Friday, November 29, 2019

Sistem Talian Operator Khidmat Pelanggan Tak Efisien

Dalam hidup kita, mesti pernah kita call talian operator customer service untuk selesaikan urusan atau pertanyaan kan. 

Perasan tak sebelum kita dapat cakap dengan operator customer service, kadang-kadang kita terpaksa buang masa tekan itu, tekan ini, habis kredit topup, lepas operator dah jawab, dia tanya semula soalan yang kita dah tekan atau masukkan awal-awal tadi sebelum dapat sambung call. Huhuhu...

Ginilah situasi puzzle dia....



'Spiderman' cari dana isteri sakit

AKSI ‘Spiderman’ menolak kerusi roda wanita berstatus orang kurang upaya (OKU) di sekitar Georgetown, menarik perhatian orang ramai terutama kanak-kanak.



Ada minta mahu bergambar dan tidak kurang menghulurkan sumbangan ikhlas kepada penghibur jalanan itu.

Spiderman terbabit, Ahmad Shakirin Mohd Zain, 50, yang juga pelukis jalanan, berkata dia sudah lebih setahun menjadikan kerjaya itu sebagai pekerjaan sambilan meraih pendapatan dan mencari dana bagi merawat isteri, Nur Aznita Mohd Ismail, 37.



Sebelum ini, Ahmad Shakirin bekerja sebagai pelukis di Pasar Seni, Kuala Lumpur manakala isterinya adalah tukang masak di restoran terkenal di ibu kota.

“Isteri saya pernah terjatuh di bilik air menyebabkan dia mengalami serangan angin ahmar dan kerana menghidap kencing manis, kaki kanannya terpaksa dipotong daripada lutut ke bawah.

“Selepas itu, kami berpindah ke Pulau Pinang dan mencuba nasib mencari rezeki di sini dengan cara ini,” katanya yang menjadikan bilik tumpangan dengan kadar sewa RM55 sehari di tengah bandar raya sebagai tempat berteduh.



Ahmad Shakirin berkata, sebelum ini pendapatannya bergantung kepada hasil upah melukis dan menjual lukisan di beberapa lokasi tumpuan pengunjung sekitar ibu kota.

Katanya, melihatkan ramai kenalannya mampu meraih wang dengan berpakaian adiwira, dia membeli sut pakaian itu menerusi dalam talian dengan harga RM180.

“Sebenarnya kami suka kanak-kanak namun belum mempunyai rezeki cahaya mata dan dengan cara ini dapatlah kami menghiburkan kanak-kanak itu.

“Selain sebagai terapi diri, kami berasa gembira apabila dapat berdamping dengan kanak-kanak dan berharap orang ramai mendoakan kesejahteraan saya serta isteri,” katanya.

Ahmad Shakirin berkata, bukanlah maksudnya untuk meminta-minta, tetapi mereka pernah menerima sumbangan sebanyak 20 sen selepas diminta beraksi Spiderman dan bergambar dan dia tetap menerima sumbangan itu kerana paling penting ialah keikhlasan si pemberi.

Katanya, mujurlah pemilik bilik tumpangan disewa mereka memahami keadaan suami isteri berkenaan.

“Selepas isteri sembuh nanti, dia bercadang mahu menjana pendapatan dengan menjual makanan berikutan kepakarannya dalam menyediakan pelbagai jenis masakan,” katanya.

Ramai Kawan Bukan Bererti Mudah Minta Tolong


Selalu orang beranggapan, bila ada ramai kawan, senang nak mintak tolong apa-apa hal kan. Sebenarnya tu hanyalah satu persepsi.

Ada 1,000 kawan pun, time nak mintak tolong, nak dapat 10 orang kawan pun susah sebenarnya. Lagi-lagi bab mintak tolong duit. Semua bagi alasan masing-masing.

Ramai kawan memang bagus.
Tapi jangan sekali-kali kita hidup nak berharapkan pada kawan dan orang lain ya.


Awak dah ambil takaful protection tak ?

Jom takaful dengan abg.

Claim Kad Hospital - KPJ Selangor - Batu Karang - RM 16,842

Buang batu karang 5 mm aje dah kena caj RM 16,842

Tu baru satu sesi. Untuk klien abg ni akan ada sekali lagi sesi operation buang sisa batu karang.
Jadi kos keseluruhan batu karang, abg anggarkan dalam RM 30,000

Limit medical card klien abg ni RM 100,000 untuk tahun 2019, jadi insyallah cukup untuk guna



Masuk hospital hari jumaat malam. Keluar ahad petang. 2 hari bermalam RM 16,842
Syukur ada ambil medical card

Wednesday, November 20, 2019

Sakit Tekak Tonsilitis

MINUM AIR SUAM APABILA SAKIT TEKAK TONSILITIS

Tonsil adalah kelenjar yang berada di belakang mulut dan bahagian atas tekak. Mereka membantu untuk menapis kuman bagi untuk mencegah jangkitan dalam badan. Ini bermakna sebelum kuman masuk dalam badan melalui jangkitan pada mulut dan tekak, tonsil akan membengkak supaya antibodi dapat membunuh kuman tersebut.

Pada mulanya, bengkakan tonsil mungkin tidak menimbulkan rasa sakit dan tidak perlu dirawat dengan ubat antibiotik. Ini kerana jangkitan kuman itu tidak kuat dan sistem daya tahan tubuh dapat membunuh semua kuman tanpa masalah.


Bagi mereka, cara terbaik ialah dengan minum air mineral yang tidak sejuk secukupnya antara 1.5-2.0 L. Air dan mineral dapat membantu meningkat sistem daya tahan dalam tubuh. Selain dari air mineral, mereka juga digalakkan minum air suam seperti teh halia atau teh lemon yang suam, kerana ia memberikan kelegaan dan menggalakkan penyembuhan.

Air sejuk seperti jus yang sejuk atau aiskrim biasanya digalakkan pada pesakit yang baru saja menjalani pembedahan buang tonsil kerana air yang sejuk dapat menghentikan pendarahan akibat tisu disekeliling tonsil yang cedera akibat pembedahan.

Pesakit juga boleh berkumur dengan air garam yang suam atau menggunakan sebarang antiseptic yang boleh digunakan untuk berkumur. Menghisap lozenges (mengandungi bahan benzokain) adalah untuk mengurangkan rasa sakit, bukannya rawatan untuk membunuh kuman. Lozenges juga tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak kerana dibimbangi mengalami risiko tercekik.

Ubat tahan sakit dan ubat demam seperti paracetamol dan panadol (acetaminophen) boleh diberikan jika pesakit merasa sakit ketika menelan dan mengalami demam yang tidak tinggi.

Sesetengah orang yang mengalami jangkitan kuman pada tonsil yang berulang mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang tonsil (tonsillectomy).

Suplemen seperti vitamin C dan E boleh digunakan. Ia tidak bertindak sebagai rawatan membunuh kuman tetapi membantu mempercepatkan penyembuhan.

Tanda-tanda tonsillitis yang mungkin bahaya dan perlukan pemeriksaan doktor dan diberikan rawatan ubat antibiotik ialah :

1. Air liur yang meleleh secara berlebihan pada anak kecil

2. Demam, terutama pada suhu 101 ° F atau lebih tinggi

3. Nanah di bahagian belakang tekak

4. Ruam merah yang kasar, terutama pada lipatan kulit

5. Kesukaran menelan sehingga tidak selera untuk makan

6. Mengalami masalah pernafasan yang teruk

7. Kelenjar di leher yang membengkak dan rasa sakit

Kesimpulannya tonsillitis hanya perlu rawatan antibiotic jika doctor merasakan ia adalah jangkitan kuman bakteria dan berada di peringkat memerlukan. Bagi pesakit saya yang mengalami rasa sakit tekak, banyakkan minum air suam. Insya ALLAH ubat antibiotic dapat dielakkan.

Rujukan : Tonsils and adenoids. Wetmore RF. In: Kliegman RM, Behrman RE, Jenson HB, Stanton BF, eds. Nelson Textbook of Pediatrics.19th ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier; 2011:chap 375.

Jom Berlari

Jom kita lari, walaupun sedikit.


Satu kajian yang telah menggabungkan 14 kajian yang lain di mana ia melibatkan seramai 232,000 orang peserta dan telah dipantau ketika berumur 5 tahun hinggalah kepada 35 tahun.


Ketika kajian tersebut berlaku, seramai 26,000 peserta telah meninggal dunia dan maklumat tersebut digunakan untuk menganalisa faktor yang mengurangkan risiko kematian mereka.

Daripada data tersebut didapati semua jenis larian dapat mengurangkan sebanyak 30% kematian disebabkan masalah jantung dan 23% kematian disebabkan kanser.

Walaupun larian tersebut hanya 50 minit dalam seminggu dengan kelajuan 9 km/jam juga didapati memberi perlindungan kepada mereka yang melakukannya



Penemuan ini telah diterbitkan pada 4 November 2019 dalam Jurnal British Journal of Sports Medicine

Jadi, tiada lagi alasan untuk kita semua tidak sihat. Mulalah berlari dari sekarang!

Kredit: The Diagnosa

Ragam Kehidupan



Inilah realiti ragam hidup keluarga.

Apabila ahli keluarga yang sakit, perlu ulang alik hospital, masing-masing ahli keluarga akan tolak menolak tanggungjawab. Macam-macam alasan diberi, tak boleh cuti la, takda orang nak jaga anak la, sibuk kerja la.

Tapi bila bab harta pusaka, semua volunteer diri nak ikut serta untuk sign bahagian masing-masing tanpa perlu dipujuk rayu untuk turut serta ikut.

Untuk elakkan kesusahan diri di kemudian hari, masa sihat ni disarankan kita ambil polisi takaful yang fokus kepada LIVING BENEFIT.

Maksud living benefit di sini ialah, manfaat takaful tersebut, boleh kita rasai dan terima sementara kita masih hidup. Berbeza dengan Hibah, hibah takaful hanya terlaksana setelah kita meninggal dunia dan wang hibah tersebut akan dinikmati oleh penama waris hibah yang kita namakan.

Antara perlindungan LIVING BENEFIT yang perlu;

- Elaun hospital
Setiap kali masuk wad hospital, sekurang-kurangnya kita ada pendapatan harian untuk tanggung diri sendiri.

Sebagai contoh, masuk wad 5 hari. Sehari elaun wad kita ambil RM 200. Keluar hospital, kita boleh claim RM 1,000 buat ganti belanja apa yang patut.

- Manfaat penyakit kritikal
Andai kata takdir menghidap penyakit kritikal, sekurang-kurangnya pampasan manfaat penyakit kritikal yang kita dapat boleh kita belanjakan untuk urus diri sendiri.

Disarankan ambil manfaat ini sekurang-kurangnya 3 - 5 tahun gaji tahunan.

- Manfaat hilang upaya 
Hilang upaya, terpaksa dibantu orang lain untuk uruskan diri, kita akan menjadi beban kepada keluarga yang lain.

Maka kita perlu ada duit untuk urus diri sepanjang kehidupan dalam keadaan hilang upaya.

LIVING BENEFIT di atas adalah komponen penting dalam memilih perlindungan takaful. Kerana ada antara kita yang hanya ambil perlindungan kematian sahaja. 

Takkan nak tunggu meninggal baru boleh claim

Tak salah jika ambil pelan takaful hibah sahaja. Tapi perlu juga kita pertimbangan manfaat semasa hidup. At least sementara ada hayat tu, kita boleh claim untuk guna sendiri.

Masalah Gatal Kulit Gegata

PERLUKAH GEGATA DIBERIKAN UBAT DAN RAWATAN

Urticaria atau gegata adalah apabila sebahagian kulit yang terlibat menjadi bengkak, menebal, gatal dan kemerahan akibat alahan pada sesuatu sama ada habuk, sengat serangga atau makanan laut.

Gegata boleh melibatkan sebahagian dari kulit atau melibatkan keseluruhan kulit.


Kebiasaannya perubahan akibat alahan ini berlangsung selama 24 jam, oleh itu ia tidak memerlukan sebarang rawatan, kecuali terlalu gatal, atau mengalami masalah alahan yang teruk seperti sukar bernafas.

Dalam kes yang lebih teruk, alahan sebegini mengambil masa beberapa hari.

Dalam kes-kes yang tertentu alahan atau urticaria ini boleh berlangsung melebihi enam minggu, ia dikenali sebagai ‘chronic urticaria’. Jika berlaku, ia perlu mendapat pemeriksaan doctor.

Tuesday, November 12, 2019

Takaful Hero Produk Baru Zurich Takaful

Zurich Takaful telah melancarkan produk baru di pasaran.

Takaful HERO



Pelan takaful Hero ni menawarkan perlindungan asas hayat, kematian segala punca, kematian kemalangan, penyakit kritikal.

Caruman sangatlah berbaloi.
Cover tinggi, caruman rendah.

Nak proposal takaful percuma ?

Klik sini

Wednesday, November 6, 2019

Kena Ambil Pampasan Penyakit Kritikal Yang Mencukup

Ada orang ambil takaful.
Tapi cover penyakit kritikal sekadar Rm 10,000.
Malah ada yang kurang daripada tu.

Sebenarnya kalau mampu, sekurang-kurangnya kena ambil coverage RM 50,000
Kerana kos sara hidup semasa tempoh sakit kritikal adalah sangat mahal

Jom kira berapa kos sara hidup yang perlu ditanggung seorang pesakit critical illness.



5 Punca Kematian Utama di Malaysia Tahun 2018


Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, 5 punca kematian utama di Malaysia bagi tahun 2018 adalah;

1. Masalah penyakit jantung
2. Jangkitan paru-paru
3. Cerebrovascular Disease
4. Kemalangan 
5. Masalah respiratory

Tuesday, November 5, 2019

Bateri Kereta (BMF)


πŸ”‹DOUBLE EF BATTERY SHOPπŸ”‹
πŸ’₯BUMIPUTERAπŸ’₯

DELIVERY BATERI MURAH KL/SELANGOR/NILAI 24JAM⏰⏰

Assalamualaikum
πŸ’₯ Harga bermula rm130
πŸ’₯ Bateri baru
πŸ’₯ Penghantaran percuma
πŸ’₯ Pemasangan percuma
πŸ’₯ Warranty siap kad & resit

Call 0199603768(faris)☎
Call 0194809171(ety)☎

- Atau

click jer link dibawah niπŸ‘‡:-
Wasap.my/+60199603768/Faris+Bateri+KL+Selangor

🚘🚘🚘🚘🚘🚘🚘🚘