jadi kami meminta jasa baik pihak pengawai KWSP membuat lawatan ke rumah untuk mendapatkan cop jari secara manual dan pengesahan diri pencarum.

Jawapan beliau agak menyedihkan. Beliau kata tidak boleh. Pencarum mesti hadirkan diri juga di pejabat untuk pengesahan cop jari menggunakan mesin mereka.

Tak kisahlah nak datang naik ambulance dan mengunakan stretcher pun boleh, janji datang.

Allahuakbar. Kalau kita tengok pun keadaan di pejabat KWSP JB tu memang tak ada pun disediakan kemudahan seperti ruangan parking ambulance atau ruangan untuk pesakit yamg hilang upaya untuk berada di situ, yang ada hanya untuk OKU (orang kurang upaya) bukan hilang upaya.


Yang menyedihkan lagi, ambulance yang kami sewa diarah oleh security mereka ke belakang bangunan dengan alasan tak nak mengganggu di depan bangunan.

Berpusing-pusing driver ambulance dan ditanya pula kami “lama tak”? Macam-manalah kami nak jawab. Soalan ni agak “tough”.

Akhir sekali adalah seorang pengawai yang datang untuk menguruskan bab ambulance dan mengarahkan MA untuk tolak stretcher masuk ke kaunter.

Allahuakbar. Sedih tengok kakak saya yang memang sudah tidak ada daya upaya mengangkat tangannya tu terus menjadi tontonan orang ramai di situ.

Yang menyedihkan saya lagi, salah seorang pengawai kata, sebenarnya boleh menggunakan cara cop jari manually cuma lambat.

Kenapalah tak beritahu kami pada mula-mula kami buat pertanyaan. Kami tak kesah pun lambat janji kakak kami tak perlu ke sana.

Soalan saya kepada pengawai KWSP yang berada di kaunter, “Puan, pihak pengurusan tak aware ke keselamatan pekerja-pekerja di dalam bangunan ni. Puan bayangkan kalau yang datang ni pesakit yang mempunyai penyakit berjangkit. Tidakkah membahayakan anda semua?”


Feedback saya tentang perkhidmatan KWSP ialah tolonglah “review” balik SOP ( Standard operating procedures) syarikat anda.

Kita hidup di negara yang dikategorikan sebagai negara yang agak maju dan demokrasi. Ubahlah cara kita berfikir. Think out of box and please do something on this.

Saya bangga menjadi rakyat Malaysia dan bukan sahaja menjadi negara yang maju tapi pemikiran pun perlu maju kehadapan!!!

Bukan niat untuk mencari kesalahan tapi cuma perlu untuk perubahan bagi kemudahan kami sebagai pencarum di masa akan datang.

-----

Sementara itu, KWSP telah memuatnaik respon di Facebook berhubung kes di atas yang telah viral.


Sama-sama kita doa agar urusan mereka dipermudahkan dan dikurniakan kesembuhan buat kakak Nur Sheila.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus